Monday, September 15, 2014

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Shaklee merubah saya..

Dari seorang yang tak pernah fikir tentang orang lain, kini lebih cakna akan tanggungjawab sesama insan.. Saya tahu yang saya wajib kaya dan berjaya untuk membantu orang lain!!

Kalau dulu, soal solat awal waktu tak pernah nak ambil tahu. Apatah lagi ibadah sunat yang lain. Kalau tak kerana buat bisnes ni, sy takkan jatuh cinta dengan tahajjud dan dhuha.. Paling last buat solat dhuha? Zaman matrikulasi tahun 2003 kot.. Lepas tu tinggal terus..

Pernah suatu masa, saya rasa 'lost' dalam hidup. Tak tahu apa yg terbaik utk diri.. Tercari-cari sesuatu yang hilang. Ada yg tak lengkap. Bila rasa sesak, orang lain dipersalahkan.. Jiwa rasa kosong sangat.. Macam lagu Najwa Latif tu..ehe

Hinggalah saya jumpa Shaklee. Baru sy faham apa itu erti Hidup untuk memberi. Hidup bukan hanya semata² untuk diri kita. Ada sebab Allah jadikan kita sebagai khalifah di bumi ini.. 

Siapa kita nak kata Allah tak adil? Selalu rasa hidup susah dan tertekan. Walhal kita tak nampak Allah jadikan kesusahan sebagai teguran supaya tersedar dari hidup yang sia². Ujian agar kita faham ada tanggungjawab yg belum tertunai. 

Allah hadirkan Shaklee dlm hidup sy sebagai asbab untuk saya berfikir dan berubah. Untuk terus motivasikan diri. Belajar 'move on' bila jatuh. Belajar berfikir akan perlunya membantu orang lain. Belajar lebih berdikari. Belajar lebih menghargai ibu bapa dan mereka yg hadir di sekeliling kita.




Tepuk dada tanya hati.. Apa yg sebenarnya kita cari dalam hidup? Kalau tanya saya, saya jawab Ketenangan & kebahagiaan yang hakiki. Yang saya temui selepas berbisnes dlm Shaklee. Support group yang banyak memberi tunjuk ajar & kata semangat bila terjatuh. Sistem dah ada, tinggal follow saja.

Kawan-kawan yang ragu-ragu dengan Shaklee jangan risau. Ini kerana Multilevel marketing Shaklee adalah berlandaskan syariah dan halalan toyyiban. Tiada unsur tindas menindas, gharar, mahupun riba. Jangan takut kalau join Shaklee, hidup anda akan terkontang kanting tiada orang guide. 






Saya dulu pun begitu, skeptikal. namun Alhamdulillah, saya tak salah pilih 'team' untuk berShaklee. Pendek kata, Allah mudahkan urusan saya. Dapat mentor yang tak jemu-jemu nak bentuk 'anak-anak' Shaklee agar BANGKIT & BERJAYA dalam perniagaan. Sungguh ku tersentuh dengan kegigihan mentorku Hafsah Mardhiah. Kerana beliau lah saya masih meneruskan langkah dalam Shaklee walau penuh onak dan berliku.

Atas asbab Shaklee jugalah saya takkan berhenti berlari mengejar erti sebuah "Kejayaan". Penat? Taklah.. Sebab saya suka apa yang saya buat. Korang pernah tak rasa penat bila buat kerja yang tak sudah-sudah? Korang penat sebab korang tak minat dan tak ikhlas. See?? Bila buat sesuatu tak ikhlas, cepatlah down. Kuat merungut dan asyik berkeluh kesah. Kelak memakan hati dan emosi.

Saya rasa, kalau di saat ni saya kerja (makan gaji), saya takkan bermotivasi seperti tahap sekarang. Sebab jiwa saya bukan di situ. Dan saya yakin Allah dah rencanakan yg terbaik buat diri ini. Kaki dah berada dalam bidang ni. Tinggal nak terus melangkah atau tak je. Redah kasi pecah!!! Hihi

Love Shaklee ketat². Biar org nak kata kerja ni tak glamer. Like i care??? Hihi.. Janji saya tak susahkan hidup orang.

Kepada sahabat-sahabat, adik-adik yang pernah terdetik nak 'berubah' atau nak mencuba suatu yang baru dalam hidup jangan takut-takut ya. Just follow your instinct. Jangan pernah takut untuk mencuba. Cuma, kaji terlebih dahulu bisnes atau minat baru yang bakal diterokai. Itu juga ilmu. Menuntut ilmu takkan habis sampai bila-bila. DO IT NOW OR NEVER!!





‪#‎ShakleeEffect‬
‪#‎Z2H‬
‪#‎Inspirasi‬

P/s: 
1. Follow your passion, then success will follow you :) 
2. Nak sertai keluarga Shaklee saya? Jangan segan-segan untuk hubungi saya ya ;)



HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik