Monday, August 18, 2014

Tips supaya anak gemar makan sayur & buah

Assalamualaikum wbt

Saya pasti ramai ibu-ibu yang buntu melayan kerenah anak yang cerewet dalam pemakanan. Lebih-lebih lagi jika menolak untuk makan sayur. Asal nampak je sayur dalam pinggan, confirm di'reject'nya. Lebih banyak warna sayur, lebih memilihlah si kecil untuk makan. 

Hafiey pun tak terkecuali. Ada masanya dia agak cerewet dan memilih untuk makan. Dia cuma akan makan makanan kegemarannya seperti mee, mihun, laksa dan apa juga jenis noodles. Nasi dia tak begitu gemar. Tetapi jika kena dengan lauknya, dia telan je. Especially jika lauk percik. Berselera sangat.

Biasanya, saya akan potong kecil sayur-sayuran untuk dihidangkan kepada Hafiey. Dia gemar sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, dan sawi. Daun sayur tu dia makan ala noodles gitu. Tak potong kecil pun tak apa. Tapi kalau batang pokok sayur tu haruslah dipotong halus. Kang tercekik susah. hihi

Antara menu kegemaran Hafiey. Sayur mesti meriah ye :)

Benarlah, nak mendidik si kecil ibu bapa haruslah memainkan peranan. Saya gemar makan bersama-sama Hafiey. Bila dia tengok kita ralit makan sayur, terus di pun join sekaki. Seronok layan kerenahnya. Namun, bergantung pada moodnya juga. Kalau dia tak mahu jangan dipaksa. Jika memberontak, boleh hilang seleranya. Langsung tak mahu makan. Jenuh mak nak habiskan makanan itu. Hihi

Sedikit panduan untuk ibu-bapa yang tercari-cari tips untuk anak gemarkan sayur. Perkongsian dari seorang rakan blogger juga. Semoga bermanfaat :)

-----------------------------------------------------------------------
Sumber: http://kisahkita-story.blogspot.com


Antara Cara Untuk Menggalakkan Anak Suka Makan Buah dan Sayur:


Tanam Tabiat Suka Makan Buah dan Sayur Sejak Dari Kecil.

Fahamilah, anak kita tidak gemar makan buah dan sayur kerana ianya tidak dilatih 'suka makan' buah dan sayur sejak dari mereka kecil. Dedahkan kepelbagaian rasa buah terhadap anak. Ianya lebih mudah apabila sikap suka makan buah dan sayur sudah menjadi tabiat meraka.

Hidangankan.





Jangan mengharapkan anak kita untuk mengambil sendiri buah untuk makan. Sebaliknya kita hendaklah berusaha menghidangkan buah kepada mereka. Hidangkan dalam sajian utama atau sajian sampingan. Potong dan cuba masukkan dalam bekas kegemarannya atau hidangkan sewaktu mereka sedang menonton tv.

Kreatif.
 
Sangat comel!! Sumber *link*


Jadikan hidangan buah dan sayur lebih menarik serta menyeronokkan. Potong buah menjadi bentuk-bentuk tertentu seperti kiub atau batang mancis. Buah dan sayur juga boleh dikisar dan dicampur ke dalam hidangan yang lain. Hiaskan pinggan makan dengan cantik menggunakan sayur dan buah yang berwarna-warni. 

Pelbagaikan cara masakan.

Anak-anak akan berasa bosan jika hidangan yang sama diberikan. Jadi, cuba pelbagaikan gaya masakan untuk hidangan buah dan sayur. Cuba selang-selikan di antara masakan dan hidangan dengan pelbagai menu yang mudah dan ringkas. 

Libatkan anak dalam penyediaan hidangan.



Libatkan anak bersama semasa membeli dan menyediakan buah dan sayur. Semasa menyediakan hidangan, panggil anak untuk sama-sama menyediakan hidangan. Ceritakan kelazatan dan kesedapan buah dan sayur yang kita sediakan. 

Jadilah contoh untuk anak.

Kanak-kanak memerhatikan apa yang berlaku di hadapannya. Makanlah sayur dan buah bersama anak. Mereka akan makan apa yang kita makan. Pujuk anak makan secara lembut. 

Campurkan Buah dalam Makanan Kegemarannya.

Ambil kesempatan utuk menambahkan buah dan sayur dalam makanan kegemarannya. Buah dan sayur boleh dikisar atau dipotong halus. 

-------------------------------------------------------------------
Jom jadi lebih kreatif untuk anak-anak. Ibu pun haruslah lebih rajin dalam melayan kerenah anak-anak. Jangan 'assume' anak suka dengan apa sahaja yang kita masak. Kanak-kanak punya pelbagai karakter yang perlu difahami. Tangani secara psikologi. Beri penerangan akan kepentingan sayur-sayuran/ buah-buahan dan kesan akibat tak cukup nutrisi dalam badan.

It may take some time. Kena bersabar ye. Usaha yang konsisten pasti membuahkan hasil. Jika anda tercari-cari suplemen untuk anak-anak, bolehlah mencuba Mealshakes Shaklee untuk membantu meningkatkan selera makan si kecil. Mealshakes kaya dengan protein soya dan rasa vanila yang sedap pasti digemari kanak-kanak.


Info lanjut Mealshakes----> KLIK SINI

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan tentang Mealshakes dan cara pengambilannya, bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut. KONSULTASI PERCUMA menanti anda :)



HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik