Assalamualaikum wbt.

Sedikit info mengenai peyudara yang saya rasakan amat menarik untuk dikongsi dengan semua wanita, terutamanya kaum ibu yang menyusukan bayi. Hmm, percaya atau tidak ada yang takut-takut nak menyusukan bayi masing-masing kerana risau payudara berubah bentuk. Benarkah perkara ini berlaku? Jom sama-sama baca artikel ini :)

----------------------------------------------------------------
Sumber Asal: Majalah Mingguan Wanita 
Penulis: Nadia

Payudara Berubah Bentuk?

Payudara mengendur selepas menyusu? Apakah penyebabnya? Secara anatomi, payudara terdiri dari kelenjar susu, saluran susu, jaringan lemak dan tidak mempunyai otot. Sepanjang hidup seorang wanita, ukuran, bentuk dan posisi payudara akan berubah-ubah.

Setelah menyusukan anak, ukuran payudara memang cenderung berubah kerana berlakunya proses penyusutan sistem penghasilan susu di dalam payudara akibat berhentinya penghasilan susu. Menyusutkan ‘isi’ payudara ini membuatkan payudara kelihatan kosong dan kendur.

Bagaimanapun beberapa bulan setelah berhenti menyusui, tubuh ibu akan menghasilkan lemak di payudara. Dada ibu akan kembali berisi tetapi tidak akan bugar seperti dahulu.

Rawatan payudara perlu mendapatkan perhatian serius terutama ketika menyusui bayi. Payudara yang sihat dan dirawat baik mampu melancarkan penghasilan susu ibu. Ini juga menjadikan proses pemberian susu ibu menjadi lebih mudah bagi ibu mahupun bayi.



Berikut cara merawat payudara ibu menyusu:
  • Gunakan coli yang mampu menyerap peluh, menyokong payudara dengan baik dan tidak terlalu ketat. Pilih coli khusus untuk ibu menyusu. Ini memudahkan dan membuatkan anda lebih selesa ketika memberi susu.
  • Bersihkan kedua-dua puting dengan air suam setelah mandi. Elakkan bahagian puting terkena sabun kerana ia membuatnya kering, seterusnya mengelupas dan menyebabkan rasa nyeri ketika menyusui.
  • Jika anda merasa kurang percaya diri dengan puting yang ke dalam, cubalah gunakan alat penarik puting. Ia perlu dilakukan untuk satu tempoh kerana ia memakan masa untuk puting menonjol.
  • Urut payudara kerana menurut Texas Institute of Functional Medicine, ia bermanfaat menyingkirkan racun-racun daripada sistem limfa tubuh. Selain itu, urutan merangsang peredaran darah dan nutrisi ke jaringan payudara.
  • Vitamin yang diambil untuk kesihatan kulit juga baik untuk menjaga keindahan payudara kerana salah satu penyebab payudara kendur adalah jaringan kulit payudara yang tidak lagi elastik.

-----------------------------------------------------------------------------

Semoga tips-tips di atas bermanfaat buat sahabat semua. Saya sendiri memang mengamalkan suplemen untuk mengekalkan kesihatan dalam dan luaran wanita. Al-maklumlah, usia pun bukan muda lagi. Hehe.

Jika kawan-kawan ada terbaca entry saya yang lalu <klik sini>, banyak saya ceritakan tentang manfaat alfalfa untuk wanita. Memang membantu menganjalkan payudara, walaupun kita menyusu bayi secara ekslusif.



Rahsia yang kini bukan lagi rahsia =)


Jadi, tiada lagi alasan untuk kita menyusukan bayi. Cuma terpulang kepada diri sendiri, jika kita sentiasa positif semuanya akan jadi mudah. Jom la cuba alfalfa sekarang. Saya dah beritahu rahsia saya ni.. Hehe. Apa salahnya buat sedikit pelaburan demi kecantikan diri dan sekaligus tampil anggun di mata suami. *Wink-wink*

Nak harga super jimat dan konsultasi percuma? Sila hubungi saya sekarang. Servis tiptop menanti anda (^.^)



Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.