Monday, June 2, 2014

Basic H yang femess!!

Assalamualaikum wbt.

Masih di Kay Ell rumah my sister. Cuti sekolah tak habis lagi. Jadi kita habiskan keluarga dengan family tercinta yang di jauh di mata. Sesekali family gathering memang sangat BEST!! Ni berat badan dah naik berkilo-kilo kot. Makan masakan mak punya pasal. Arghhh.. can't resist..hehe

Hari ni saya berkesempatan ke HQ Shaklee di Subang Jaya. Sambil bawa Hafiey dan sepupunya Amzar jalan-jalan. Dari PJ ke Subang Jaya taklah jauh sangat. Singgah untuk setelkan masalah customer dan beli Basic H iaitu multipurpose cleaner untuk mak.



Oh ya, dalam bebearapa hari ini rancak sungguh isu Basic H diperkatakan. Haihh. Macamlah kami penjual dan pengguna barangan Shaklee ni tak sayang anak, nak dedahkan anak dengan bahan kimia. Ye dak? Kejam sungguh tuduhan mereka yang 'baik hati' tu. Hihi. Tak pasal-pasal ramai kawan2 bertanya tentang Basic H. Walaupun bulan ni promo Vitamin E Beli 6 Percuma 1, tapi ramai yg whatsapp tanya tentang Basic H. Acaner tu? hikhik.. Terima kasih utk promosi percuma Basic H..




Saya guna Basic H untuk cuci lantai rumah. Guna sikit je beberapa titik. Boleh juga digunakan untuk bersihkan perkakas dapur, hilangkan kesan minyak, dan pelbagai  Memang jimat. Cuma RM46, boleh guna berbulan-bulan. Basic H ni juga tidak bertoksik dan biodegradable. Ia diperkenalkan oleh Shaklee pada tahun 1960. 

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
 TAHUKAH ANDA?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.



Cara gunakan Basic H

  • Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi:-
          Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

  • Periuk, besen dan pinggan mangkuk
          Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

  • Tingkap dan cermin
          Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

  • Lantai
          Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

  • Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
          Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam


Saya takde masalah pun jika ada yang nak boikot. Tak pernah guna, tapi nak banned produk yang terbukti berkesan. Tak ke rugi tu? Hihi. Bagi saya, Basic H lebih baik dari guna pencuci sintetik yang glemer kat pasaran. Tak kisahlah apa-apa brand sekalipun, lebih baik kita kenalpasti bahan-bahan yang digunakan selamat untuk keluarga kita. Kesannya buka terlihat dalam masa singkat. Tapi melibatkan kesan jangkamasa panjang. FIKIRKAN =)



Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)  
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783  
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------ 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik