Selamat berhujung minggu rakan-rakan semua. Minggu ini dikhabarkan dengan berita gembira, few of my friends dah selamat melahirkan si comel masing-masing. Tumpang gembira untuk kalian.
Banyak pula soalan nakal, "bila Hafiey nak tambah adik?? dah besar dah tu".. Amboi.. kenakan aii pula ya..haha.. InshaAllah, jika diberikan rezeki kami tak menolak. Hafiey pun dah masuk 2 tahun. Lagipun doc dah pesan siap-siap 2 tahun yang lalu. Nak hamil boleh, tapi kalau boleh elakkan hamil dalam masa terdekat. Ada baiknya nasihat itu. Nak pastikan tenaga kita benar-benar pulih dan luka pun baik sepenuhnya.
Ada sahabat bertanya, perlu ke berurut lepas bersalin walaupun bersalin secara c-section? Jawapan saya, perlu berurut kerana nak pastikan peredaran darah kita berjalan dengan baik. Tambahan pula, berurut membantu ibu-ibu lebih sihat dan bertenaga. Buang angin yang tak perlu dalam badan, di samping boleh menambah susu ibu juga.
Seingat saya, selepas 3 minggu barulah saya berurut. Almaklumlah, bersalin operate tak sama dengan bersalin normal. Pantang larang pun berbeza. Luka baik sepenuhnya selepas 2 minggu ke atas. So, bolehlah nak berurut atau bertungku.
Best ke urut ni?? Mestilah best uolsss... Selain rasa badan lebih ringan, bidan atau tukang urut boleh bantu memastikan kedudukan rahim kita tak jatuh, iaitu berada di kedudukan asal. Kata tukang urut saya, secara normalnya rahim akan terletak sendiri dengan baik secara semulajadi. Tak perlu risau sangat.
Sedikit fakta yang saya perolehi dari laman Pa&Ma tentang kebaikan berurut. Bolehlah baca dan dijadikan rujukan buat bakal-bakal ibu semua.
--------------------------------------------------------------------------------------KEBAIKAN URUTAN SELEPAS BERSALIN
Sumber: Pa&Ma
Kebanyakan ibu yang melahirkan anak akan mengamalkan urutan badan untuk
mengembalikan semula kesegaran badan.Siapa yang tidak mengurut badan
selepas melahirkan anak pasti tidak akan menikmati kelebihannya
Dari segi fizikal, urutan dapat meningkatkan pengaliran darah dan
membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan
darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasa lenguh, sengal,
pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.
Urutan turut memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta
mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut,
oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan
menjadi sihat dan segar.
Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot
dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga
mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan
mengurangkan lesu.
Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi
kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja. Antara
kelebihan lain urutan kepada ibu selepas melahirkan adalah seperti
berikut:
✅Melancarkan perjalanan darah.
✅Mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan tertakung.
✅Menaikkan rahim.
✅Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya.
✅Memecahkan lemak.
✅Mengetat dan membentuk kembali tubuh.
✅Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
Yang menariknya, urutan tradisional selepas bersalin termasuk urutan di
bahagian payu dara dipercayai boleh melancarkan pengeluaran susu ibu.
-------------------------------------------------------------
Jelas kan?? Banyak manfaatnya bila berurut ni. Macam bidan saya pesan, jangan tunggu lepas bersalin je baru nak mengurut. Boleh amalkan urutan walau bila-bila masa sekalipun. Urutan boleh memecahkan lemak-lemak degil, selain boleh jadikan badan solid.
Tapi saya urut selepas bersalin je. Hehehe.. Setakat ini alhamdulillah tak lenguh-lebih atau sakit badan. Semasa berpantang kena jaga betul-betul supaya tak bentan dan jejaskan kesihatan tubuh kita di kemudian hari.
Kepada kawan-kawan yang mencari vitamin untuk ibu berpantang bolehlah hubungi saya. Shaklee juga menyediakan rangkaian suplemen yang membantu memberikan kesihatan yang lebih baik untuk ibu-ibu. Jika nak ambil jamu pun tiada masalah. Cuma, elakkan mengambil jamu sejurus selepas bersalin bagi mengelakkan anak terkena jaundis. Jamu kan panas, boleh menjadikan masalah jaundis bayi jadi lebih teruk.
Kalau amal Shaklee semasa berpantang elok ke?? Setakat feedback yang saya perolehi dari customers, semuanya berpuas hati dengan vitamin ini. Ia boleh diambil sejurus selepas bersalin, normal mahupun c-section.
Selain menjadikan badan bertenaga, susu badan pun maintain banyak. tapi kenalah rajin direct feeding dan pam secara berjadual. Kalau tak, manalah susu nak banyak kan. Harapkan suplemen semata-mata tak bolehla.. Makanlah berkilo-kilo milk bosster sekalipun, konsep 'supply' & 'demand' tak follow manalah susu nak banyak. Sudahnya, suplemen dipersalahkan. Walhal ilmu penyusuan tak dalami betul-betul.
Jika berminat, jangan malu-malu ya hubungi saya. Saya prefer Whatsapp/telegram. Bukan apa, kadang-kadang sibuk dengan kerja rumah. Kalau dengan anak lagilah kena berebut guna telefon. Dia pun nak bercakap sekali. Hehe.. Lebih mudah jika Whatsapp, boleh balas secepat mungkin kalau tiada aral melintang. Konsultasi percuma menanti anda :)
HUBUNGI SAYA:-
Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
rynahakimi@gmail.com
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
rynahakimi@gmail.com
Instagram: RynaHakimi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment