Assalamualaikum wbt.
Bulan Ramadhan bulan tarbiyyah. Memnguji kesabaran, ketaqwaan dan menilai tahap amal ibadah kita kepada sang pencipta. Dan salah satu tarbiyyah juga ialah dengan menahan lapar dan dahaga dari waktu selepas sahur sehinggalah waktu Maghrib. Ramai yang kurang menitikberatkan pengambil air masak untuk keperluan tubuh sepanjang hari berpuasa.
Pakar mencadangkan minum air 1 1/2 - 2 liter (8-10 gelas) sehari. Minum
air putih yang cukup penting untuk membantu detoksifikasi dan dehidrasi. Tapi, bagaimana nak memastikan tubuh kita mendapat air yang secukupnya? Biasanya pada waktu sahur tak ramai yang 'suka' minum air secukupnya untuk elakkan kerap berulang alik ke tandas. Anda yang 'komplen', minum air banyak menyebabkan kembung perut/ sebu. Tak selesa jadinya.
Sedikit tip yang boleh dikongsikan mengenai cara
terbaik minum air ialah dengan mengambilnya sedikit demi sedikit. Selain
itu, cubalah untuk tidak minum air terlalu banyak pada satu-satu masa atau
ketika makan, sebaiknya minumlah di antara waktu makan.
Tip Untuk Minum Air Di Bulan Ramadan
Mulakan dengan 10 gelas sehari
- 1 gelas sebaik bangun dari tidur (ketika sahur)
- 1 gelas sebelum makan
- 1 gelas selepas makan
- 1 gelas sebelum imsak
- 1 gelas sebelum makan berat waktu berbuka (selepas solat maghrib)
- 1 gelas semasa makan
- 1 gelas selepas makan
- 2 gelas sebelum masuk tidur
Jika anda berdepan dengan masalah sukar untuk minum air
putih, mencampurkan sedikit lemon, pudina atau sehiris halia akan memberikan
rasa lebih segar. Berikut ialah cadangan kaedah terbaik untuk mendapatkan air
yang cukup
Semua Jenis Cecair
Terutamanya air yang menghilangkan dahaga dan jus buah yang
mengandungi mineral. Adalah lebih baik jika elakkan daripada mengambil jus buah
yang mempunyai bahan pengawet dan pewarna kerana kandungan gulanya sangat
tinggi. Ia boleh merosakkan kesihatan dan menyebabkan alahan.
Buah Dan Sayuran Segar
Makan buah pada waktu malam dan pada waktu sahur. ini kerana
ia mengandungi sedikit air dan serat yang boleh kekal berada dalam sistem
penghadaman bagi satu tempoh masa yang lama. Sekaligus membantu mengurangkan
rasa lapar dan dahaga. Timun adalah sayuran terbaik untuk mengurangkan dahaga
dan meyejukkan badan. Ia juga membantu mengurangkan gangguan neurologi dan
mengandungi serat selulosa yang merangsang peghadaman dan menyingkirkan toksin
dan membersihkan usus besar.
Melambatkan Sahur
Umat islam disunatkan untuk melambatkan sahur. Anda
disarankan untuk mengambil hidangan yang ringan dan minum lebih air pada waktu
sahur. Elakkan makanan pedas dan berempah. Langkah ini bukan sahaja
mengurangkan badan kehilangan banyak air tetapi juga mengurangkan dahaga
terutama pada hari pertama berpuasa.
Pencuri Air Dari Tubuh
Garam
Makanan yang masin meningkatkan keperluan air kepada tubuh.
Jadi anda dinasihatkan untuk mengelak menambahkan lebih garam pada hidangan dan
mengelakkan mengambil makanan yang tinggi garam seperti ikan masin, dan
jeruk.Adalah lebih baik menggantikan garam dengan lemon dalam salad kerana ia
juga mampu menyesuaikan rasa seperti garam.
Rempah dan Perasa
Hidangan makanan yang mengandungi rempah dan perasa
memerlukan air yang banyak untuk penghadaman. Ini kerana makanan ini menyerap
air sebaik anda menelannya, dari larinks dan menyebabkan kekeringan dalam tubuh
yang memberikan rasa dahaga. Jika anda berpuasa, elakkan makanan pedas yang
mengandungi banyak perasa terutama di waktu sahur.
Perangsang
Adalah dicadangkan kepada mereka yang berpuasa untuk
mengurangkan amaun perangsang seperti teh dan kopi disebabkan oleh kandungan
kafien, yang akan mengaktifkan buah pinggang dan meningkatkan pengeluaran urin.
Peransang meningkatkan proses kehilangan air daripada tubuh. Harus juga
disebut, teh dan kopi tidak boleh dianggap sebagai alternatif air, kerana ia
diambil keadaan panas. Jadi anda tidak boleh meminumnya dengan banyak.
Minuman Soda
Ia mengandungi karbon yang menyebabkan kembung dan rasa
penuh serta menghalang tubuh daripada menggunakan cecair yang terdapat
didalamnya. Jadi lebih baik mengelakkan minuman soda sewaktu berbuka
puasa.
Pancaran Matahari
Mereka yang berpuasa disarankan mengelak pancaran matahari
secara langsung bagi tempoh masa yang panjang. Untuk mmengurangkan kepanasan
dan mengelakkan dahaga, anda boleh melakukan langkah di bawah:
- Kerap mandi bagi menyejukkan tubuh dan gunakan sabun untuk menyingkirkan minyak pada tubuh yang boleh menutup liang roma.
- Mengelakkan cahaya matahari masuk ke rumah sama ada dengan langsir atau tingkap
- Memakai pakaian nipis dan longgar yang diperbuat daripada kapas yang menyerap peluh.
- Berehat bagi mengembalikan semula tenaga.
Sumber: http://www.mommyfayyadh.com
------------------------------------------------------------------------------
Bagi yang kurang gemar minum air putih atau air kosong, boleh juga mengambil Performance Drink Shaklee sebagai sumber tenaga sepanjang hari berpuasa. Sedikit fakta menarik Performance Drink:-
1. Ia adalah
minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna
untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya
membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang
membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat
yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula
dalam darah.
4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau
makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu
sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan
menyusu/mengepam.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung
semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah
panas. Ia juga baik untuk kanak-kanak demam yang kurang selera makan. Ia membantu mengurangkan dehidrasi.
6. Rasa orennya yang sedap pasti digemari oleh semua golongan masyarakat, dari kanak-kanak hinggalah dewasa (Hafiey pun gemar minum Performance Drink ni)
Saya sendiri merupakan penggemar tegar PD ini. Kandungan carbohidrat juga rendah, hanya 11 gram bagi setiap 3 sudu besar bancuhan. Nak kurangkan carbs? Kurangkan bancuhan. Lebihkan air masak. Sedap sungguh diminum sejuk.
Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang produk ini bolehlah hubungi saya ya. Harganya sangat berpatutan. Hanya RM82.50. Jika jadi ahli, harga lebih JIMAT!!. Berminat? Habaq mai naaaa. Hihihi
Wan Norulhazrina Wan
Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment