Wednesday, May 7, 2014

Jerawat & PCOS?

Assalamualaikum wbt

JERAWAT!! Bukanlah suatu yang pelik di kalangan masyarakat Asia. Mungkin bagi mereka yang berkulit normal ini bukanlah satu igauan ngeri. Tetapi buat mereka yang mengalami kulit berminyak atau kombinasi lebih cenderung untuk mengalami masalah ini.

Google


Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. 

Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.

Namun tahukah anda apa kaitan tumbuhnya jerawat akibat PCOS atau ketidaksuburan di kalangan wanita? Info PCOS ------> DI SINI 


Google

Terdapat perbezaan antara jerawat biasa dan jerawat akibat PCOS. Menurut Bethanee Schlosser ,MD ,Penolong profesor dan pengarah kulit program kesihatan wanita yang di jabatan dermatologi di Feinberg School:-

1. Biasanya wanita yg mengalami masalah jerawat seawal usia remajanya, kemudiannya berterusan selepas umur 25 tahun adalah akibat PCOS.

2. Mereka yang hanya mula ditumbuhi jerawat selepas umur 25 tahun juga dikategorikan sebagai PCOS!

Pesakit PCOS biasanya mengalami masalah jerawat di kawasan rahang (kawasan muka paling rendah). Ini adalah akibat hormon yang tak seimbang dan mengakibatkan kulit menjadi sensitif. Kawasan yang terlibat ialah
  • Pipi 
  • Rahang
  • Dagu
  • Leher atas, terutamanya di sudut rahang
Jerawat pesakit PCOS juga lebih cenderung untuk tumbuh di tempat yang sama dan kawasan sekitarnya. Lebih teruk lagi, jerawat akan meradang apabila hampir tempoh haid dan mengambil masa untuk hilang. Ia berkumpul di tempat yang sama dan hampir  tidak mempunyai benjolan seperti jerawat biasa.

Sekiranya anda mengalami gangguan haid dan hormon yang tidak stabil, sebaiknya jumpalah pakar kesihatan yang bertauliah untuk mengenalpasti masalah utama tubuh. Rawatan akan diberikan berdasarkan ujian untuk mengenalpasti gejala PCOS seperti yang telah saya ulas di entry sebelum ini.

Sumber rujukan: http://www.webmd.com


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik