Assalamualaikum wbt
Gigih mencari tips supaya anak mudah bercakap di pagi hari. Untuk rujukan sendiri sebenarnya. Dan juga bermanfaat untuk dikongsikan dengan kawan-kawan semua.
Hafiey dah genap 22 bulan. Lagi 2 bulan nak masuk 2 tahun umurnya. Wahhhh. Anak umi dah besar! Hehe. Pantas sungguh waktu beransur pergi. belum puas menatap wajah comel Hafiey sewaktu bayinya. Rindu sangattttttt. Sekarang bukan bayi lagi dah. Masuk kategori 'toddler' sudah. Huhu
Walaupun umur dah hampir 2 tahun, Hafiey belum pandai berkata-kata. Tapi apa yang kita suruh buat dia faham. begitu juga dengan soalan. Reaksi wajahnya menunjukkan dia alert dan faham. Cuma nak balas dengan kata-kata tu tak jelas. Dia banyak membebel. Tapi satu patah perkataan pun saya dan suami tak faham. Bila suruh babai, salam, petik jari, tepuk tangan, boleh aje dia ikut.
Si comot saya =) |
Hmm.. Mula-mula risau juga bila anak lambat bercakap. Bimbang perkembangannya tak sama seperti kanak-kanak normal lain. Tapi bila bertanya di forum perkembangan anak-anak, ramai yang kata itu masih kategori normal dan tak membimbangkan. Asal dia aktif, faham apa yang parents suruh itu dah memuaskan.
Walau apa pun, ibu-bapa hendaklah sentiasa meransang anak supaya berkomunikasi setiap masa. Saya selalu juga suruh Hafiey sebut perkataan mudah seperti SU.SU, BU.KU, NA.SI, dan sebagainya. Tapi setakat ni dia belum nak ikut apa yang diajar. Buat muka nakal sengih-sengih tu adalah. Mungkin sebab dia anak sulung lelaki, kurang pendedahan dengan rakan sebaya menyebabkan perkembangan bertutur sedikit lambat.
Yang merisaukan saya, masa check-up Hafiey kat KK Parit hari tu nurse cakap jika dah masuk 2 tahun belum boleh bercakap kena refer ke hospital untuk 'Speech Therapy'. Ala, kena ke? haha.. Tapi dalam masa yang sama teruja sebenarnya. Kerana boleh belajar benda baru, Elmu yang berguna kan. Mana tahu, dengan teknik ransangan & pembelajaran dari mereka yang pakar akan membantu Hafiey lebih cepat bertutur.
Saya ada juga amalkan doa iaitu petua untuk memudahkan anak mudah bercakap. Surah Toha, ayat 25-28.
Selalunya saya amalkan sebelum Hafiey terlelap. Baca sebanyak 7 kali dan hembuskan ke mulut anak. Petua nenek moyang kita banyak kelebihannya. Tambah lagi jika menggunakan ayat-ayat dari Al-Quran. Besar fadhilatnya. Cuma, kena rajin dan bersabar. Insha Allah mujarab.
Berikut adalah tips lain yang boleh diamalkan untuk membantu anak-anak bercakap/bertutur:
- Biarkan Bayi Berinteraksi
Biarkan anak bercampur dengan bayi atau kanak-kanak lain. Ini adalah cara
terbaik untuk membuat anak mula bercakap. komunikasi antara anak-anak kecil
akan melatih mereka untuk bersuara.
- Ajak Dia Bercakap
Bercakap di depan anak-anak merupakan cara terbaik untuk membuatnya melatih nya
bercakap. Jangan fikir dia faham atau tidak, hanya ajak dia bercakap dan
jika bayi atau anak memberi tindak balas (senyuman,suara ,renungan)itu sudah
cukup baik.
- Berikan Nama Pada Setiap Benda Di Rumah
Ibu bapa yang kreatif membantu perkembangan anak-anak.. Berikan setiap benda
yang ada dirumah dengan nama yang lucu dan mudah disebut.
- Bercerita Sebelum Tidur
Bercerita sebelum anak tidur adalah salah satu cara terbaik dan terbukti
berkesan.Ini akan mengembangkan keterampilan anak dalam komunikasi. Lakukan
setiap malam sehingga mendapar tindak balas positif dari anak.
- Tiru bunyi-bunyian
Cubalah meniru bunyi-bunyi binatang, lagu atau suara-suara watak kartun. Anak
kita akan dengan mudah mengulanginya. Dan adakala nya dia sendiri meniru
suara-suara yang dia dengar .Ulang cara ini untuk memudahkan anak kita
ingat dan mengulanginya.
- Nyanyi untuk anak
Nyanyian adalah satu cara merangsang anak untuk bercakap.cara ini boleh
dilakukan dimana-mana sahaja,dalam kereta,sebelum tidur,waktu mandi,malah ketika
kita mendukung nya.Lama kelamaaan anak akan mula ikut menyanyi bersama setiap
kali dia mendengar bunyi nyanyian.
- Minta anak sebut
kanak-kanak kebiasaan nya akan mula bertanya apa yang dia lihat.namun bagi
kanak-kanak yang lambat bercakap biasanya dia hanya akan menunjuk kerah benda
yang dia lihat.Ada juga yang hanya melhat dan mendiamkan diri.Sebut berulang
kali apa yang dia lihat dan kemudian suruh anak untuk menyebut nya.jangan
memaksa.tapi lakukan berulangkali.lama kelamaan dia akan menyebut nya kembali.
Sekurang-kurangnya kita berusaha yang terbaik untuk anak kita.sebaiknya pemeriksaan pakar juga diperlukan kerana dikhuatiri anak mengalami masalah pendengaran.
Sekurang-kurangnya kita berusaha yang terbaik untuk anak kita.sebaiknya pemeriksaan pakar juga diperlukan kerana dikhuatiri anak mengalami masalah pendengaran.
Credit: http://www.dianarashid.com
--------------------------------------------------------------------------------
Kawan-kawan tolong doakan agar Hafiey cepat bercakap ye. Tak sabar nak dengan first word dari budak kecik ni. Hehe
Jika ada sebarang cadangan atau perkongsian sudilah kiranya kawan-kawan tinggalkan komen ya. Sharing is caring gitu. Maklumlah, mungkin ada cara yang ibu-ibu kerap gunakan untuk bantu anak cepat bertutur. Jika ada petua lain, boleh kongsi ya. Sebab saya pun tak banyak pengalaman dengan kanak-kanak. Nak pula si Hafiey ini anak pertama. Hanya tambah ilmu melalui pembacaan dan perkongsian maklumat dari sahabat handai :)
HUBUNGI SAYA:-
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
6 comments:
akak pun risau juga anak akak lambat ckp... yg kakak setahun lbh xblh ckp semua. anak kedua lambat skit... tp brapa bln ni akak tgk tgk ada improvement... dah pandak ckp dua sukukata... jgn jemu ckp dgn dia... anak akk mmg dia lambat skit tp semua yg kita ckp dia fhm... kakak dia duk ajar mcm2 lg dia cpt... bila yg kakak dl akak hantar taska awal 2 thn lbh dan lps pantang terus hantar umh pengasuh. anak kedua ni dia akak mmg jg dia sendiri, dia kenal pun akak, husband n kakak dia jer... may be faktor tu jg dia lambat bercakap... lain anak yg dah biasa expose ngn tak ni...
Thanks Kak Shiela.. Memang kena lebih rajin spend masa dengan si kecil kan. Walau kadang2 rasa mcm frust sebab dia taknak ikut apa yg kita ajar, tapi tak bolehlah mengalah kan. Kena lebih expose ka dia dengan dunia luar kot. Bersahabat dengan rakan sebaya.huhu :)
Terima kasih atas perkongsian yang sungguh bermanfaat ini Puan. :)
Ameen ameen ameen.. syaz doakan hafiey ye kak .. :)
saye blm ada anak lagi..kehkeh..hehe
Blogwalked!
http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/
Post a Comment