Wednesday, April 16, 2014

Badan berbau??? Euwww

Assalamualaikum wbt

Pasti semua orang pernah dibelenggu masalah bau badan ni. Haippp!! Jangan tipu! hihihi. Baik lelaki ataupun wanita berkongsi masalah yang sama. Normal lah, bila semakin meningkat dewasa badan akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Terutamanya di bahagian bawah lengan. 

Jika tidak dijaga, memang memalukan sekiranya terhidu dek orang lain. Haishhhh.. Terkemut-kemut la hidung kalau terhidu bau badan dalam tempat sempit kan. Tambah lagi kalau dalam komuter atau LRT.Sekaligus akan menimbulkan rasa rendah diri sekiranya disisihkan oleh sahabat-sahabat di sekeliling kita.

*google*

Bagi mereka yang mengalami masalah ini perlu mencari jalan alternatif untuk mengurangkan bau yang kurang menyenangkan ini. Antaranya ialah dengan menjaga pemakanan iaitu mengurangkan pengambilan makanan yg mengandungi banyak rempah, bawang putih dan bawang bombay.  

Juga kena selalu bersihkan badan. Amalkan penggunaan deodoran sekiranya masalah bau badan ini berpanjangan. Tapi tak semua orang suka dengan deodoran ni. Tambahan pula ia mengandungi bahan kimia yang semestinya ada kesan jangkamasa panjang. Wallahua'lam. 

Jadi bagaimana jika nak atasi atau kurangkan masalah badan bebau  melalui kaedah semulajadi? Berikut adalah cara-caranya:-

  • Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, selepas itu rebus sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandilah dengan air tersebut setiap pagi dan petang selama seminggu.
  •  Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas anda mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.

*Google*
  • Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi dan selepas itu dibelah dua. Sebelum mandi, sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biarkan 5 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.
  • Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.
  •  Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.
*Google*
  •  Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu
  • Selepas mandi, gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.
  •  Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.
  •  Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
  • Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
  • Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.
Sumber: www.azuanrazi.com/petua-hilangkan-bau-badan/‎

-----------------------------------------------------

Okay, kita dah semak kaedah tradisional untuk mengatasi bau badan.  Tapi tak semua orang berpeluang nak ke pasar untuk dapatkan ramuan semulajadi seperti di atas. Lebih-lebih lagi kalau tinggal di bandar besar. Jadi ada ke cara lain selain petua di atas?

Jawapannya, mestilah ada! Suplemen Alfalfa daripada Shaklee bakal memudahkan usaha anda mengurangkan masalah bau badan. Saya adalah pengguna tegar Alfalfa Shaklee ni. Hanya amalkan setiap hari untuk mendapatkan kesan yg maksimum. Alfalfa bertindak sebagai detoks, sekaligus menyingkirkan toksin yg berkumpul dalam badan. Toksin  ini jugalah yg menyebabkan badan berbau tengik dan kurang menyenangkan.




Untuk mengetahui khasiat tumbuhan alfalfa, klik link di bawah:-


Untuk pertanyaan lanjut tentang produk/suplemen hebat dari Shaklee ini, bolehlah menghubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA.

Suplemen ini 100% semulajadi dan berkesan (tanpa kesan sampingan). Silalah gunakan tanpa ragu-ragu mahupun was-was. :)

Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik