Friday, September 27, 2013

Khasiat Minyak Ikan: Omega Guard Shaklee

Assalamualaikum wbt.


Salam yaumul jumuah, penghulu segala hari. Redup je cuaca di Parit hari ini. Dari pagi tak nampak mentari. Anak teruna pun lena tidurnya. Maklumlah, sejuk dan nyaman dek hujan sedari pagi. Ummi nya tadi bersilat di dapur, sediakan laksam Kelantan, permintaan encik suami. Kalau rajin saya share link ke sini =)


Hari ni saya nak berkongsi tentang kebaikan minyak ikan yang mengandungi Omega 3. Saya terbaca satu artikel pentingnya Omega 3 untuk memelihara kesihatan kita. Sumber asal dari belog Dr. Norman, seorang doktor perubatan am dengan pengkhususan dalam bidang Perubatan Estetik, Anti Penuaan & Perubatan Regeneratif.


APA ITU OMEGA-3 DAN FAEDAHNYA UNTUK KESIHATAN?


Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.


Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)


Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  
  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak 
Credit: Dr. Norman

Banyak kan khasiat Omega 3 ini?? Sebab itu kalau boleh lebihkan pengambilan ikan dalam menu seharian. Jangan asyik makan ayam je kan. hihi

Terdapat pelbagai variasi suplemen Omega 3 yang boleh kita dapati di pasaran. Baik yang murah, sederhana atau mahal, ianya bergantung kepada pemahaman dan kesedaran pengguna akan pentingnya pemprosesan yang "stringent" dalam penghasilan suatu produk berasaskan minyak ikan. Pemprosesan yang tidak betul dikhuatiri menyebabkan tingginya kandungan toksin & kehadiran logam berat dalam minyak ikan yang dihasilkan itu.

Omega 3 dan Shaklee

Shaklee turut memperkenalkan produk yang berasaskan Omega 3 ini. Ia sesuai digunakan oleh golongan dewasa dan kanak-kanak.




Shaklee Omega Guard

Untuk sumber asid lemak Omega-3 yang lebih dijamin selamat, dapatkan Shaklee Omega Guard.

OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.*


Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal 

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

Omega Guard selamat diambil seawal kanak-kanak 1 tahun, namun sila dapatkan konsultasi tentang cara makan yang betul daripada distributor Shaklee anda :)


Credit: Kak Aini Hayati

------------------------------------------------------------------------------------
Semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat buat sahabat-sahabat yang mungkin sedang mencari suplemen yang sesuai untuk kesihatan anak-anak dan keluarga di rumah. Harga pasaran untuk sebotol Omega Guard cuma RM135 untuk 90 capsules (tahan sehingga 2 bulan). Harga istimewa menanti pelanggan bertuah yang ingin mendapatkan konsultasi PERCUMA dari saya. 

JOMMMM.. Jangan bertangguh, bertindak sekarang demi kesihatan orang yang anda sayang.


With Love,


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik