Saturday, August 16, 2014

Cara kira waktu subur wanita

Assalamualaikum wbt

Kerapkali ramai wanita sering terlepas pandang akan kaedah pengiraan waktu subur. Biasanya masing-masing akan mula cakna akan panduan mengira waktu subur apabila mendirikan rumahtangga. Semasa masih bergelar anak dara, tak ramai yang ambil tahu dengan alasan 'tak penting' dan hanya orang yang dah berkahwin perlu buat kira-kira. 

Nak tak nak, tak boleh pandang ringan ya. Kitaran menstruasi wanita tak sama bagi setiap individu. Ada yang 28 hari, 30 hari, dan sebagainya. Hanya tuan badan yang tahu. Namun, purata kitaran haid bagi wanita normal ialah 28-30 hari.

Pengiraan ini penting bagi mereka yang cuba untuk hamil dan mengelak untuk hamil. Biasanya si isteri perlu mencatat tarikh mula haid hinggalah tarikh haid seterusnya untuk mengetahui kitaran haid.




Kaedah kira tarikh subur

Contohnya tarikh akhir period bulan ini: 2 Ogos 2014

Tarikh akhir period bulan sebelumnya : 4 Julai 2014


Langkah pertama

Tempoh 4 Julai 2014 - 2 Ogos 2014 = Berapa hari?

Total = 30 hari


Langkah kedua

30hari -*14 hari = 16 hari

 * 14 hari adalah anggaran telur dari sarangnya atau berlaku ovulasi mengikut kitaran haid. Tak faham? Boleh rujuk blog Dr. Azwan untuk kaedah pengiraan & penerangan yang lebih terperinci.


Langkah ketiga

Untuk dapatkan tarikh subur, kira hari pertama period sebelumnya (Contoh 27 Jun 2014)  hingga genap 16 hari (melalui pengiraan di atas) dari tarikh tersebut:-

27 Jun 2014, 28, 29, 30, 1---------> 7,8,9,10,11, 12hb Julai 2014.

Oleh itu, waktu subur anda adalah pada tarikh 12 Julai 2014.


P/s: Adalah digalakkan untuk 'bersama' dengan suami 2,3 hari sebelum tarikh subur untuk meningkatkan potensi kehamilan. Dah tahu tarikh subur tu, janganlah lepaskan peluang keemasan tu ye kawan-kawan. Hehe. Secara teorinya, ini adalah kaedah mengira tarikh subur. Namun, bagi yang mengalami masalah period yang tak normal/stabil dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang lebih pakar. 



Semoga ilmu ini bermanfaat dan dapat menjadi pedoman buat sahabat yang sedang merancang untuk hamil, mahupun merancang untuk menjarakkan kehamilan.

Credit: Sumber

SELAMAT MAJU JAYA!!! =)


HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik