Assalamualaikum wbt
Baru berkesempatan untuk berkongsi ilmu yang telah saya perolehi semasa mengikuti seminar yang dianjurkan oleh Richworks di Dewan Raja Muda Musa Shah Alam. Seminar ini sangatlah ohsemm! Hihi. Tak terucap dengan perkataan.
Saya ke sana dengan family. Saya, suami dan abang sulung. Bila daftar 3 orang, secara automatik penyertaan adalah PERCUMA! Jika pergi seorang, yuran dikenakan sebanyak RM30 (sebagai komitmen fee). Jujurnya, payah nak cari seminar yang percuma. Zaman sekarang ini ada lagi ke yang percuma? Ada, tapi tak banyak. Kena pandai cari dan berusaha untuk mendapatkannya. Tak gitu?
Encik suami dan my big bro |
Seminar ini lebih mengajar kita supaya kenali potensi diri. Ramai yang takutkan bayang-bayang sendiri. Awal-awal lagi dah letakkan limit atau had kemampuan diri sebelum berusaha. Contohnya, bila nampak satu barang tu mahal. Terus cakap " Mak aihhhhh..mahal giler! Memang la aku tak mampu beli!!"
See. Ucapan atau rungutan itu merupakan satu doa. Yang secara tak langsung menunjukkan diri tak bersedia untuk menerima sesuatu yang luar dari kebiasaan. Harus diingat bahawa "Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya". Jika awal-awal lagi kita surrender, mengeluh tak mampu dan sebagainya, korang rasa Allah akan bagi tak rezeki kepada korang? Pastinya tak. kerana sedari awal kita menidakkan kelebihan diri sendiri.
Satu benda yang pelajari dalam seminar ini ialah nak berjaya wajib ada MENTOR. Itu jika kita serius nak berjayalah. Jika sekadar niat berniaga untuk penuhi masa lapang atau tak ada fokus tertentu untuk mantapkan perniagaan itu bab lain. Yang nak berjaya untuk lebihkan masa bersama keluarga, tolong orang yang lebih susah, mantapkan ekonomi islam, dan kebebasan masa & kewangan hendaklah mencari mentor yang sesuai.
Antara kriteria mentor yang bagus untuk anda ialah:-
- Jutawan : Nak jadi jutawan, mentor juga perlulah seorang jutawan.
- Usahawan: Nak jadi usahawan, mentor juga perlulah seorang usahawan.
- Mentor yang bagus pasti telah membantu merubah lebih ramai kehidupan (Dah terbukti membantu orang lain untuk berjaya)
- Mentor bersedia untuk mengajar anda.
Jika kita menyelami kehidupan Dr. Azizan Osman (DAO), pasti akan terasa betapa sukarnya beliau survive suatu masa dahulu. Melalui pelbagai jenis perniagaan, pengalaman ditipu dalam pelaburan saham (dek kerana tiada ilmu), gadai tanah emak nak join skim cepat kaya dan sebagainya. Hinggalah beliau berjumpa mentor beliau bernama Peter (taikun trading import & eksport), dari situlah permulaan 'turning point' dalam hidup beliau.
Sebab itu beliau tekankan, perlunya seorang mentor yang bersedia untuk mengajar kita. Memberi tanpa syarat. yang penting, komitmen dan tenaga untuk menuntut ilmu. Jangan bila orang dah nak tolong kita pula yang tak beri 100%. Membunuh impian sendiri tu namanya. Hihi
Bercakap bab ilmu, jika nak mahu berniaga apa sekali pun memang kena tuntut ilmu. Kalau nak buat bisnes baju kurung, kena cari mentor yang pandai menjahit juga. Nak jual kuih, kena ada mentor yang pandai buat kuih yang sedap. Kalau biz MLM, cari mentor yang dah punya track record cemerlang dalam MLM.
ILMU adalah kunci kejayaan dan kekayaan. Ramai usahawan yang tesungkur kerna kurangnya pengalaman dan tiada tindakan untuk menuntut ilmu. Biz secara semberono, tak punya matlamat jelas dan tak fokus. Endingnya, biz entah ke mana, modal pun ke laut. Itulah realitinya. Tak tahu, kita belajar. Dah tahu, kita apply dengan kuasa TINDAKAN.
Slot Bro Afdlin Shauqi
Di pertengahan sesi Seminar HLB2014, ada slot untuk Afdlin Shauqi. Afdlin ni pun sahabat baik merangkap pelajar/mentee kepada DAO. Tapi hampa sebab beliau kurang sihat dan tak dapat hadir . Tapi kami dihidangkan dengan video rakaman terbaik Seminar HLB di Melaka.
Sayu dengar pengalaman Bro Afdlin Shauqi ni. Berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Kini bangkit untuk hidup secara LUAR BIASA. Beliau sewaktu kecilnya tinggal di rumah flat. Pernah suatu hari terlihat ibunya menangis kerana tak tahan dengan sikap bro Afdlin di masa mudanya. Dari situ, terdetik di hatinya untuk berubah. Redah dan lakukan apa sahaja demi membahagiakan ibunya.
Sejak itu jugalah beliau aktif menghadiri pelbagai audition untuk mencuba nasib dalam bidang seni. Tebalkan muka hanya untuk mengubah nasib hidup. Alhamdulillah, kini seorang pengarah, pelakon, penebit dan produser yang berjaya dlm bidang diceburinya. Dah jutawan pun.
Kini Bro Afdlin aktif memasarkan Pelikat pant yang ekslusif diilhamkan oleh beliau dan isteri. Yang awalnya tak tahu bahawa ia boleh dikomersilkan. Kini jualan Pelikat pant dah menembusi pasaran global. Untung juta-juta uolss. Nampak tak besarnya kuasa ilmu? Idea tanpa tindakan pun takde guna juga. Semuanya perlu selaras dan balance gitu. Mentor hanya boleh berikan jalan dan guide kita supaya fokus kepada matlamat. Selebihnya adalah tindakan kita sendiri. Serius nak teruskan atau tidak.
Pesan bro Afdlin, jangan angkuh dan sombong bila menuntut ilmu. lapangkan dada, buka hati dan minda agar segala ilmu dapat diterima secara maksimum. Kena tadah seikhlas hati gitu. Ego hanya membunuh potensi diri sendiri. Seperti kata DAO, ilmu dan rezeki takkan di 'absorb' oleh orang yang ego dan sombong. Takkan sesiapa boleh ubah dirinya melainkan tuan badan sendiri..
Intensif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan (IMKK)
Ini adalah program atau seminar intensif yang dianjurkan oleh DAO selama 4 hari berturut-turut. Alhamdulillah saya dah pun mendaftar dengan yuran yang paling minima (tiket general). Ini rezeki untuk saya menambah ilmu, kenapa perlu saya sia-siakan? Sebelum ni ingat IMKK mahal. Rupanya salah sama sekali jika tahu caranya. Syukur diberi peluang untuk menyertai oleh mak Shaklee saya. Helping each other gitu.
Suami pun join sama nanti. Itu yang membuatkan saya lebih teruja! Sama-sama melangkah untuk memperbaiki diri. Jujur saya katakan seminar HLB2014 bukan untuk biz person semata-mata. malah ia lebih membantu kita mengatasi kelemahan dan menghapuskan bisikan-bisikan halus (negatif) dalam diri. Membantu peserta meneroka potensi diri agar lebih berani menghadapi risiko. Keluar dari 'comfort zone' supaya menjadi insan yang lebih luarbiasa.
Antara pegisian IMKK ialah:-
- Menyedari & memahami potensi diri yang sebenar, potensi minda dan emosi yang sebenar untuk menarik kekayaan, kejayaan kebahagiaan dan keberkatan.
- Memahami psikologi.
- Meningkatkan kapasiti kewangan.
- Meluaskan kolam jiwa (tarikan magnet)
- Formula kuasa (power)
- Set matlamat
- Kenalpasti dan atasi segala halangan diri.
- Mengatasi masalah kebocoran wang.
- Aktifkan magnet menarik kewangan.
- Bagaimana nak mencapai matlamat yang jelas.
Nasihat saya, jika anda NAKKKK berjaya, timbalah ilmu. Tak semestinya dengan DAO saja. Dengan mana-mana individu pun boleh. yang penting, cari mentor yang dah terbukti berjaya tau! Jangan cari mentor tangkap muat je. Bukan takleh berjaya, tapi lambatlah sikit berbanding orang lain. Kenapa nak bazirkan masa kan? :)
Bagi yang tak kenal DAO pasti rasa yuran itu mahal, tak berbaloi, melampau dan sebagainya. Bagi anda yg tak kenal DAO juga pasti akan kata, "Kata ikhlas, ambil juga bayaran..merepek!".
Bayaran yang dikenakan adalah supaya perserta memberikan 100% komitmen sepanjang program ini. Kalau free, agak2 korang nak hadir ke 4 hari berturut2 dari pagi hingga malam. Dengan jadual padat, modul yang intensif dan sebagainya? Pastinya ada yang pandang sebelah mata. Penganjur menghabiskan masa, tenaga, kos untuk menyewa dewan, bahan2 seminar dll. Adilkah jika semua kita nak free? Kita nak cari ilmu, tapi tak bersedia untuk berkorban demi nak mendapatkannya memang takkan ke manalah. Lain orang lain caranya. So, berlapang dada adalah lebih baik. Doakan yang elok-elok.
Ya, saya pun tak berduit. Tapi jika kita NAAAAAAK berjaya, pasti cari peluang untuk ke majlis ilmu. Saya tak tahulah org lain macam mana, tapi yang pastinya saya optimis untuk merubah kehidupan sendiri.
Hmm. Sebelum mengata, ada baiknya anda kenali insan hebat bernama DAO ini. Jika ada di hati terdetik rasa 'menyampah', 'meluat' dll, itu dah menunjukkan bahawa kita ada penyakit hati. Tak kenal tapi dah mengutuk. Adilkah?? Bila dah kenal DAO, kita akan tahu bagaimana beliau mengisi kolam jiwa perserta dengan menekankan pendekatan kita dengan sang pencipta. Tak wujud pun makan duit peserta. Kerana ianya berbaloi dengan outcome yang akan ada perolehi. Tak puas hati? boleh minta refund. Tiada masalah di situ.
Saya tak taksub dengan DAO. Sebab dia juga manusia biasa. Cuma saya pasti yang hanya orang berjaya yang boleh membantu orang lain untuk turut berjaya. Selain DAO, saya juga mengagumi saudara Zuhairi Nopiah (penulis buku LUA), saudara Amin Iris, Prof Muhaya dan saudara Irfan Khairi. Mereka semua mentor hebat! Cuma saya berkesempatan untuk menyertai seminar DAO. Jika ada kelapangan, in shaa Allah akan sertai program yang lainnya juga (biiznillah).
Masih tak puas hati? Baca surat terbuka seorang Hamba Allah ni
"HILANGKAN BIAWAK DALAM DIRI"
"TULISAN SAYA TIDAK BERBUNYI, SILA BACA DENGAN MATA HATI"
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
2 comments:
saya teringin nak berniaga..tapi tak ada mentor..modal pun tak ada..
Akak pun takde modal dik.. sebab tu kena tambah ilmu bisnes.. Shaklee paling best, biz tak payah modal pun. Cuma rm65 register. then, org order baru kita belikan. senang :)
Post a Comment