Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi!! Update belog sebelum bersiap untuk pulang ke Perak. Beberapa hari ni ramai rakan-rakan FB yang update berita gembira kehamilan masing-masing. Syukur dan tumpang gembira atas rezeki kalian. Hafiey nak dapat anak buah. Yeay!! hihi

Saya dulu, memang teruja giler bila tahu diri dah hamil. Alhamdulillah. Setahun lamanya kami tunggu anugerah Allah yg tak ternilai ini. Mana-mana suami isteri pun mestilah nak cahaya mata. Lambat atau cepat, hanya Allah yang tahu. Jangan pernah putus asa dan berhenti berharap tau.

Hmm.. bila hamil, memang sepenuh perhatian akan diberikan oleh suami kepada sang isteri. Perhatian dari segi jaga makan minum, jaga emosi, tolong isteri di rumah, dan sebagainya.

Setiap kali rutin 'check up', dia akan temankan sekiranya ada kelapangan. Tapi saya lebih suka dia tak tunggu kot, melainkan bila jumpa pakar obgyn. Kesian pula dia menunggu lama sangat. Masa di Melaka dulu memang klinik sentiasa penuh. Kalau pergi awal pagi sekalipun, tetap kena berebut ambil tiket. Hehe

Berikut saya kongsikan satu artikel peranan suami apabila isteri hamil untuk panduan encik-encik san semua bakal bapa di luar sana. Ibu hamil banyak kerenah tau! Kena banyak sabar wahai encik suami sekalian. =)

-------------------------------------------------------------------------
Peranan Suami Bila Isteri Hamil




 
Apabila isteri disahkan hamil, sudah tentu suami adalah orang yang paling gembira sekali menerima berita tersebut. Namun bagaimanakah tindakan si suami menghadapi kerenah isteri yang mengalami perubahan hormon ketika hamil?

Bagi suami yang sudah berpengalaman mempunyai lebih daripada seorang anak pasti tahu apa yang hendak dilakukan tetapi bagi suami yang baharu pertama kali menghadapi  situasi tersebut tentu sahaja kurang pasti apa yang harus dilakukan.

Walaupun suami cuba menghulurkan bantuan, hakikatnya tidak ramai yang faham terhadap perubahan emosi atau ‘mood’ wanita hamil yang biasanya lebih sensitif dan sangat memerlukan perhatian daripada suami.

Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan apabila suami berdepan dengan situasi isteri sedang berbadan dua. Ia penting untuk diketahui oleh para suami kerana ada kalanya kerenah isteri mengandung boleh mencabar kesabaran mereka sebagai seorang suami.


1. Cari maklumat kehamilan

Kehamilan akan mengubah perilaku isteri anda secara fizikal ataupun emosi. Mudah penat, pening dan muntah kini menjadi sahabat karibnya. Isteri juga menjadi lebih sensitive walaupun untuk perkara yang dirasakan sangat remeh.  Sebagai suami janganlah mudah melenting dan marah dengan perubahan tersebut. Ia adalah perkara normal yang dialami oleh kebanyakan wanita hamil.
 
Oleh itu suami perlu mempunyai ilmu dan info berkenaan kehamilan. Secara tidak langsung anda boleh berkongsi dengan isteri tentang info tersebut dan dia akan merasakan betapa anda mengambil tahu perubahan yang sedang dilaluinya.


2. Jaga pemakanan isteri




Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya. Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya.

Jika isteri hilang selera makan ketika peringkat awal kehamilan, belikan dia makanan yang memenuhi seleranya sahaja. Jangan paksa dia makan makanan yang tidak boleh dijamah.  Isteri anda juga memerlukan masa rehat yang mencukupi kerana dia mudah penat dan letih ketika ini.

Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.

3. Elak tekanan

Sewaktu isteri hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri.  Ketika ini isteri enggan memikirkan perkara yang boleh memeningkan kepalanya. Oleh itu seboleh mungkin selesaikan masalah tanpa melibatkan isteri.
 
4. Teman isteri jumpa doktor




Keprihatinan anda menemankan isteri berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan bulanan memberikan makna kepada isteri. Isteri berasa diri dihargai dan disayangi. Bayangkan isteri anda sarat mengandung dan perlu memandu sendirian serta menunggu giliran berseorangan sedangkan isteri orang lalin ditemani suami masing-masing.

Tentu sedikit sebanyak ia mengganggu emosi isteri. Sesungguhnya kehadiran suami memberikan semangat kepada isteri.

---------------------------------------------------------------

Isteri pasti lebih rasa dihargai jika suami beri 100% perhatian kepada isteri sepanjang kehamilan. Iyelah, mengandung bukannnya sehari dua. Sembilan bulan lama tuuuu. Hihi. Jika makin sarat, lagilah sakit sana sini. Nak tidur pun mata tak lelap. Betapa besarnya pengorbanan seorang isteri dan ibu.

Semoga bermanfaat buat kawan-kawan ya. Jika anda salah seorang bakal bapa & ibu, TAHNIAH saya ucapkan. Semoga dipermudahkan segala urusan kelahiran kelak. 

Jika anda mengalami masalah HB rendah, boleh ketahui cara untuk mengatasinya di link berikut.

 

 
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)  
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783  
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------ 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit