Saturday, May 24, 2014

Tips tingkatkan metabolisme badan



Assalamualaikum wbt

Makan tak banyak mana, tapi badan tak kurus-kurus juga!! Demikian rungutan seorang suri-rumah yang stress setiap kali timbang berat badan. Rasa nak baling je scale tu kan..Haha. Rasanya bukan suri rumah je dibelenggu dilema berat yang malu-malu nak turun. Yang bekerja pun tak terkecuali. Tambahan pula kalau kerja jenis yang dukkkk je kat office menghadap komputer. Mengembang jugak jadinya.. (Iskkk..sensitif sungguh bab-bab berat badan ni)

Situasi ini berkait rapat dengan metabolisme. Antara salah satu faktor yang menyebabkan berat badan sukar turun adalah kadar metabolisme badan yang rendah. Jom baca dan fahami cara untuk meningkatkan metabolisme badan. Tak susah, tapi memerlukan kesungguhan untuk melaksanakannya. kalau setakat 'hot hot chicken shit' toksah berangan la nak turunkan berat badan..hihi


------------------------------------------------------
APA ITU METABOLISME?

Sumber:http://langsingkurus.blogspot.com

Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.

Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

Walaubagaimana pun, terdapat beberapa faktor yang anda boleh kawal dan ubah, dan beberapa faktor yang anda tidak boleh ubah mengenai metabolisme.
                         
1. Faktor jantina - Lelaki umumnya membakar kalori lebih cepat berbanding wanita kerana  mereka mempunyai lebih banyak otot tisu berbanding wanita yang mempunyai lebih banyak lemak.
    
2. Faktor keturunan - Anda juga boleh mewarisi kadar metabolisme anda dari generasi sebelumnya
    
3. Gangguan tiroid - Hipotiroidisme (kelenjar tiroid begitu aktif) dan hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlalu aktif) boleh melambatkan atau mempercepatkan metabolisme, tetapi hanya 3% daripada penduduk mempunyai hipo-dan 0,3%  hipertiroidisme.

4. Faktor berat badan - tisu yang berlainan dalam badan anda menyumbang jumlah yang berbeza untuk peningkatan  metabolisma. Orang yang mempunyai jisim otot yang lebih tinggi biasanya mempunyai kadar metabolik yang agak tinggi berbanding mereka yang mempunyai jisim lemak yang banyak.
  
Antara tips untuk meningkatkan metabolisme badan secara semulajadi:-

Pastikan anda makan sarapan pagi.- Jika anda tidak makan sarapan pagi, anda melambatkan metabolisma anda dan menghantar badan ke dalam "survival mode," kerana badan anda fikir yang anda akan kelaparan untuk jangka masa yang lama.



Makan makanan Malam anda lebih cepat pada hari itu.- Makan malam harus menjadi hidangan yang ringan, dan beberapa pakar mengesyorkan anda jangan makan apa-apa selepas pukul 8 malam, atau lewat daripada 3 hingga 4 jam sebelum tidur. Ini membantu badan anda memproses dan membakar ketika anda sedar dan sekiranya anda bergerak ia membakar lebih banyak kalori sejam.

Jangan berlapar.- sekiranya anda kurang mengambil kalori di bawah 1000 kalori sehari badan akan memberi isyarat kepada tubuh anda bahawa anda berada di mod kebuluran. ini akan merendahkan metabolisma anda. Pastikan badan anda tidak berlapar melebihi 6 jam sewaktu anda berjaga.

Jangan takut untuk makan lebih kerap.-Makan lebih kerap benar-benar boleh membantu anda menurunkan berat badan –sesetengah orang  berasa risau untuk makan lebih kerap kerana mitos makan antara waktu makan akan menyebabkan kegemukkan. ini adalah salah. Apabila anda makan makan dengan jumlah yang banyak untuk satu-satu waktu, anda melatih metabolisma anda untuk menjadi lambat. Mengambil hidangan kecil atau snek setiap 3 hingga 4 jam akan memastikan metabolisma anda terus bekerja, jadi anda membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa mereka yang mengambil snek akan kurang makan pada waktu makan utama.

Minumlah air sejuk. Apabila anda minum air ais yang sejuk, badan anda membakar kalori untuk memanaskan suhu badan. Lebih daripada sembilan puluh peratus daripada tindak balas kimia dalam badan anda berlaku di dalam air, jadi pastikan anda minum air secukupnya. Pastikan anda tidak mengambil minuman sejuk yang bergula.


Senaman aerobik. Aktiviti yang berlainan membakar kalori dalam kuantiti yang berbeza, tetapi perkara yang penting adalah untuk menaikkan kadar jantung anda dan mengekalkan aktiviti selama kira-kira 30 minit sehari.

Membina otot dengan latihan berat atau senaman rintangan.- Sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu, anda perlu menambah latihan berat atau senaman rintangan yang progresif yang membina otot. Otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak, dan lebih banyak otot yang anda miliki, lebih banyak kalori yang anda bakar, walaupun semasa anda sedang berehat.

Minumlah air putih – anda seharusnya minum sekurang-kurangnya 2 liter air putih sehari atau bersamaan lapan gelas sehari atau lebih. Proses pembakaran memerlukan air untuk bekerja dengan berkesan.



Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Protien yang terbaik adalah dari sumber daging merah, daging putih, ikan dan tauhu.



Pedaskan Makanan Anda - Makanan yang pedas mengandungi sejenis bahan kimia yang menukarkan metabolisme pada gear yang tinggi. Ambil satu sudu lada cincang setiap kali makan. cili merah atau hijau boleh meningkatkan kadar metabolisme anda. Kesan itu mungkin sementara, tetapi jika anda sering makan makanan pedas anda boleh mendapat manfaatnya. Untuk rangsangan yang cepat, pedaskan hidangan anda.

Minum coffee –Berita baik untuk penggemar cofee, Kajian menunjukkan bahawa hanya 100mg caffien yang terdapat didalam coffee akan meningkat kadar metabolisma badan selepas 3 jam anda mengambilnya.

Minumlah Teh Hijau - Minum Teh Hijau atau Teh Oolong menawarkan faedah gabungan antara kafein dan catechin, bahan-bahan tersebut akan meningkatkan metabolisma untuk beberapa jam. Kajian menunjukkan bahawa minum 2-4 cawan teh mungkin mengaktifkan badan untuk membakar kalori 17% lebih banyak daripada biasa dalam tempoh masa yang singkat.

Brokoli sebagai menu wajib anda.– Mengambil brokoli adalah satu cara untuk meningkatkan metabolisma dengan cara semulajadi. Ianya mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga Kalsium. Kedua-dua nutrien ini menunjukkan efek positif terhadap metabolisma jadi pastikan anda memasukkan brokoli sebagai menu diet anda setiap hari.

----------------------------------------------

Amacam, rasa-rasa boleh ikut tak semua steps di atas? Huhu. Hakikatnya praktikal tak seindah teori. Perlukan keazaman yang tinggi untuk betul-betul turunkan berat badan.

Walaubagaimanapun, jangan risau jika anda tak mampu nak buat semua. Ada cara yang lebih mudah iaitu dengan bantuan suplemen. Walau macam mana pun, anda perlulah mengenalpasti suplemen terbaik untuk tubuh anda. Pilihlah yang semualajadi, selamat dan terbukti berkesan. Saya pilih Shaklee kerana produknya dah ada di pasaran Malaysia dan antarabangsa lebih 50 tahun. So, tak perlu ragu dah.

Antara produk Shaklee yang mampu membantu tingkatkan kadar metabolisme ialah Cinch Shake, Cinch energy tea. Ia khusus membantu membina otot dan mengurangkan rasa lapar. Sekaligus mempercepatkan pembakaran lemak dalam tubuh. Ia diformulasikan dengan Leucine yang bertindak membakar lemah dan mengekalkan fungsi otot tubuh.


Sumber: http://www.mamafaiz.com

Energizing soy protein (ESP) juga membantu meningkatkan kadar metabolisme badan, di samping kaya dengan protein! Ia rendah asid glikemik  dan memberikan rasa kenyang berpanjangan. Bila dan ambil ESP, rasa nak mengunyah macam-macam tu berkurangan. Jadi, berat badan tak mudah naik mendadak.


INFO CINCH & ESP ---------->KLIK SINI


Kesimpulannya, ada pelbagai cara untuk tingkatkan kadar metabolisme badan kita. Nak pilih cara semulajadi, guna suplemen, vitamin tambahan atau sebagainya, semuanya terpulang pada diri. Tinggal nak atau tak sahaja. TEPUK DADA TANYA DIRI. Lepas ni kalau berat tak turun-turun sila jangan salahkan orang lain ye. Hihi (Peringatan untuk diri sendiri juga)

Berminat? Boleh hubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA

FAST ACTION FAST RESULT!!
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik