Thursday, August 21, 2014

Punca-punca Haid Berpanjangan

Assalamualaikum wbt

Masalah kitaran haid yang tak normal pastinya meresahkan ramai wanita. Lebih-lebih lagi jika haid berpanjangan lebih dari julat waktu normal iaitu 7 hari. Sekiranya melebihi 7-15 hari, adalah lebih baik anda dapatkan rawatan untuk mengenalpasti punca berlakunya aliran haid yang berpanjangan.


*Google*

Haid yang berlarutan menyebabkan wanita kurang aktif, mudah penat dan kelihatan pucat & lesu. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlebihan. Lebih memburukkan keadaan, anda terpaksa kerap ke tandas semata-mata untuk menukar 'sanitary pad' dan pastinya ini menimbulkan tekanan kepada wanita. Mereka terpaksa membataskan aktiviti harian kerana khuatir haid yang banyak mengganggu rutin mereka.

Sewaktu di zaman universiti dahulu, terdapat seorang rakan yang mengalami masalah ini. Seringkali beliau was-was untuk melakukan ibadat. Bila ambil wuduk, cepat-cepat beliau bersolat untuk mengelakkan terbatalnya wuduk apabila darah mengalir keluar. Dalam islam, kaum hawa dibolehkan untuk solat dan melakukan ibadah-ibadah lain selepas 15 hari haid. Namun, timbul rasa kurang selesa kerana khuatir akan status darah itu. 


Risau *google*

Mungkinkah ia darah penyakit? Atau mungkin juga berlakunya gangguan hormon dalam tubuh yang sukar untuk dikenalpasti tanpa rawatan. Apakah punca-punca masalah haid berpanjangan ini?Melalui info yang saya perolehi dari blog Dr. Salwa, ia mungkin berlaku disebabkan:-
  • Gangguan hormon menyebabkan pendarahan rahim
  • Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukan kanser dari selaput rahim atau serviks)
  • Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara tidak normal)
  • Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
  • Kekurangan atau berlebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
  • IUCD (Alat mencegah kehamilan di dalam rahim)
  • Cystic glandular hyperplasia (masalah selaput rahim yang tebal)
  • Penyakit radang pelvis (PID) yang kronik (Hyperlink PID)
  • Sindrom Polycystik ovari (PCOS)
Dalam istilah perubatan, haid berpanjangan melebihi 80ml sehari didiagnosakan sebagai Menorrhagia. Jumpalah doktor untuk mengenalpasti masalah sebenar tubuh anda. Jangan biarkan ia berlanjutan tanpa rawatan.

Untuk anda ingin mencuba suplemen kesihatan khusus buat wanita, bolehlah mencuba GLA Complex Shaklee yang berupaya membantu menstabilkan hormon wanita, di samping membantu membetulkan kitaran haid wanita. 


 INFO GLA COMPLEX--------> *LINK*


Bolehlah menghubungi saya jika berminat atau terdapat sebarang pertanyaan tentang produk ini. Kenali tubuh anda, jumpa pakar kesihatan bertauliah dan dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba sebarang suplemen. 



FAST ACTION FAST RESULT

HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik