Thursday, July 4, 2013

Tips Atasi Stretch Mark Di kalangan Wanita

Masalah utama wanita hamil mahupun selepas bersalin ialah 'Stretch mark' di kawasan abdomen akibat daripada kesan regangan kulit sepanjang tempoh kehamilan.. Stretch mark ni berbeza-beza. Ada yang meninggalkan kesan hitam, dan tak kurang juga yang meninggalkan kesan putih di kawasan yg mengalami rekahan tu kan..

Secara ringkasnya, stretch mark ni boleh terjadi kepada ibu-ibu yang hamil, akibat kegemukan dan juga kepada para atlit. Sy sendiri mengalami masalah ini semasa kandungan berusia 7 bulan. Mula-mula tu rasa gatal2.. Tangan asyik nak menggaru aje. Nasib baik mak dah pesan awal2 jgn garu. Kalau tak memang lagi teruk la jadinya kan.


*Google*

Masa tu sy amalkan sapu losyen baby dan minyak zaitun. Walaupun tak 100% berkesan, ia sedikit sebanyak kurangkan tanda kehitaman tu.. Kulit pun kekal lembut dan tak kering walapun di akhir fasa kehamilan. Serius.. Cer try kalo tak percaya.. hehe..

Saya ingin berkongsi beberapa fakta tentang stretchmark atau kesan regangan kulit yang perlu anda tahu :

1. Biasanya stretchmark terjadi kepada mereka yang sedang hamil atau mereka yang mengalami kegemukan.

2. Mengikut kajian 90% daripada wanita mengalami kesan regangan sewaktu sedang mengandung. Regangan kulit berlaku bila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat dari perubahan dan pengembangan tubuh sewaktu hamil.

3. Bahagian tubuh yang mengalami kesan regangan yang paling ketara ialah di bahagian perut.

4. Faktor genetik juga mempengaruhi sama ada seseorang itu akan mengalami stretchmark atau sebaliknya. Jika ibu dan ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan regangan kulit semasa hamil, maka besar kemungkinan anda juga bakal mengalaminya.

5. Jika sewaktu hamil anda merasa gatal-gatal dibahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda-tanda kulit mengalami regangan

6. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah payu dara, pinggang dan belakang pinggang

7. Cara terbaik untuk mengurangkan kesan regangan ialah dengan mengekalkan keanjalan maksimum pada kulit sepanjang tempoh anda hamil. Caranya ialah dengan menyapu losyen, minyak zaitun atau minyak yang dirumus khas untuk mengurangkan kesan regangan. (credit to NinaK'sLuviee)


Ingat tau.. Jangan gatal tangan nak garu2 tempat yang gatal2 akibat stretch mark tu. Kalau tak, makin terukla jadinya.. Kepada yang mengalami masalah ini, jom cuba petua tradisional ni. Awal2 lepas bersalin dulu sy amalkan untuk 1 minggu pertama. Tak kira lelaki mahupun wanita. Semuanya boleh amalkan petua ini.

PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN KESAN "STRETCH MARK"
Bahan- bahan yang anda perlukan;
  • 1 sudu teh kapur sirih (kapur makan)
  • 1 sudu teh air limau nipis
  • 20 titik minyak kayu putih
Cara-cara
1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas hingga sebati.
2. Sapukan pada tempat-tempat yang ada "stretch mark".
3. Amalkan selama beberapa minggu sehinggalah ia berkurang atau hilang.

Kapur sirih ni panas sikit. So kenalah tahan kalau nak baik. Macam sy ni pula kurang sabar. Lagi satu malas nak bengkung perut lama2 ngan kapur sirih ni.. hehehe. Tapi tak bermakna sy tak berbengkung. Pakai juga, tapi masa tu sapu losyen pati halia je.  Lebih sesuai dgn sy sebab efek berangin tu.. I like!! :)

Then, masa pantang tu jugak saya berkenalan dengan ESP dan Vit E dari Shaklee. Sy ni bersalin c-sect, so tak boleh makan jamu yang pelik2. Tambah pula masa hamil tu ada darah tinggi, lagilah diharamkan jamu tu kan. Hukhuk..masa tu rase stress sangat sebab hari2 misi datang umah check bp.. Kalau bleh nak tutup pintu je tak bagi diorang ganggu.. ekkeke.. Boleh tak mcm tu? Emosi tak berapa nak stabil masa tu kan.

Apa kelebihan ESP ngan Vita E ni?? Jom semak


  1. Menghilangkan kedut, parut dan kesan rekahan. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.
  2. Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.
  3. ESP berupaya menghilangkan parut di kulit, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
  4. Membantu mencegah pertumbuhan sel terutama kanser kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan sel yang abnormal.
  5. ESP  Bertindak dengan kadar segera dan terus menyerap ke dalam darah. Ia mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Merupakan sumber protein lengkap untuk menyokong kesihatan sempurna.
  6.  Mengecil dan mencerahkan kawasan areola yang biasanya akan menjadi besar dan gelap selepas bersalin. Kesannya, kawasan areola akan kelihatan pinkish seperti anak dara semula.
  7. Membantu melancarkan peredaran darah dan secara tidak langsung akan meningkatkan kesihatan jantung anda.
  8. Mendapat jolokan “Vitamin Cinta”, pengambilan vitamin E secara konsisten mampu meningkatkan keinginan seksual di kalangan lelaki dan wanita dan membantu menyelesaikan masalah kedinginan antara suami dan isteri.
  9. Melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu daripada berlarutan.


(Sumber: Vitaminsaya.blogspot.com)

Banyak kan khasiat ESP dan Vita E ni. Kalau nak ikutkan sy sendiri tak perasan akan perubahan tu. Yelah tau makan je. Buka hari2 check stretch mark tu.. hihi. Sampailah cik abe yang perasan yg stretch mark tu dah kurang.. Waa.. bila first time dia tegur tu memang hati berbunga-bunga riang la.. Like sangat2 :)

Memang teruja nak share dengan kawan2 semua.. kalau nak cuba produk yang best ni, bolehla hubungi saya. Sambil cuba kaedah tradisi, apa salahnya cuba vitamin semulajadi daripada Shaklee ni yang terjamin halal dan selamat untuk kita. Tepuk dada tanya selera :)

Tel: 0199138783

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik