Dua hari tak update blog dek kesibukan melampau.. Rasa macam tak lengkap hidupku tak jengah rumah maya ni..hehe
Semalam saya sempat luangkan masa buat jamu sendiri. Al maklumlah, wanita dan jamu kan tak dapat dipisahkan. Ada macam-macam jenis jamu di pasaran. Jamu mak dara, jamu ratu bonda, susuk dara, dan sebagainya. Terpulang kepada citarasa dan keyakinan pengguna nak pilih yang mana.
Antara jamu pilihan saya ialah Pil Binari, yang botol kuning tu. Murah je, RM19.90 untuk kegunaan sebulan lebih. Selain itu, saya amalkan juga Alfalfa Shaklee sebagai jamu moden gitewww. Namun, ada cara makannya. Tak bolehlah hentam campur semua. Karang ada yang pening loya sakit kepala dek kerana salah makan.. Haaa. Jangan main-main.
Biasanya, saya selang selikan pengambilan jamu dan vitamin Shaklee. Contohnya Alfalfa. Kalau hari ini saya makan Alfalfa, esok saya makan jamu. Tapi tak spesifik pun sebenarnya, terpulang pada penerimaan tubuh individu. Pada saya, saya yakin produk berasaskan tumbuhan semulajadi tak memudaratkan. So, tepuk dada tanya selera.
Berbalik kepada jamu kunyit asam ni, resepinya saya jumpa di internet. Dah lama teringin nak buat jamu sendiri. Lagi-lagi dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah dijumpai. Yang selalu kita guna untuk masak pun ya juga. Pendek kata, tak susah pun nak buatnya. Tinggal rajin atau tak aje..hihi
Untuk rujukan kawan-kawan yang ingin mencuba, saya share resepi yang mudah dan simple ini. Biasanya ia bertahan dalam masa 2 minggu. Tapi kena simpan dalam peti sejuk la. Boleh juga dipanaskan setiap kali nak minum. Mana-mana pun boleh untuk pastikan ia tahan lebih lama.
RESEPI JAMU KUNYIT ASAM
Sumber Asal: http://juliaismail.blogspot.com
Olahan: Ummuhafiey (Rynahakimi)
Bahan-bahan
- Beberapa ruas kunyit (Anggaran segenggam)
- Beberapa ruas halia (Anggaran segenggam)
- 1-2 biji manjakani
- Daun sirih secukupnya (saya ganti daun pegaga)
- Gula merah/gula melaka 2 keping
- Asam jawa segenggam (ikut suka)
- Air untuk merebus
Cara-cara
- Buang kulit kunyit & halia. Bersihkan.
- Kemudian, tumbuk kasar halia, kunyit dan manjakani
- Dalam periuk yang berisi air, masukkan baha-bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan juga air asam jawa, gula melaka dan daun pegaga.
- Rebus hingga menggelegak (Anggaran 15-20 minit)
- Tutup api dan biarkan sejuk. Minum 1 cawan selepas makan
- Simpan lebihan jamu tadi dalam peti sejuk.
Suka saya ingatkan agar kawan-kawan amalkan jamu ini hanya 1-2 kali seminggu. Selang selikan hari pengambilannya. Sebab, jamu ni panas faktor penggunaan manjakani tu. Kalau minum kerap sangat, boleh kena ulser dalam mulut. Serius saya pernah kena ulser yang teruk sebab minum jamu ni setiap hari. Sedap punya pasal. haha
Kalau nak kurangkan pahit, cukuplah sekadar 1 biji manjakani. Risau kot-kot ada yang tak tahan dengan rasanya yang kelat tu. Nama pun jamu kan. Haruslah kelat pahit gitewww.. haha
Antara kelebihan jamu kunyit asam ini adalah untuk memelihara sistem peranakan kita di sampingkan melancarkan haid. Amat elok diamalkan oleh mereka yang baru lepas bersalin. Kunyit kan antiseptik semulajadi. Ia bertindak memulihkan luka bersalin dengan lebih cepat.
Selain itu, ia membantu menyegarkan dan melangsingkan badan. Angin-angin dalam badan pun laju aje keluar. Secara tak lansung, tubuh pun rasa lebih ringan. Jamu tradisional memang kena amalkan selalu baru nampak kesannya. Kalau setakat sekali setahun baru nak makan jamu memang non hadooo la efeknya tu. Hikhik
Selain itu, ia membantu menyegarkan dan melangsingkan badan. Angin-angin dalam badan pun laju aje keluar. Secara tak lansung, tubuh pun rasa lebih ringan. Jamu tradisional memang kena amalkan selalu baru nampak kesannya. Kalau setakat sekali setahun baru nak makan jamu memang non hadooo la efeknya tu. Hikhik
Manjakani pula terkenal dengan fungsinya yang memelihara organ intim wanita. Ia bertindak sebagai antioksidan dan kaya vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat.
Inilah manjakani ye adik-adik.hihi : credit *link* |
Selebihnya anda bolehlah google sendiri khasiat herba-herba semulajadi ni. Banyak lagi yang boleh dijadikan makanan kesihatan. Jom manfaatkan tumbuhan semulajadi yang tumbuh melata di Malaysia ni. Berbaloi-baloi dan mudah disediakan. Rasa pun sedap tau. Hehe
Nak dapatkan produk/suplemen Shaklee??? Jangan malu segan untuk hubungi saya. KONSULTASI PERCUMA menanti anda :)
P/s: Banyakkan minum air masak sekiranya anda mengambil jamu atau suplemen tambahan untuk membantu ia bertindak secara lebih efektif.
HUBUNGI SAYA:-
Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
rynahakimi@gmail.com
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
rynahakimi@gmail.com
Instagram: RynaHakimi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment