Thursday, August 14, 2014

Punca anak muntah-muntah

Assalamualaikum wbt

Setiap kali anak muntah, terutamanya sewaktu demam pastinya menggusarkan hati ibu dan ayah. Anak yang ditatang dan dijaga sepenuh kasih sayang tiba-tiba jatuh sakit tanpa mengetahui puncanya. Pernah tak kawan-kawan semua alami situasi ini?

Hafiey jatuh sakit seminggu yang lalu. Jika diikutkan, sewaktu 1 Syawal dia dah selsema. Tapi biasalah kanak-kanak nak membesar, asalkan tak demam & suhu badan masih normal taklah kami sebagai parents ni risau sangat. Setakat tambah stok ubat untuk Hafiey ada lah. Sebagai langkah berjaga-jaga, kot dia tiba-tiba demam. Musim pun kian tak menentu. Kadang panas terik, ada masanya hujan tak kira siang atau malam. huhu

Selasa yang lepas, Hafiey muntah-muntah. Bermula sebelum subuh hinggalah selepas Maghrib. Asal beri susu, dia muntah. Dia asyik sua botol susu, minta nak nenen. Tapi masalahnya asal masuk je perut, semua terkeluar balik. Risau sungguh. Tengaharinya ke klinik panel suami. Doc masukkan ubat tahan muntah melalui punggung. Doc kata tonsil sebelah kanan sedikit bengkak. Demam 37.7 deg celcius. 


Hinggalah selepas maghrib, kami ambil keputusan untuk bawa Hafiey ke klinik bila lihat keadaannya tak berubah. Masih muntah. Cuma tak seteruk siangnya. Dah tak bagi susu. Buatkan Hafiey bubur, tapi dia taknak telan. Decide nak bawa je ke Hospital Batu Gajah. Dah siap bawa kain baju in case terpaksa masuk ward. Sepanjang kat rumah, Hafiey lemah je tak berdaya. Tidur sepanjang hari.

Tapi sejurus tiba di hospital, elok pula sihatnya. Berlari-lari kejar budak2 yang dia nampak di ruangan menunggu. Tak nampak sakit langsung. Cuma dia merengek. Mungkin sebab lapar.

Bila jumpa doktor, suhu badan dah memang normal. Tak demam dah. Doc pun kata tak perlu masuk wad pun. Hafiey masih aktif. Melainkan kanak-kanak tu langsung tak boleh bangun, pengsan ke, barulah masuk wad. Fuhhhhh. Lega sungguh. Tanya doc, apa yang Hafiey boleh makan sebab semua benda dia tolak. Nasi langsung tak mahu.

Doc kata, beri apa yang dia suka. Hmm. Hafiey ni suka air Vitagen. Balik tu terus beri 1 botol vitagen. beberapa teguk je dah habis. Mak aihhh.. Haus bebenar tu. Hihi

Hingga ke hari ini, demam dah ok. Cuma selsema masih bersisa. Doc kata demam akibat bakteria & memerlukan antibiotik. Tonsil membengkak, sebab itu dia taknak makan. Muntah pun sebab tonsil tu juga. Hmm, baru kami faham. Suap benda yang sejuk2 supaya dia tak rasa sakit kat leher tu.

Di sini saya kongsikan juga sedikit maklumat yang boleh dijadikan pedoman oleh ibu bapa sekalian. Sebagai langkah berjaga-jaga dan persediaan sekiranya anak-anak mengalami simptom yang sama. Sekurang-kurangnya taklah terlalu panik bila anak tiba-tiba muntah :)

----------------------------------------------------------------------------------


MUNTAH DAN KANAK-KANAK

Ibu bapa perlu tahu bila masa sesuai bawa jumpa doktor. 



Muntah boleh dikaitkan dengan pelbagai gangguan, baik remeh mahupun serius. Anda perlu tahu mengapa si manja muntah supaya tahu bila untuk membawanya berjumpa doktor.

Apabila anak anda muntah, kandungan perutnya dipaksa naik ke esofagus dan keluar melalui mulut. Muntah bukan penyakit, tetapi suatu gejala. Ada kalanya menandakan gangguan atau penyakit tersembunyi.

Anak kecil biasanya akan muntah beberapa kali pada tahun awal usianya kerana muntah adalah tanda penyakit yang biasa dialami oleh kanak-kanak seperti gastroenteritis (disebabkan oleh virus, bakteria atau jangkitan parasit dalam saluran gastrousus).

 
Jangkitan bahagian atas saluran pernafasan dan keracunan makanan.

Dalam sesetengah kes, muntah boleh menjadi petanda keadaan seperti saluran penghadaman tersumbat, jangkitan saluran kencing, gangguan pada mekanisme imbangan dalam telinga, hepatitis (radang hati) dan pankreatitis (radang pankreas).

Tekanan meningkat dalam otak yang boleh disebabkan oleh kecederaan kepala, pendarahan otak, tumor otak dan jangkitan pada otak seperti meningitis, turut boleh menyebabkan muntah. Si manja memerlukan perhatian serius jika muntah secara berterusan.

Bila perlu berjumpa doktor 

  • Muntah secara berterusan.
  • Muntahkan cecair warna hijau kekuningan (hempedu).
  • Muntahkan darah (warna merah terang atau coklat).
  • Demam atau sakit kepala yang berterusan.
  • Meragam atau mengantuk.
  • Enggan makan dan tidak boleh menelan cecair.
  • Menunjukkan tanda penyahhidrat (badan kekurangan air).
  • Mengalami sakit perut yang teruk.
  • Mula muntah semula sebaiknya menyambung makanan biasa.

Melegakan Kerengsaan si manja selepas muntah 

  • Jangan menahan si manja daripada muntah.
  • Jangan beri si manja ubat tahan muntah tanpa nasihat doktor.
  • Tolehkan kepala si manja ke sisi atau tunduk ke bawah menghadap sinki atau tuala untuk mengelakkannya daripada tersedut muntah sendiri.
  • Selepas si manja muntah, bantu bersihkan mulutnya dengan air kerana muntah meninggalkan rasa masam.
  • Muntah boleh meletihkan dan menakutkan anak anda. Tenangkan perasaannya.
  • Pujuk si manja supaya minum air bagi mengelakkan penyahhidratan atau dehidrasi. Rumusan minuman untuk penghidratan semula atau Oral Rehydration Solution (ORS) berkesan menggantikan bendalir tubuh dengan segera. Anda boleh mendapatkan ORS daripada kebanyakan klinik dan kedai farmasi.
  • Jika si manja boleh mengambil makanan, berikan sedikit sup dan kentang lenyek secara lebih kerap. Perut si manja mudah menerima sedikit makanan 4-5 kali sehari berbanding hidangan besar 2-3 kali sehari.
  • Elakkan daripada memberi si manja makanan berlemak atau pedas.
  • Bagaimanapun, jangan paksa anak anda makan atau minum jika dia benar-benar tidak boleh makan ataupun jika si manja rasa mengantuk. Bawa si manja berjumpa doktor segera. Pastikan si manja mendapat rehat secukupnya.


Perhatikan tanda penyahhidratan

Kehilangan bendalir badan akibat muntah boleh menyebabkan penyahhidratan, lebih-lebih lagi jika si manja muntah secara berterusan dan disertakan cirit-birit. Jika tidak dirawat, penyahhidratan boleh mengancam nyawa, terutama sekali di kalangan kanak-kanak berusia satu tahun ke bawah. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengesyaki si manja mengalami penyahhidratan.

-------------------------------------------------------------------------

Semoga bermanfaat buat ibu-ibu semua. Untuk entry berikutnya saya akan kongsikan perlu atau tidak penggunaan ubat tahan muntah untuk kanak-kanak. Hingga bertemu lagi ya :)


HUBUNGI SAYA:-

Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik