Pagi ini dikejutkan dengan berita yang kurang baik. Anak buah yang ke 4 dimasukkan ke hospital kerana demam dan nodus limfa di bahagian paha membengkak. Jarang rasanya dengar kes macam ni. Ataupun saya yang tak pernah tahu atau ambil tahu. Huhu..
Melalui carian saya di Google, bengkak pada nodus limfa ini biasanya terjadi pada kanak-kanak hinggalah golongan dewasa. Anak buah saya baru 7 bulan. Demam nak beralih umur barangkali. Masih menanti perkembangan terkini dari abang sulung dan kak iparku. Kata mereka baby stabil dan tak membimbangkan. Kita sama-sama doakan yang terbaik ye kawan-kawan :)
Di sini saya kongsikan sedikit info tentang gejala dan simptom bengkak kelenjar. Persoalan yang diajukan oleh seorang ibu kepada doktor tentang kondisi anak beliau yang mengalami bengkak kelenjar leher, kepala dan telinga.
Perlukah Risau Jika Kelenjar Limfa Bengkak??
Jawapan oleh Dr Aznor Fadly
Q: Salam doktor,
Anak saya berumur 10 bulan. Saya perasan di kepalanya ada
dua benjolan (lumps). Satu di belakang telinga, hampir dengan leher, dan satu
lagi di tengah-tengah kepala, selari dengan telinga. Kadang-kadangan
benjolannya ketara, kadang-kadang macam mengecut.
Saya ada terbaca mungkin ia disebabkan kelenjar (lymph
nodes) membengkak. Saya nak minta pendapat doktor, perlukah saya bawa anak saya
ke hospital untuk pemeriksaan dengan segera? Atau ini adalah normal bagi bayi.
Terima kasih. (Mama Imran)
A: Wa’alaikumusalam wrt wbt
Terima kasih di atas soalan tersebut. Daripada apa yang puan
ceritakan berkemungkinan anak puan mengalami pembengkakan kelenjar atau bahasa
perubatannya ‘lymphadenopathy’.
Source: *Link* |
Terdapat beberapa gugusan kelenjar yang boleh kita rasa di
bawah kulit. Gugusan tersebut ada di leher, belakang kepala, ketiak dan di
celah kelangkang. Gugusan kelenjar ini bersambung ke suatu sistem badan yang
dinamakan sistem limfa. Pada masa normal kelenjar tersebut tidak dapat dirasa.
Namun oleh sebab-sebab tertentu kelenjar tersebut boleh membengkak dan menjadi
besar. Pembengkakan ini boleh menjadi sakit atau tidak, bergantung kepada
sebabnya.
Tugas kelenjar-kelenjar ini terutamanya ialah sebagai
‘penapis’ untuk menapis bakteria atau virus yang boleh menyebabkan jangkitan
kuman, terutamanya di kawasan dan organ yang berhampiran dengan gugusan
kelenjar tersebut. Sebagai contoh, jika anak puan mengalami jangkitan kuman di
telinga dan tekak, kelenjar di bahagian leher atau belakang kepala akan
membengkak.
Selain daripada jangkitan kuman, terdapat lagi beberapa
sebab kenapa kelenjar tersebut boleh membengkak. Sebab-sebab tersebut
adalah Penyakit Kawasaki, Penyakit ‘infectious mononucleosis’ , dan lymphoma –
sejenis barah kelenjar.
Pada kebanyakan masa, kelenjar- kelenjar limfa ini
akan membesar semasa kanak-kanak mengalami jangkitan kuman dan demam. Apabila
mereka sembuh dari demam dan jangkitan kuman tersebut, kelenjar limfa itu akan
kembali mengecut ke saiz normal. Proses in akan berlaku dalam 1- 2 minggu.
Namun, jika pembengkakan berterusan atau semakin membesar, siasatan lanjut
perlu dijalankan untuk memastikan sebab mengapa kelenjar tersebut berkeadaan
demikian.
Oleh yang demikian puan tidak perlu terlalu risau tentang
pembengkakan kelenjar limfa ini. Puan boleh memerhatikan secara teliti dan
memastikan bahawa pembengakan kelenjar ini surut dalam 2 minggu selepas anak
puan sembuh dari demam. Namun, jika kelenjar ini masih lagi bengkak, atau
semakin membesar puan perlu membawa anak puan untuk berjumpa doktor.
Ini untuk memastikan doktor dapat membuat pemeriksaan lanjut
bagi memastikan punca pembengkakan kelenjar limfa tersebut dan sama ada
ujian-ujian tertentu perlu dilakukan atau tidak.
--------------------------------------------------------------------
Semoga keadaan anak buah cepat pulih dan diberikan kesembuhan segera oleh yang maha esa. Jika kawan-kawan tahu atau pernah terbaca tentang penyakit ini, adalah sangat dialu-alukan untuk berkongsi maklumat tentangnya.
Terima kasih :)
HUBUNGI SAYA:-
Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment