Wednesday, August 20, 2014

Petua Mudah Hamil Menurut Islam



Assalamualaikum wbt

Kehamilan merupakan satu detik yang ditunggu-tunggu oleh semua pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Tipulah jika tak teruja disaat mendapat khabar gembira yang diri kita hamil. Bakal menyambut kehadiran cahayamata yang menjadi penyeri dalam keluarga.

Saya pernah kongsikan satu artikel atau tips untuk hamil. Boleh baca DI SINI. Tapi itu pandangan dari sudut sains dan teori semata-mata. Tak salah dipraktikkan dan diamalkan oleh suami isteri dan terbukti berkesan untuk sesetengah pasangan. Walaubagaimanapun, janganlah putus asa jika rezeki masih tidah menyebelahi anda. Teruskan berusaha dan ikhtiar agar dipermudahkan untuk hamil.



Saya turut tertarik dengan amalan menurut islam yang boleh diamalkan oleh suami isteri. Lebih kepada bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, amalkan pemakanan sunnah, zikir, doa dan mengelakkan diri dari melakukan perkara sia-sia. Lebihkan ibadah kepada Allah dan sentiasa dekatkan diri denganNya. Tak mustahil Allah 'dengar' segala doa dan hajat kita. 'Yakin' dan 'istiqamah' sentiasa agar impian untuk hamil menjadi kenyataan.

Ayuh kita semak amalan dan kaedah islam yang mudah dan boleh dipraktikkan walau di mana kita berada. Tiada alasan lagi ya :)

----------------------------------------------------------------------------------------
PETUA MUDAH HAMIL MENURUT ISLAM

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.


2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini  mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.


  • Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
  • Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  • Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
  • Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
  • Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  • Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.


Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
  • Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.

  • Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
  • Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

 Credit: Sumber
---------------------------------------------------------------------------


Tak susah pun nak amalkan semua panduan di atas. Tinggal NAK atau TAK sahaja. Selamat mencuba ya kawan-kawan. Saya doakan kalian dimurahkan rezeki dan diperkenankan Allah swt untuk menimang cahayamata dalam masa terdekat. Amiin

Jika nak mencuba suplemen untuk kesihatan wanita dan tingkatkan kesuburan, bolehlah mencuba GLA Complex keluaran Shaklee. Di samping pemakanan sunnah, bolehlah amalkan makanan tambahan yang berupaya menstabilkan hormon dan membantu 'regulate' kitaran haid wanita. 

 

Kita berikhtiar, Allah jua yang memakbulkan. Mintalah dari DIA. 
 
Pasti suatu hari akan tiba waktunya :)

FAST ACTION FAST RESULT



HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik