Monday, June 23, 2014

Update IMKK Jun 2014

Assalamualaikum wbt

Lama sungguh nak ambil masa update pengalaman berIMKK hujung minggu yang lalu. IMKK = Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan. Memang sangat best dan mengujakan. Dan tak ada unsur2 mengarut, merepek, melalut, mahupun khurafat seperti tanggapan sesetengah masyarakat yang sketikal. Sila sentap jika anda adalah antara golongan tersebut. Kikiki. *Jangan marah naa.. gurau sikit takkan tak boleh..hihi*




Program ini bermula pada 12 - 15 Jun 2014. Memang hectic la sepanjang 4 hari tu. Mula jam 8.30am, berakhir larut malam. Memang penat, tapi bila lihat mentor Dr Azizan Osman (DAO) langsung tak letih sepanjang hari mencurahkan ilmu sedikit sebanyak reprogram minda kami. Nak berjaya, kena ikut cara orang yang dah berjaya. Tak gitu? hihi

Saya stay di rumah abang sulung yang terletak di Shah Alam. Agak jauh juga dari MIECC Seri Kembangan. Kena turun awal pagi sebab nak elak jammed. Especially bila lalu KESAS. Pukul 7 pagi jalan dah sesak. Memang sesak nafasku tengok kereta yang berjujuk tu..Ehe. Tetapi menguji kesabaran juga. Alhamdulillah :)

KOLAM JIWA


Banyak ELMU yang dicurahkan sepanjang 4 hari seminar berlangsung. Antaranya ialah pembersihan kolam jiwa. Manusia ni memang tak pernah jauh dari berbuat dosa.  Nak bersihkan dosa2 silam itu pun bukannya mudah. Tak boleh hilang kelodak dan kotoran dalam jiwa hanya dalam sehari dua. It takes time.

Bagaimana nak rawat kolam jiwa yang berkeladak? Buh klorox ke? Haha.. Okey, tak kelakar.. Berikut adalah perkongsian DAO untuk penyucian kolam jiwa:-
  1. Banyakkan bersyukur dalam kehidupan
  2. Banyakkan senyum (lepaskan ego)
  3. Berkawan dengan orang baik-baik
  4. Sentiasa berselawat
  5. Amalkan solat dhuha
  6. Solat tahajjud
  7. Solat Taubat
  8. Banyakkan bersedekah
  9. Belajar untuk doakan orang lain
  10. Baca bahan bacaan yang baik2 (elakkan gossip/berita tak bermanfaat)
  11. Kurangkan tonton TV (drama penuh emosi, dll)
  12. Berkawan dan bergaul dengan orang positif.
Sekarang sy berjaya mengawal diri dari melayan TV sepanjang masa di rumah. Surirumah sepenuh masa kot. Cabaran besar tu nak jauh dari TV. Tambah pula langgan Astro. Huwaaaa.. Tapi boleh je sebenarnya. Mana yang lebih besar, alasan ke impian? hihi

MATLAMAT





Dalam aspek matlamat pula, semua peserta dikehendaki menulis 101 matlamat dalam jangkamasa 10 tahun akan datang. Cara tulis matlamat pun kena betul. Tulis seolah-olah kita dah capai kejayaan tersebut. Saya pernah kongsikan pengalaman hadir ke seminar BANGKIT 2014. Ada kaedah tulis matlamat yang jelas dalam entry tersebut. Jika berminat nak tahu, klik SINI.


Saya dah tulis!! :)

Matlamat pula dipecahkan kepada 7 kategori iaitu 
  • Matlamat peribadi
  • Matlamat kekeluargaan
  • Matlamat Kerjaya/perniagaan
  • Matlamat Kewangan
  • Matlamat Kesihatan
  • Matlamat Sosial
  • Matlamat Pendidikan

 Nak kupasan lanjut untuk setiap matlamat? Haruslah hadir ke Seminar IMKK. Pasti lebih berkesan dan ELMU yang dipelajari pasti mudah melekat. hihi
Banyak lagi pengisian sepanjang tempoh seminar IMKK ni. Mereka yang dah berjaya dan telah mengikuti kursus instensif bersama DAO dijemput hadir untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada para peserta. Semua best! Kaya dan Berjaya.

Antara insan yang saya kagumi ialah Ernayanee Nur Julaimi. Dari seorang surirumah, kini mengusahakan perniagaan online (dropship). Salah satu kata-kata beliau yg saya ingat sampai sekarang ialah "kejayaan kita yang sebenar ialah dengan memaafkan semua orang". Memang betul. Bila kita lepaskan semua kenangan lalu yg pahit, hati lebih tenang dan membantu connection kita dengan Allah.


PERUBAHAN PADA DIRI

Ok, suka untuk saya tekankan di sini IMKK tak sesuai untuk orang yang takde hala tuju hidup dan penuh dengan aura negatif. DAO gelarkan manusia sebegini sebagai 'biawak'. hihi..

Program ini sebenarnya membantu kita lebih mengenali potensi diri. Bukan semata-mata sukses dalam perniagaan, malah membantu kita fokus akan halatuju dan matlamat hidup. 

Dalam hidup, kita hendaklah sentiasa berfikir positif. Hendaklah selalu bersangka baik. THE POWER OF ATTRACTION--> Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya. Jika kita selalu negatif, fikir yang buruk2, ia umpama doa. Tak mustahil hidup kita asyik negatif aje. Asyik bernasib malang aje kan. Itu adalah hasil apa yang kita fikirkan. 

"Apa yang kita fikir, rasa, cakap,
 tulis & buat segalanya adalah DOA"

Sejak program itu juga lah saya semakin faham kenapa apa yang saya nak dan minta tak berlaku dan tak diperkenankan oleh Allah. Segala-galanya adalah kerana wujudnya 'barrier' dalam hubungan sy dengan Allah. 




Mohon doa acuh tak acuh. Kolam jiwa yang kotor, minda yang negatif dan sebagainya. Lepas IMKK, baru terbuka mata betapa Allah itu maha pemberi. Hanya manusia yg menutup peluang kerana sombong untuk menadah tangan dan berdoa--> POWER OF SUBMISSION.

Sesiapa yang nak hadir ke IMKK saya nasihatkan bawa suami/isteri ye (if dah kawen la). Sebab memang menyedarkan pasangan suami isteri sedar akan tanggungjawab. Saling bermaaf-maafan atas kesilapan yang telah dilakukan. Boleh peluk pasangan masing2 dalam dewan tu OK!! hihi.. 

Rasa syukur dan terharu sangat. Allah mendekatkan hati2 setiap pasangan. Ada tu yang hubungan dengan suami umpama retak menanti belah. Tapi selepas IMKK, kasih sayang semakin utuh. Alhamdulillah. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Hujung Oktober nanti IMKK akan diadakan di MIECC. So, kawan-kawan dah boleh mula risik2 harga tiket IMKK dengan kawan masing2. Harga asal tiket RM1997. Tapi ramai yang jual harga murah (less than RM500) sebab mereka beli secara borong. Kena rajin survey ye.

Akhir kata, saya doakan anda semua KAYA & BERJAYA.


P/s : Tak boleh cerita semua. Nanti tak surprise bila uolss hadir ke IMKK. Hehe.


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik