Assalamualaikum wbt
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Umpama aur dengan tebing, wanita sentiasa mengimpikan penampilan yang anggun dan jelita walau dalam apa jua situasi.
Tahukah anda, urutan penjagaan wajah yang betul mampu mengembalikan keserian wajah? Bahkan kulit lebih awet muda jika urutan ini diamalkan selalu.
Tak semua wanita arif akan teknik dan tatacara untuk melakukan urutan wajah. Tersilap urut, boleh menimbulkan rasa sakit dan tak selesa akibat tekanan yang dikenakan. Tak pasal-pasal dapat penyakit lain pula kan.
Anda nak tahu kaedah urutan yang boleh dicuba sendiri di rumah? Jom saya kongsikan langkah-langkah terperinci yang boleh anda praktikkan. Selamat mencuba! :)
--------------------------------------------------------------------------------------
TATACARA URUTAN WAJAH
Sumber: Women Online Magazine
- Proses Urutan Wajah
Luangkan hanya 4 minit untuk melakukan kaedah urutan wajah.
Cuba ingat setiap langkah berikut dan jadikan ia sebagai harian anda. Gunakan
sentuhan yang ringan serta lembut hanya menggunakan bahagian jari. Buat
dalam gerakan ke atas dan seterusnya di bawa ke bawah luar wajah.
- Langkah Pertama Urutan Wajah
Gunakan bahagian belakang tangan, kenakan tekanan yang
lembut terhadap kulit serta sekitar rahang di bawah dagu untuk merangsang sel
kulit sekitar bahagian berkenaan. Tukar tangan, dongak leher dan urut seluruh
bahagian bawah leher merangkumi telinga kanan ke kiri.
- Langkah Kedua Urutan Wajah
Ambil jari telunjuk dan jari hantu, tekan perlahan pada
bahagian rahang dalam pergerakan sekata bermula dari dagu hingga ke telinga.
- Langkah Ketiga Urutan Wajah
Susun jari kedua-dua belah tangan secara menegak, tunjukan
ke tengah dahi dengan kedudukan ibu jari berada di rahang. Rapatkan tangan
secara perlahan-lahan. Kekalkan kedudukan selama tiga hingga empat saat dan
ulang.
- Langkah Keempat Urutan Wajah
Kenakan tekanan secara ringan dengan meletakkan kedua belah
tapak tangan di bawah dagu. Pastikan jari telunjuk berada di depan telinga.
Tekan perlahan dan biar selama tiga hingga empat saat dan ulang.
- Langkah Kelima Urutan Wajah
Genggam jari dan tekan lembut ke bawah dagu manakala ibu
jari menekan lembut menghala ke atas pada sekitar mulut, di bawah hidung,
sekitar lubang hidung serta kelopak hidung. Urutan ini dapat membantu
memperbaiki peredaran darah dan menyingkirkan toksin.
- Langkah Keenam Urutan Wajah
Gunakan hujung jari, tekan sepanjang tulang bahagian atas
tulang pipi dan urut dalam gerakan ke atas untuk penyingkiran toksin.
- Langkah Ketujuh Urutan Wajah
Ambil jari hantu dan jari manis, tekan perlahan selama lima
saat bermula di bahagian atas batang hidung bawa sehingga hujung kening (pelipis).
- Langkah Kelapan Urutan Wajah
Gunakan jari manis dan picit menggunakan kadar tekanan yang
perlahan pada bahagian bawah mata. Tarik menghala ke bahagian kelopak mata (pejamkan mata)
- Langkah Kesembilan Urutan Wajah
Bawa kedua telapak tangan dan letak di bahagian antara
kening dan anak rambut. Usap bahagian berkenaan dengan lembut dan perlahan.
Urutan pada bahagian berkenaan dapat mengurangkan kehadiran garis halus pada
wajah.
- Langkah Kesepuluh Urutan Wajah
Tutup mata, rapatkan tapak tangan ke muka. Kedap wajah
dengan perlahan sehingga wajah dapat merasai kesan tarikan. Tekan wajah
perlahan, biarkan untuk beberapa saat dan ulang
- Langkah terakhir Urutan Wajah
Akhir sekali, gunakan telapak tangan serta jari dan tekan
menggunakan tangan kanan ke seluruh bahagian sisi leher sebelah kiri. Lakukan
pada pangkal leher hingga rahang. Ulang gerakan yang sama menggunakan
tangan kiri.
------------------------------------------------------------------------------------
Faham tak cara-cara yang saya share di atas? Tak apa, cuba setakat mana yang anda faham. Lebih baik kalau pergi berguru kan.Ilmu dalam bidang kecantikan memang tak terbatas. Baik tua atau muda, penampilan dan kecantikan hendaklah sentiasa dititikberatkan. Bagi yang dah bersuami, mestilah nak tampil cantik, jelita dan gojess sokmo di mata suami kan? Haa.. haruslah rajin mencuba urutan ini. Kata nak menambat hati suami. Ye tak??
Oh ya, jika berminat untuk dapatkan suplemen untuk kecantikan dan penjagaan wajah, bolehlah menghubungi saya untuk KONSLUTASI PERCUMA. Harga istimewa menanti anda yang bertuah.
HUBUNGI SAYA:-
Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment