Assalamualaikum wbt.
Asal masak je tambah gula. Asal minum je bubuh gula. Agak-agaknya apa ya khasiat gula? Memang betul, manis itu sedap. Tapi saya ada terbaca, pengambilan gula berlebihan seolah-olah 'feeding disease'. Suap penyakit kenyang-kenyang. Huuu.. menakutkan!!
Saya tak kata orang lain. Saya sendiri sebagai anak jati Kelate tak dapat dipisahkan dengan gula bila memasak. Cuma semenjak dua menjak ni semakin sedar akan bahaya gula berlebihan. Tambahan pula keluarga saya ada sejarah Diabetes. Agak gusar bila memikirkan risiko & kesan jangkamasa panjang.
Masa hamilkan Hafiey pun saya pernah alami Diabetes semasa hamil (GDM). Di mana insulin resistance tinggi dan kadar gula dalam darah tidak berada pada paras normal macam ibu-ibu hamil yg lain. Semenjak tu rasa serik. Next pregnancy, kena jaga pemakanan betul-betul. Tak ingin sejarah lalu berulang kembali. hihi
Ok, kembali kepada perihal gula. Jom kupas apa itu gula serta kesan pengambilan secara berlebihan untuk jangkamasa panjang. Semoga bermanfaat.
-------------------------------------------------------------------------
BAHAYA GULA BERLEBIHAN
Sumber: www.utusan.com.my
Bagi pesakit Diabetes, perkara pertama yang pasti diminta oleh doktor
ialah menjauhi gula. Ia tidak senang dilakukan kerana mereka telah biasa dengan
gula sepanjang hayat. Lagipun, rasa gula mencetuskan sejenis hormon dalam otak
yang membuatkan kita berasa senang. Inilah yang menyebabkan mengapa ramai orang
mendapati sangat susah hendak meninggalkan gula.
Bagi penghidap diabetes, gula akan meningkatkan paras gula
darah yang seterusnya akan meningkatkan risiko komplikasi yang melibatkan
saraf, mata, buah pinggang dan jantung.
Kini, Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association
(AHA)) telah meletakkan gula tambahan dalam senarai penyebab yang boleh
menjejaskan jantung selain daripada pengambilan terlalu banyak garam, lemak,
kolesterol dalam diet. Menurut AHA, pengambilan gula yang tinggi dikaitkan
dengan kesihatan yang tidak baik, termasuk kegemukan (obesiti), diabetes,
tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida tinggi, semuanya ini merupakan
faktor risiko penyakit jantung dan strok.
Apakah itu gula?
Gula pasir putih, juga dikenali sebagai sukrosa adalah
bentuk gula paling biasa, tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk-bentuk
lain termasuk gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa, madu dan
sirap mapel.
Adakah kita mengambil terlampau banyak gula?
Rakyat Malaysia pada amnya mengambil lebih kurang sebanyak
19 sudu teh (76 gram) gula tambahan setiap hari. Ini bermakna kira-kira 300
kalori daripada jumlah kalori harian anda datangnya daripada gula. Pakar
kesihatan menganggap ini adalah jauh melebihi had. Kita sepatutnya mengambil
gula tidak lebih daripada enam sudu teh (100 kalori) bagi wanita dan sembilan
sudu teh (150 kalori) bagi orang lelaki( yang disyorkan oleh Persatuan Jantung
Amerika).
Tahukah anda bahawa minuman 3-dalam-1 sarat dengan gula.
Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga
empat sudu teh gula. Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan
minuman ini sehari. Anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh
AHA. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam
makanan-makanan biasa anda.
Pemanis tiruan
Seperti yang anda ketahui, pemanis tiruan dikatakan 'bebas
gula' dan boleh menjadi satu pilihan baik untuk menggantikan gula. Persoalannya,
adakah ia benar dan selamat? Munkin anda boleh melayari laman web untuk
mengetahui lebih lanjut tentang 'aspartame; sucralose; side effects; dangers.'
Mungkin anda pernah terbaca bahawa makanan dan minuman,
minuman berkarbonat, yogurt, makanan yang dimasak dengan ketuhar, malah minuman
segera tiga dalam satu mengandungi pemanis tiruan. Sebelum membeli, periksa
label makanan untuk mengesan sebarang pemanis tiruan yang tersembunyi.
Ia dikenali sebagai 'daun manis' atau stevia rebaudiana. Stevia
300 kali lebih manis daripada gula tetapi tidak mengandungi sebarang kalori.
Ekstrak ini diperbuat daripada bahagian yang paling manis dalam daun stevia.
Di samping rasanya yang sedap, ekstrak stevia adalah selamat
dan tiada kesan sampingan. Ekstrak stevia tidak mengandungi kalori dan tidak
menaikkan paras gula darah. Oleh itu, ia adalah pilihan bijak bagi penghidap
pra-diabetes, diabetes dan mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.
Sebagai pemanis semula jadi, rasa stevia tidak seperti gula
tetapi ia tetap menjadi pengganti gula yang terbaik.
-----------------------------------------------------------------------
Setakat ni saya belum pernah guna ekstrak stevia. Cuma
kini lebih berhati-hati dengan pengambilan gula. Jika makan kat luar, lebih
suka order air suam atau air kosong. Lebih sihat gitu.
Bagi mereka yang ada masalah Diabetes, memang tak semudah
itu nak hilangkan penyakit ini. Pesakit perlu kawal pemakanan dan bergantung
kepada ubat yang dibekalkan hospital.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin
mencuba penawar alternatif, boleh amalkan suplemen dari Shaklee yang terdiri
daripada VitaLea, B-Complex, Vitamin C dan Zinc complex.
Nak lagi power, boleh consume VIVIX. Ia baik untuk
menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah. Sangat disarankan untuk
mereka yang tak suka telan vitamin tablet. Vivix adalah dalam bentuk cecair dan ia dihasilkan menggunakan anggur muscadine yang khasiat anti-oksidannya 40x
ganda berbanding anggur biasa.
Perlu diingatkan di sini, suplemen bukanlah bertujuan
merawat. Ia bertujuan membantu memberi kesihatan yang lebih baik di samping
boleh menurunkan paras gula dalam darah.
Pesakit Diabetes dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat
doktor sebelum mencuba sebarang suplemen agar tiada komplikasi. Selain itu, set
diabetes juga sesuai untuk mereka yang ingin mencegah simptom2 penyakit
Diabetes, di samping mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.
Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA. Ayuh kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
---------------------------------------------------------------
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
---------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment