Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

Tips mengurangkan risiko kanser

Assalamualaikum wbt

Seperti yang kita semua tahu, vitamin membantu memelihara tahap kesihatan dan mengurangkan kejadian penyakit berbahaya. Satu kajian menunjukkan kalsium dan vitamin boleh mengurangkan risiko terjadinya kanser. Kalsium membantu mekanisme pembaik-pulih DNA berlaku secara semulajadi. Sekaligus mengelakkan berlakunya gangguan pembaik-pulih DNA yang boleh menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit yang  lain

Kajian yang sama menunjukkan suplemen vitamin mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 30%, manakala kalsium mengurangkan risiko sebanyak 40%. Walaubagaimanapun, dapatkan nasihat doktor yang merawat anda sebelum mencuba sebarang suplemen. Amalkan pemakanan sihat dan lebihkan pengambilan bahan-bahan dari sumber semulajadi seperti rempah ratus yang terbukti berupaya mencegah kanser.

Menurut satu hasil penyelidikan, tabiat pengambilan makanan yang kaya magnesium berupaya mencegah penyakit kanser. Coenzyme Q10 atau CoQ10 ialah sebatian yang diperlukan oleh sel tubuh. Ia bertindak sebagai antioksidan yang memelihara kesihatan sel dan melindungi dari kerosakan akibat radikal bebas. Ia boleh mengurangkan risiko serangan jantung, merendahkan tahap kolesterol dan menstabilkan tekanan darah tinggi.


COQ-10 Shaklee :)

Lebih Info CoQ-10 ----- > KLIK SINI

Badan kita memerlukan asid lemak dalam kadar tertentu untuk berfungsi dengan baik. Tapi asid lemak tak sepenuhnya terhasil sendiri dalam badan. Ianya terhasil dari diet atau pemakanan kita. Asid lemak Omega 3 diperlukan oleh tubuh dan diperolehi dari sumber seperti ikan tuna & salmon. Suplemen minyak ikan ini juga dikelani sebagai asid lemak perlu yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung serta kanser payudara dan kanser kolon. 

Penyelidikan berterusan masih giat dijalankan dalam memahami punca sebenar berlakunya kanser. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang dapat memperlahankan perkembangan kanser di saluran penghadaman (dari rongga mulut hingga rektum). 

Selain mencegah kanser, amalan pemakanan sihat dapat mencegah kegemukan, risiko diabetes, darah tinggi dan pelbagai penyakit berbahaya yang disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat. Pengambilan lemak lebih 30% daripada kalori yang diperlukan boleh menyebabkan terjadinya beberapa jenis kanser, sekaligus meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok!

Walaubagaimanpun, janganlah anda risau dengan fakta ini. Berisiko tak semestinya ia tak dapat dicegah!! Diet/pola pemakanan yang lebih baik mampu mengubah hidup anda ke arah yang lebih sihat.

Sumber makanan yang digalakkan:-

  • Sayur-sayuran berdaun hijau - Sawi, bayam, kangkung, dll.
  • Tumbuhan/sayur Cruciferous- Brokoli, mustard, brussel sprouts, kubis bunga.
  • Buah-buahan- Buah beries, buahan sitrus, dan ceri.
  • Kekacang - Kacang kering, lentils, badam, dll.
  • Ikan - kembung, salmon, belut, tuna segar, ikan bilis dll.
---------------------------------------------------------------------------------------

Inginkan kesihatan tubuh yang optimum? Anda disarankan mengamalkan multivitamin yang berupaya mengurangkan risiko penyakit-penyakit berbahaya. Disebabkan itulah Shaklee telah menghasilan multivitamin pertama dunia pada tahun 1915 iaitu VitaLea.


Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 60%. Pada tahun 2000, Vita-Lea Shaklee telah dipilih oleh Centre for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest.


6 manfaat utama Vita-Lea:


  • Penambah tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegeterian) dan anemia.
  • Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


Berminat untuk mendapatkan VitaLea dengan harga berpatutan? Anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di maklumat tertera di bawah. Maklumbalas anda amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, August 27, 2014

Simptom-simptom Endometriosis pada wanita

Assalamualaikum wbt

Seperti yang saya telah kongsikan pada 'entry' yang lepas, Endometriosis merupakan salah satu penyakit yang menghantui kaum hawa seluruh dunia. Ia boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan kemandulan jika tidak dirawat.

*Google*


Menurut Dr Hamid Arshat, Endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.  Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Untuk kupasan lanjut tentang penyakit ini, saya sertakan satu perkongsian oleh alhidayah-medic.com yang boleh dijadikan panduan oleh semua wanita di luar sana. Semoga bermanfaat.

------------------------------------------------------------------------------------------------
ENDOMETRIOSIS DAN SIMPTOM-SIMPTOM

Penulis: Hj. Lokman

*Google*

 
Penyakit endometriosis merupakan satu penyakit yang agak biasa dan berlaku di seluruh dunia. Dianggarkan bahawa seorang daripada setiap 100 orang wanita disahkan menghadapi penyakit endometriosis. Dan penyakit ini boleh terjadi dari saat seseorang itu mula mengalami haid sehinggalah proses menopause bermula.

Lapisan dinding dalaman rahim dipanggil endometrium. Hormon wanita akan menyebabkan dinding endometrium untuk menebal dan diselaputi dengan saluran darah supaya seseorang itu bersedia untuk mengandung. Jikalau tiada persenyawaan berlaku di dalam rahim, kadar hormon akan jatuh dan menyebabkan endometrium luruh dan menjadi darah haid yang keluar melalui kemaluan. 

Di kalangan sesetengah wanita, terdapat cebisan tisu seperti endometrium tumbuh di luar rahim, di bahagian ovari, usus atau pundi kencing. Tisu endometrium asing yang tumbuh di luar rahim dipanggil sebagai Endometriosis. Perubahan hormon pada setiap bulan akan menyebabkan tisu endometrium asing ini turut membesar seperti tisu endometrium di dalam rahim. 

Apabila lapisan endometrium di dalam rahim luruh sebagai darah haid, tisu endometriosis turut luruh tetapi pendarahan tersebut di dalam kawasan yang tertutup. Maka, pendarahan tersebut menyebabkan keradangan di endometriosis dan menyebabkan kesakitan.

SIMPTOM ENDOMETRIOSIS    

Sebahagian pesakit endometriosis tidak mempunyai sebarang symptom tetapi ramai yang mempunyai satu atau lebih simptom-simptom yang berikut:

  • Sakit teruk di bahagian pinggul (pelvik)
  • Kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin
  • Sakit semasa qada’ hajat dan/atau semasa haid
  • Selalunya pendarahan haid yang banyak
  • Pendarahan sedikit (spotting) di antara tempoh haid atau beberapa hari sebelum pendarahan haid
  • Kemandulan yang menyebabkan pesakit sukar untuk mengandung secara semulajadi. Endometriosis merupakan faktor ketiga tertinggi yang menyebabkan kemandulan


DIAGNOSIS ENDOMETRIOSIS

Untuk mendiagnos endometriosis, terdapat beberapa  prosedur yang akan dilakukan oleh doktor. Antaranya adalah pemeriksaan fizikal dan juga pinggu (pelvik) akan dilakukan untuk mencari punca-punca lain yang memberikan kesakitan dan permasalahan. Kemudian, laparoskopi mungkin dicadangkan untuk meneliti dan membantu dalam penyelesaian endometriosis. 

Melalui laparoskopi, tisu-tisu endometriosis boleh disingkirkan. Tisu-tisu yang diambil akan dihantar ke makmal untuk kajian selanjutnya.  Laparoskopi ada lah satu prosedur dimana doktor akan memasukkan alat camera kedalam tubuh pesakit melalui lubang yang dibuat dibahagian abdomen pesakit. Sekiranya bahagian itu ada endometriosis, maka melalui alat laparoskopi ini, doktor akan memotong dan membuang tisu-tisu endometriosis tersebut.  


RAWATAN MODEN    

Mengikut teori, endometriosis tidak akan dapat dihilangkan terus dari badan. Namun, simptom-simptom endometriosis boleh dikawal. Kesakitan daripada endometriosis selalunya akan berkurangan semasa kehamilan dan selepas menopause. Jadi, bagi wanita yang tidak mahu hamil dalam jangka masa yang terdekat, rawatan akan difokuskan untuk mengurangkan keradangan atau memperkenalkan hormon-hormon yang memberhentikan seketika pengeluaran hormon wanita oleh ovari.


  • Ubat penahan sakit  -  ubat tersebut seperti ibuprofen, naproxen atau asid mefenamic memberi kelegaan kepada 8 daripada 10 orang pesakit yang mengalami kesakitan di abdomen. Jika anda tahu haid anda akan bermula, ambilllah ubat penahan sakit ini sebelum haid ataupun apabila sakit abdomen tersebut baru bermula.
  • Pil Perancang Keluarga – Hormon dari pil perancang keluarga akan menipiskan lapisan endometrium dan mengelakkan endometriosis daripada bengkak. Pil ini boleh digunakan secara berterusan agar tidak mendapat haid langsung.
  • Gonadotropin-releasing Hormone Agonists (GnRH) - GnRH adalah hormon yang membantu kitaran haid bulanan. Agonis GnRH yang digunakan lebih kuat dari GnRH semula jadi di dalam badan. Ia mengurangkan paras hormon estrogen dengan memberhentikan fungsi ovari. Akibatnya, wanita tersebut mengalami menopaus. Kesan ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi adalah seperti panas badan, sakit kepala, kekeringan faraj dan kerapuhan tulang.
  • Pembedahan – Untuk membuang tisu-tisu endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan. Pembedahan boleh dilakukan secara terbuka ataupun melalui laparoskopi. Bagi wanita yang mengalami endometriosis teruk dan sudah tidak mahu mengandung lagi, pembedahan membuang rahim (histerektomi) boleh dilakukan.

ENDOMETRIOSIS DAN KEMANDULAN    

Sehingga kini, belum ada penjelasan sebenar yang boleh menjawab kenapa endometriosis boleh menyebabkan kemandulan. Kemungkinan, endometriosis mengubah akan lapisan endometrium di dalam rahim sehingga menyebabkan embrio tidak boleh melekat ke dinding rahim. Ataupun, endometriosis mungkin menyebabkan saluran tiub fallopio tersumbat dan menghalang telur yang tersenyawa daripada sampai ke dinding rahim. 

Pembedahan untuk membuang ketumbuhan endometriosis selalunya sangat membantu untuk pesakit mengandung. Bagi mereka yang masih belum dapat mengandung selepas rawatan endometriosis, rawatan kesuburan “in-vitro fertilization” atau IVF boleh dicadangkan.


INFO LANJUT : >>KLIK LINK INI<<

Credit: *Link*
--------------------------------------------------------------------------------
 Oleh itu, wanita digalakkan untuk mengamalkan pemakanan sihat & gaya hidup aktif bagi mengurangkan risiko berlakunya endometriosis. Jauhi makanan yang banyak pengawet & perisa tambahan serta 'junk food'. Bukan sahaja tak berkhasiat, malah ia boleh menyebabkan penyakit lain seperti darah tinggi akibat kehadiran garam berlebihan.

Sebolehnya, elakkan sumber protein dari ayam yang dicucuk hormon seperti yang boleh didapati di pasaran tempatan. Gunakan ayam kampung sebagai alternatif. Protein dari sumber laut seperti ikan amatlah digalakkan selain dari mengandungi Omega 3 yang bagus untuk kesihatan jantung dan otak.

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan sumber antioksidan seperti Vitamin A, C, & E. Boleh juga amalkan multivitamin bagi anda yang sering mengabaikan gizi seimbang dek kerana kesibukan dan faktor kesuntukan masa untuk menyajikan makanan yang bernutrisi lengkap.

Multivitamin Shaklee (Vitalea): Klik *link*

Jika terdapat sebarang keraguan dan inginkan maklumat lanjut, feedback anda amatlah dialu-alukan. Boleh hubungi saya seperti di maklumat yang tertera di bawah. Kesejahteraan anda, keutamaan saya.


Konsultasi PERCUMA sepanjang hayat menanti anda sekiranya membuat pembelian produk Shaklee dengan saya.  V(^_^)V



"FAST ACTION FAST RESULT"

HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 --------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, August 19, 2014

[Testimoni] Berat naik 2kg dengan Set Weight Gain Shaklee

Assalamualaikum wbt

Dalam keghairahan diri sendiri obses nak turunkan berat badan, tak kurang juga sahabat yang berusaha nak tingkatkan berat. Dah terjual satu set 'Weight Gain' khusus untuk tambah selera makan dan tingkatkan berat badan. Alhamdulillah. Terima kasih Ina sudi berurusan dengan saya. Sahabat seperjuangan semasa di menengah rendah suatu masa dulu :)

Secara ringkas, mekanisme badan manusia berbeza-beza. Ada yang cepat naik kilo (saya lah tu), ada yang makan banyak mana pun tak naik-naik. Bergantung pada tahap metabolisme badan & genetik yang diwarisi oleh setiap individu.

Untuk entry kali ini saya taknak berceloteh panjang. Biarlah gambar berbicara. Ceewah. 


Buat pengetahuan semua, saya pernah kongsikan info & tips untuk tingkatkan berat badan secara secara semulajadi di SINI. Bagi mereka yang tak punya banyak masa untuk sediakan menu seimbang atau sibuk dengan aktiviti harian, adalah disarankan untuk mengambil suplemen yang sesuai untuk membantu menampung nutrisi yang kurang.





Paling tidak, amalkan multivitamin yang lengkap dengan segala jenis vitamin dan mineral untuk kesihatan badan yang OPTIMUM. Vitalea Shaklee kan ada, tak perlu susah-susah cari multivitamin yang lain dah. Segalanya sudah tersedia. Hanya perlu hubungi saya untuk urusan tempahan dan pembelian.

Belum cuba belum tahu. Nak dapatkan berat ideal? Ayuh bertindak sekarang. Bertangguh itu pencuri masa. Rugi tau lambat mencuba :)

FAST ACTION FAST RESULT



HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, May 24, 2014

Diabetes akibat pengambilan gula berlebihan

Assalamualaikum wbt.

Asal masak je tambah gula. Asal minum je bubuh gula. Agak-agaknya apa ya khasiat gula? Memang betul, manis itu sedap. Tapi saya ada terbaca, pengambilan gula berlebihan seolah-olah 'feeding disease'. Suap penyakit kenyang-kenyang. Huuu.. menakutkan!!

Saya tak kata orang lain. Saya sendiri sebagai anak jati Kelate tak dapat dipisahkan dengan gula bila memasak. Cuma semenjak dua menjak ni semakin sedar akan bahaya gula berlebihan. Tambahan pula keluarga saya ada sejarah Diabetes. Agak gusar bila memikirkan risiko & kesan jangkamasa panjang.

Masa hamilkan Hafiey pun saya pernah alami Diabetes semasa hamil (GDM). Di mana insulin resistance tinggi dan kadar gula dalam darah tidak berada pada paras normal macam ibu-ibu hamil yg lain. Semenjak tu rasa serik. Next pregnancy, kena jaga pemakanan betul-betul. Tak ingin sejarah lalu berulang kembali. hihi

Ok, kembali kepada perihal gula. Jom kupas apa itu gula serta kesan pengambilan secara berlebihan untuk jangkamasa panjang. Semoga bermanfaat.

-------------------------------------------------------------------------
BAHAYA GULA BERLEBIHAN




Bagi pesakit Diabetes, perkara pertama yang pasti diminta oleh doktor ialah menjauhi gula. Ia tidak senang dilakukan kerana mereka telah biasa dengan gula sepanjang hayat. Lagipun, rasa gula mencetuskan sejenis hormon dalam otak yang membuatkan kita berasa senang. Inilah yang menyebabkan mengapa ramai orang mendapati sangat susah hendak meninggalkan gula.

Bagi penghidap diabetes, gula akan meningkatkan paras gula darah yang seterusnya akan meningkatkan risiko komplikasi yang melibatkan saraf, mata, buah pinggang dan jantung. 

Kini, Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association (AHA)) telah meletakkan gula tambahan dalam senarai penyebab yang boleh menjejaskan jantung selain daripada pengambilan terlalu banyak garam, lemak, kolesterol dalam diet. Menurut AHA, pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik, termasuk kegemukan (obesiti), diabetes, tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida tinggi, semuanya ini merupakan faktor risiko penyakit jantung dan strok.

Apakah itu gula?

Gula pasir putih, juga dikenali sebagai sukrosa adalah bentuk gula paling biasa, tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk-bentuk lain termasuk gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa, madu dan sirap mapel. 

Adakah kita mengambil terlampau banyak gula?

Rakyat Malaysia pada amnya mengambil lebih kurang sebanyak 19 sudu teh (76 gram) gula tambahan setiap hari. Ini bermakna kira-kira 300 kalori daripada jumlah kalori harian anda datangnya daripada gula. Pakar kesihatan menganggap ini adalah jauh melebihi had. Kita sepatutnya mengambil gula tidak lebih daripada enam sudu teh (100 kalori) bagi wanita dan sembilan sudu teh (150 kalori) bagi orang lelaki( yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika).

Tahukah anda bahawa minuman 3-dalam-1 sarat dengan gula. Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula. Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman ini sehari. Anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh AHA. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa anda. 

Pemanis tiruan

Seperti yang anda ketahui, pemanis tiruan dikatakan 'bebas gula' dan boleh menjadi satu pilihan baik untuk menggantikan gula. Persoalannya, adakah ia benar dan selamat? Munkin anda boleh melayari laman web untuk mengetahui lebih lanjut tentang 'aspartame; sucralose; side effects; dangers.'

Mungkin anda pernah terbaca bahawa makanan dan minuman, minuman berkarbonat, yogurt, makanan yang dimasak dengan ketuhar, malah minuman segera tiga dalam satu mengandungi pemanis tiruan. Sebelum membeli, periksa label makanan untuk mengesan sebarang pemanis tiruan yang tersembunyi.


Pemanis semula jadi - ekstrak stevia




Ia dikenali sebagai 'daun manis' atau stevia rebaudiana. Stevia 300 kali lebih manis daripada gula tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Ekstrak ini diperbuat daripada bahagian yang paling manis dalam daun stevia.

Di samping rasanya yang sedap, ekstrak stevia adalah selamat dan tiada kesan sampingan. Ekstrak stevia tidak mengandungi kalori dan tidak menaikkan paras gula darah. Oleh itu, ia adalah pilihan bijak bagi penghidap pra-diabetes, diabetes dan mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.

Sebagai pemanis semula jadi, rasa stevia tidak seperti gula tetapi ia tetap menjadi pengganti gula yang terbaik.

-----------------------------------------------------------------------



Setakat ni saya belum pernah guna ekstrak stevia. Cuma kini lebih berhati-hati dengan pengambilan gula. Jika makan kat luar, lebih suka order air suam atau air kosong. Lebih sihat gitu. 

Bagi mereka yang ada masalah Diabetes, memang tak semudah itu nak hilangkan penyakit ini. Pesakit perlu kawal pemakanan dan bergantung kepada ubat yang dibekalkan hospital. 

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mencuba penawar alternatif, boleh amalkan suplemen dari Shaklee yang terdiri daripada VitaLea, B-Complex, Vitamin C dan Zinc complex.








Nak lagi power, boleh consume VIVIX. Ia baik untuk menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah. Sangat disarankan untuk mereka yang tak suka telan vitamin tablet. Vivix adalah dalam bentuk cecair dan ia dihasilkan menggunakan anggur muscadine yang khasiat anti-oksidannya 40x ganda berbanding anggur biasa. 





Perlu diingatkan di sini, suplemen bukanlah bertujuan merawat. Ia bertujuan membantu memberi kesihatan yang lebih baik di samping boleh menurunkan paras gula dalam darah.

Pesakit Diabetes dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat doktor sebelum mencuba sebarang suplemen agar tiada komplikasi. Selain itu, set diabetes juga sesuai untuk mereka yang ingin mencegah simptom2 penyakit Diabetes, di samping mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.

Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA. Ayuh kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.






Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
---------------------------------------------------------------

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik