Monday, July 14, 2014

Shaklee sokong Israel? OMG!!!

Assalamualaikum wbt.

Fuhhhhhh.. PANASSSS PANASSS!!! Beberapa hari kebelakangan ni teruk sungguh Shaklee kena hentam. Menyokong dan beri dana untuk Keneseth Israel (KI) katanyeeeeeeeeeeee. Haiiih. Inilah orang Malaysia. Baca malas. Mengkaji apatah lagi. Tapi bersangka baiklah. Tak semua orang tahu kan. 

Kami yang distributor ni penat juga melayan pertanyaan. Yang serius nak tahu, kami sedia membantu. Tapi tak kurang juga sindir, kutuk. Haiiih. Tak apa, dah kalian memang tak tahu khennnn. Hihihi

Ambo confuse arrrrr!!! :p

Al-kisahnya cerita ini bukanlah baru. Malahan bermusim. Terutamanya apabila timbul isu Palestin diserang oleh Israel laknatullah (semoga saudara kita di Gaza sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah). 

Asal timbul isu keganasan di Palestin, makan perang boikot bermula. Dari segi makanan, barangan runcit, pakaian, alat solek, dan sebagainya. Dan saya juga tak terkecuali. Seboleh mungkin elak dari membeli barang yang ada kaitan dengan Israel (beri dana, sumbangan dll)

Boleh klik link ini untuk mengenalpasti penyumbang utama kepada badan sumbangan Israel ini.



Bila timbul isu Palestin, ramai yang buat spekulasi akan kaitan Shaklee dan Keneseth Israel. Ramai juga yang share di Facebook yang Shaklee ni bersekongkol dengan Israel. Walhal Facebook pun produk Yahudi juga. Tak malu ke mereka ni kondem tapi guna FACEBOOK? hiksss

Okeh, berbalik kepada logo Shaklee di front page KI. Itu sebenarnya adalah inisiatif salah seorang Shaklee Independent Distributor (SID). Yang menyumbangkan pendapatan atau bonus Shakleenya untuk KI. Dan itu sama sekali TIADA KAITAN dengan Shaklee Corporation. 

Pihak Shaklee Corporation tiada hak untuk menghalang  SID ini daripada menyumbang untuk sesiapa pun yang dia suka. Contohnya saya, seorang agen bertauliah Shaklee di Malaysia. Yakni SID yang nak menyumbang untuk tabung Amal Palestin, tabung pertubuhan anak yatim, dan sebagainya. Itu adalah inisiatif saya sebagai SID untuk memberi sumbangan kepada yang memerlukan. Tapi tak ada kena mengena sama sekali dengan pihak Shaklee Corporation.

Faham ke faham? Ok, silapnya SID yang menyumbang kepada KI itu menggunakan logo rasmi Shaklee (Creating Healthier Life). Sepatutnya SID hanya dibenar menggunakan logo Shaklee Independent Distributor. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dan penyalahgunaan atas kepentingan individu. Contohnya macam kes inilah. Tak percaya? Meh saya jelaskan.

1. Rujuk front page Keneseth Israel (Malas nak klik sebenarnya. Tak pasal-pasal tinggikan trafik diorang ni..hehe).


2. klik pada logo Shaklee tu. Kemudian korang akan di'redirect'kan ke page http://kic.myshaklee.com/us/en/shop.s.html (milik seorang agen Shaklee (SID))


3. Nampak tak perbezaan logo antara dua gambar tu? Gambar ke dua menunjukkan ia milik seorang Shaklee Independent Distributor. Bukan milik Shaklee Corporation.

4. Web rasmi Shaklee International/Global. (www.shaklee.com). Bukan myshaklee.com - foto di bawah



5. Website rasmi Malaysia (www.shaklee.com.my)



Ya, mungkin anda yang tak biasa berurusan dengan Shaklee agak samar dengan penjelasan ini. Macam tiada beza je logo tu kan? Tapi hakikatnya banyak bezanya. P&R rules Shaklee juga menegaskan bahawa SID tak boleh menyalahgunakan logo Shaklee. Tak kisahlah samada di website/blog, bunting, banner, poster dll. Semunya perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan Shaklee Corp.

Anda nak percaya atau tidak, terserah. Kami sebagai SID sudah cuba sedaya upaya sebaik mungkin untuk menjelaskan. Mungkin juga kerana Shaklee kini dah jadi fenomena, dan ramai yang nak 'jatuhkan' kami. Nak rosakkan periuk nasi orang lain dengan kaedah menyebarkan berita pelesu ini. Hihi. Tak apa. Mereka tak tahu. Tapi bila dah tahu janganlah menuding jari kepada Shaklee lagi ya.

Boikot itu memang membantu menjatuhkan ekonomi Israel. Tapi kita perlu tahu membezakan Yahudi dan Zionis. Tak semua Yahudi itu Zionis dan menyumbang kepada ekonomi Israel. Naik pening bila semua benda nak diboikot. 

Memang ada baiknya kita bergantung harap dengan ekonomi islam. Banyakkan jual dan guna produk sendiri. Itu saya sokong 100%. Tapi Nabi Muhammad SAW juga berurusan jual beli dengan Yahudi, Nasrani, dan mereka bukan islam yang wujud pada zaman baginda. Asalkan tidak menyumbang kepada kemusnahan umat islam pada zaman Rasulullah SAW.

Baca kisah dan huraian selanjutnya, tulisan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman


Kupasan oleh Presidential Master Cery (Penaung Keluarga Jutawan Shaklee)



Diharapkan sedikit sebanyak perkongsian ini memberi nafas lega kepada customer, sahabat-sahabat, dan rakan-rakan niaga Shaklee yang tertanya-tanya akan status sebenar Shaklee. Janganlah mudah menjatuhkan hukum. Itulah lemahnya orang kita. Mudah sungguh melepas kata. Kaum lain gelak je tengok orang kita yang jumud tak sudah-sudah. Jangan boikot bermusim sudah. Esok lusa ngap McD, Starbuck lagi. Hmmmm. Fikir-fikirkanlah.

BERSEDERHANA ITU LEBIH BAIK =)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

HUBUNGI SAYA:-

Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik