Assalamualaikum wbt
Hari ini dah masuk 10 Ramadhan. Hampir 1/3 ibadah wajib ini telah kita sempurnakan untuk tahun 2014. Ibadah puasa berkualiti atau tidak? Tepuk dada tanya iman. huhu
Dalam bulan Ramadhan, semua umat islam berpuasa yakni menahan diri dari makan, minum, serta menjauhi perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Dalam islam, Ramadhan juga sinonim sebagai bulan pesta ibadah. Pahala ibadah berkali-kali ganda dari bulan-bulan yang lainnya.
Antara fadhilat Ramadhan ialah:
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga 6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga 6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
Banyak ganjaran yang dijanjikan Allah buat hamba-hambaNya yang menurut perintah. Namun, tahukah kita, apa pula manfaat atau kelebihan berpuasa dari sudut sains? Apakah efek atau kesannya terhadap kesihatan?
Ayuh saya kongsikan satu artikel untuk bacaan bersama. Semoga bermanfaat :)
------------------------------------------------------------------------------------------------
KEBAIKAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS
Sumber: http://waksab.blogspot.com
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang
toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem
imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.
Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor
dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan
penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya
dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubatan moden.
Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan
dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak
tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah
tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita
makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan
tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.
Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran
darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan
memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Dr Allan Cott |
Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap
penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan
seseorang.
Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan
sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa
orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi
dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Buku tulisan Dr Allan Cott |
Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres
antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca,
Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah
membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan
puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi
manusia.
Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari
sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid
darah dan berat badan.
Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti.
Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti.
Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan
kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah
sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia
masa kini.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :
“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :
“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”
Dr Alexis Carel |
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan
nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat
membersihkan pernafasan.
Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak
tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti. Sudah pastinya
kereta perlu diservis selalu bagi ianya bisa berjalan lancar dan tanpa
gangguan.Begitu jua dengan tubuh manusia yang amat kompleks daripada kereta
dimana amat perlu diservis biarpun hanya setahun sekali selama sebulan,malah
lebih baik sekiranya diservis setiap bulan dengan berpuasa.Wallah Huaalam.
-----------------------------------------------------------------------------
Perasan tak, bila masuk je Ramadhan tubuh kita secara automatik dapat menahan rasa lapar. Walau terkadang ada harinya tak terbangun untuk sahur, tapi badan tetap kekal aktif dan tiada masalah untuk meneruskan ibadah puasa ini. Kalau hari biasa, pasti perut berkeroncong minta diisi kan. Betapa besarnya nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita. Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menempuh Ramadhan pada tahun ini.
P/s: Semoga diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun seterusnya. InshaaAllah :)
-------------------------------------------------------
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
No comments:
Post a Comment