Salam hujung minggu semua. Esok confirm ramai update status 'Monday Blues' ye. Hihi.. Walau apapun kerja yang kita lakukan, ikhlaskan niat. In shaa Allah semuanya dipermudahkan. Saya dah lama tak rasa sindrom Monday blues ni. Work At Home la katakan. =)
Siang tadi ada seorang sahabat bertanya khabar. Tak sangka dihubungi oleh kawan sekolah rendah dulu. Huhu. Terharu sangat. Katanya dia baru tahu yang saya ni Shaklee Independent Distributor. Dia minta pendapat saya tentang suplemen terbaik untuk bantu kurangkan masalah Gastrik.
Alhamdulillah, semakin ramai yang telah menyedari keberkesanan produk Shaklee ni. Bagi saya Shaklee bukan sekadar produk, tetapi penghubung kasih sayang antara saya dan sahabat-sahabat sekalian. Kerana Shaklee jugalah saya kembali rapat dengan teman-teman lama yang dah lama tak bertanya khabar serta jauh di mata. Allahuakhbar, Dialah yang perkenankan segalanya. (Mode terharu)
Sebelum saya ulas lanjut suplemen/vitamin yang sesuai untuk gastrik ni, ayuh baca satu perkongsian/ artikel tentang penyakit gastrik ini.
============================================
Sumber: Nona Karangkraf
BAHAYA GASTRIK
Gastrik antara penyakit lazim dan secara umumnya ia boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa
yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel
yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Lazimnya,
keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H.
pylori) yang menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa
kerana boleh memudaratkan diri.
PENYEBAB
Sel perut menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang
berfungsi untuk mencerna makanan. Asid ini amat kuat sehingga mampu
menghakis kulit jika tersentuhnya. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa
(lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik
tersebut.
Jika seseorang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan
asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit
perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana
lapisan mukosa yang sudah lemah.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan
untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik akan berlaku apabila
tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu
banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan
pertahanan ini menjadi lemah, ulser akan berlaku kerana asid
hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
TANDA
- Sakit perut di bahagian atas perut atau abdomen.
- Senak, berangin atau pedih.
- Rasa tidak selesa.
- Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan.
- Mual, loya dan muntah.
- Hilang selera makan.
- Penurunan berat badan.
- Najis menjadi hitam seperti tar.
- Muntah berdarah atau berwarna gelap seperti kopi.
PUNCA GASTRIK
- Penggunaan ubat penahan sakit seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.
- Pengambilan alkohol, kokain dan rokok yang berlebihan.
- Stres.
- Gangguan auto imun.
- Penyakit crohn.
- Radiasi dan kemoterapi.
- Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
- Rembesan asid gastrik yang berlebihan.
- Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya.
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk merawat gastrik. Di antara langkah yang diambil adalah seperti berikut:
- Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
- Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
- Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
- Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
- Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
- Elakkan makan terlalu kenyang
- Elakkan cuka, makanan yang pedas
- Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
- Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
- Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
- Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau anlene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
- Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
Berbalik kepada soalan yang diajukan oleh sahabat saya tadi, saya mencadangkan beberapa suplemen dari Shaklee yang boleh membantu mengurangkan gejala-gejala gastrik itu.
CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MASALAH GASTRIK
1. Energizing Soy Protein
ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
Untuk vitamin tambahan, saya sarankan pengambilan Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk mengurangkan masalah gastrik ini.
2. Ostematrix
Saya sarankan customer saya mengambil Ostematrix ini kerana ia sumber kalsium yang bersifat alkali yang membantu meneutralkan asid dalam perut.
3. Peppermint Ginger Plus
Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:
Testimoni Pengguna Shaklee
ADD ON
Saya sarankan customer saya mengambil Ostematrix ini kerana ia sumber kalsium yang bersifat alkali yang membantu meneutralkan asid dalam perut.
3. Peppermint Ginger Plus
Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:
- Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
- Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
- Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
- Mereka yang sering mengalami kembung perut
- Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.
Testimoni Pengguna Shaklee
http://mommieadrina.blogspot.com |
http://mommieadrina.blogspot.com |
===============================================
Jika ada di antara anda yang masih tercari suplemen yang sesuai untuk membantu kurangkan masalah gastrik ini, ayuh jalani kehidupan yang lebih baik dengan mengamalkan produk-produk hebat daripada SHAKLEE.
Sesungguhnya anda insan terpilih kerana sudah menemui cara yang terbaik untuk penyakit gastrik ini. Pilihan di tangan anda. Jadilah pengguna bijak dengan memilih produk yang diluluskan oleh KKM, Halal dan selamat digunakan tanpa kesan sampingan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya untuk konsultasi percuma :)
With Love,
-------------------------------------------------------------------------
**Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnosis dan menyembuhkan penyakit. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment