Sunday, May 25, 2014

Jenis-jenis diet yang perlu anda tahu


 Assalamualaikum wbt.

Pernah tak anda rasa confuse, nak diet tapi tak tahu nak mula dari mana? Nak kena kurangkan makan ke? Dah tu nak makan apa? Apa yang boleh diambil, apa pula pantang larangnya? Haa.. kan banyak persoalan tu. Saya yakin sangatlah, semua dari kita pernah alami situasi ini. Terutamanya mereka yang berat badan berlebihan dan masih tercari-cari diet yang sesuai.

Bila berdiet, sebaiknya kita kenal betul-betul dulu badan masing-masing. Diet ni pelbagai jenis, dan tak semua sesuai dengan fisiologi badan kita. Ada yang berjaya turunkan berat badan bila buat diet protein, tapi ada juga yang tak sesuai dengan diet ini. Jika tak serasi, ia boleh menyebabkan rasa sakit kepala dan letih lesu.

Walaubagaimanapun, nak berdiet perlu ada keazaman yang tinggi. Tak boleh sekadar mencuba, dan kemudiannya tidak konsisten menjaga pemakanan. Badan tak kurus-kurus, malah penyakit lain pula  yang menyinggah. Hmm.. sangat bahaya ok! 

Ayuh saya kongsikan jenis-jenis diet yang mungkin sesuai untuk anda. Belum cuba belum tahu kan? Boleh juga bertanya kepada mereka yang lebih pakar dan berpengalaman supaya usaha berdiet lebih mudah. Ada mentor, lagi berkesan dietnya =)

----------------------------------------------------------------------------------
 5 JENIS DIET YANG DAPAT ANDA PILIH


Jika Anda menginginkan bentuk tubuh lebih langsing dan ramping, tentunya Anda harus mengatur pola makan atau lebih popularnya menjalani diet. Pada umumnya, bayangan masyarakat awam tentang diet adalah mengurangkan 'portion' makan dan tidak boleh makan ini dan makan itu. 

Tetapi, tahukah anda bahawa tubuh setiap individu memiliki mekanisme tubuh yang berbeza? Ini mempengaruhi jenis diet yang sesuai untuk tubuh seseorang. Tiada jenis diet universal yang dapat menurunkan berat badan dengan mudah melainkan kita mengenalpasti jenis diet yang bersesuaian.

Berikut adalah beberapa jenis diet yang dapat dipilih sebagai kaedah yang terbaik buat anda:-


1. Atkins Diet



Diet ini lebih dikenal sebagai diet rendah karbohidrat. Orang yang menjalankan diet Atkins bererti menerapkan pengurangan karbohidrat dan memaksimumkan pengambilan protein dalam kehidupan seharian. 

Diet ini juga banyak menerapkan pengambilan sayur-sayuran hijau, ikan, telur, dan makanan tinggi protein lainnya. Diet Atkins juga boleh membantu seseorang mengawal berbagai kondisi kesihatan seperti diabetes dan epilepsi.

2. Zone Diet


 

Diet jenis ini menitikberatkan ratio pengambilan kalori dari karbohidrat, protein dan lemak dengan perbandingan 40:30:30. Ratio ini dianggap sebagai ratio optimal bagi metabolisme tubuh manusia dan menjaga keseimbangan hormon. Olahraga rutin sekurang-kurangnya 30 minit per hari selama 6 hari per minggu merupakan sebahagian daripada kaedah diet ini.


3. Diet Golongan Darah

Diet jenis ini mungkin sudah pernah anda dengari. Diet ini memerlukan anda mengambil makanan yang sesuai dengan keperluan golongan darah anda dan pola olahraga yang bersesuaian. Makanan yang tidak bersesuaian dengan jenis darah dipercayai dapat menimbulkan masalah yang menyebabkan peradangan, masalah berat badan dan penyakit lainnya. 




Golongan darah A digalakkan mengambil makanan rendah lemak namun berkarbohidrat tinggi. Golongan darah B dan AB pula sesuai untuk mengamalkan apa sahaja jenis makanan, dan golongan darah O dianjurkan banyak memakan daging.


4. Slim Fast Diet

Perubahan gaya hidup yang signifikan sangat terasa apabila anda menerapkan diet jenis ini. Memang bagi sebilangan orang, hasilnya kelihatan begitu ketara.



Umumnya diet ini dilaksanakan dengan menggantikan dua kali makanan berat anda dalam sehari dengan shake (jus) rendah kalori, dan disertai olahraga ringan yang harus konsisten untuk anda lakukan, seperti jogging. Namun permasalahannya, tidak mudah untuk menentukan jenama shake yang sesuai untuk anda.


5. Weight Watchers Diet/ Kalori Diet

Bagi pengamal diet jenis ini, anda dibiasakan dengan cara makan yang sihat, latihan, penurunan berat badan yang perlahan, dengan memperhatikan kalori yang masuk ke dalam tubuh Anda. 



Kadar kalori yang masuk haruslah lebih sedikit daripada kalori yang keluar. Mungkin semasa menjalani diet jenis ini anda akan merasa bosan. Namun seperti jenis Slim Fast Diet, pola diet ini perlahan-lahan akan mengubah gaya hidup. Anda hendaklah memilih makanan berkadar gula rendah dalam jumlah besar.

---------------------------------------------------------
Jadi, terpulang kepada anda mahu pilih diet yang jenis mana. Tak semuanya bersesuaian dengan keperluan badan kita. Anda juga boleh menyertai 'group' atau kelab yang khusus mengumpulkan para pengamal diet mengikut jenis-jenis diet untuk perkongsian maklumat dan testimoni mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan. 

SELAMAT MENCUBA! :)


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
--------------------------------------------------------------- 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


3 comments:

Izzati Amira said...

thank you for sharing this. masih bertatih lagi nak diet2 ni.. huhu

RynaHakimi said...

Sama2 dear...akak pun sama juak..diet asyik ke laut..hehe

Iola said...

wah nice sharing ^^ ada macam macam jenis diet ya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik