Sebenarnya inilah persoalan yang membuatkan saya tertanya-tanya. Perlu ke korek telinga bayi/ kanak-kanak? Hafiey pernah juga macam pegang cuping telinga dia. Nak kata gatal, taklah pula dia tergaru-garu. Cuma mungkin kurang selesa.
Selepas saya tanya encik Google, memang ibu-bapa tak dibenarkan mengorek telinga anak agar tidak berlaku infeksi atau jangkitan di dalam telinga anak. Jika guna 'cotton bud' dikhuatiri menolak tahi telinga masuk ke dalam. Sekaligus menyebabkan tahi telinga mengeras dan risiko berlaku jangkitan.
Terdapat juga perbezaan pendapat antara ibu-ibu. Ada yang korek telinga 2minggu sekali guna 'cotton bud'. Ada juga yang mencadangkan pengunaan ubat titik untuk cairkan tahi telinga bayi.
Sebagai ibu beranak satu, memang masih banyak ilmu keibu-bapaan yang perlu saya pelajari. Di sini saya kongsikan artikel yang saya baca. Semoga bermanfaat.
--------------------------------------------------------------------
HENTIKAN AMALAN KOREK TELINGA
Sumber:http://niezapunyablog.blogspot.com
Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak
hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan
telinga anak anda sentiasa bersih. Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan
mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh
memudaratkan pendengaran?
Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan.
Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan.
Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu. "Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini. Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga.
Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga.

Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat
daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan
dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan
pendengaran. "Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi
khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif.
Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang. "Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga", katanya. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga.
Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras.

"Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan
lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga," katanya. Beliau berkata, tahi
telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran
dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. "Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga," katanya.
Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.

Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik
atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi
menyedut tahi telinga mereka. Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya
akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras
dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. "Bagaimanapun,
keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan
terkeluar dengan sendiri," katanya.
--------------------------------------------------------------------
Ternyata tahi telinga ada fungsinya yang tersendiri. Betapa uniknya setiap satu ciptaan Allah tu kan. Kesimpulannya, memang tak perlu pun korek telinga bayi/ kanak-kanak. Hanya bersihkan apabila tahi telinga keluar dan terlihat. Memadai dengan hanya mengelap kawasan telinga dengan kain bersih.
Tak berani kot nak guna besi pengorek telinga tu. Gerun!! Lagipun Hafiey bukannya boleh duduk diam. Kalau pegang telinga dia, lagilah dia meronta-ronta. Hihi
Hafiey buchuk masyam |
Semoga membantu ibu-bapa di luar sana yang sedang dalam dilema macam saya. Suami kata korek je. Tapi saya tak beranilah. Baik cari dulu info yang boleh dijadikan rujukan. Melainkan jika ada infection, haruslah bertemu dengan doktor supaya tak berlarutan.
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
-------------------------------------------------------------------

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
2 comments:
ramai cakap tak payah lagi kalau dorang baby.. sebab tu lah, takut tahi telinga masuk ke dalam & tutup lubang telinga.
Betul tu..akak pun x berani nak korek telinga anak akak. risau kena gegendang..hihi
Post a Comment