Thursday, May 29, 2014

10 tanda awal penyakit yang perlu diberi perhatian



Assalamualaikum wbt.

Kata orang, penyakit kalau nak menyinggah memang takkan bagi signal dulu. Tahu-tahu saja dah kena. Ish, minta jauhlah kan. Sekarang zaman penyakit pelik-pelik. Percaya atau tidak, semuanya berpunca dari pemakanan. Perut tempat asal usul penyakit. 

Namun, ada juga faktor genetik. Contohnya kanser, boleh diwarisi sekiranya kita kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Ada juga yang kurang peka dengan perubahan fisiologi tubuh. Lebih suka mengambil sikap berdiam diri, dan mengelak dari berjumpa dengan pakar kesihatan. Ini boleh memburukkan lagi tahap kesihatan. (Pesanan untuk diri sendiri, jangan takut sangat nak ke klinik/hospital bila sakit.hehe)

Saya nak berkongsi artikel tentang tanda-tanda awal penyakit yang boleh kita jadikan panduan untuk mengesan penyakit. Harus diingat, ini cumalah tanda-tanda yang boleh kita jadikan panduan untuk mengenalpasti tahap kesihatan tubuh. Selebihnya, jumpalah doktor untuk rawatan susulan.


10 tanda awal penyakit yang perlu diberi perhatian

Credit: Klik Link Ini

  • Berat badan turun secara tiba-tiba



Mungkin sesetengah orang akan gembira sekiranya berat badan mereka turun tanpa mereka sendiri usahakan. Namun, pada kenyataannya ia adalah petunjuk terhadap masalah kesihatan. Sekiranya berat badan anda turun sebanyak 10 peratus daripada berat asal secara tiba-tiba pada 6 bulan yang sebelumnya, anda perlu untuk mendapatkan nasihat doktor. 

Penurunan berat badan secara tiba-tiba mungkin disebabkan oleh beberapa punca antaranya tiroid terlalu aktif (hyperthyroidism), tekanan, penyakit hati, kanser, atau gangguan terhadap tubuh anda untuk menyerap nutrisi.


  • Demam panas
Ketika anda demam, ia bermakna tubuh anda sedang cuba untuk melawan jangkitan virus atau bakteria jahat. Demam biasa kebiasaannya pada sekitar lebih 38.9 C. Sekiranya demam anda telah melebihi 3 hari, anda perlu pergi berjumpa doktor. 

Demikian pula sekiranya anda mengalami demam panas melebihi daripada 40 C, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera. Demam panas berkemungkinan menunjukkan bahawa anda telah menghidap jangkitan kuman pada saluran air kencing, denggi atau sebagainya.


  • Sesak nafas


Sekiranya sesak nafas berpunca selain daripada hidung tersumbat, ia adalah satu isyarat yang menunjukkan masalah kesihatan. Jika anda menghadapi kesukaran untuk bernafas, termengah-mengah atau tercungap-cungap, anda perlu mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera. Berasa sesak nafas ketika anda berbaring juga samaada teruk atau tidak perlu diberi perhatian yang serius. 

Punca sesak nafas mungkin disebabkan penyakit paru-paru obstruktif kronik, asma, radang paru-paru-paru, penggumpalan darah di paru-paru, atau apa-apa sahaja penyakit yang melibatkan jantung dan paru-paru. Kesukaran untuk bernafas perlu diberikan perhatian yang secukupnya kerana ia boleh menyerang mangsa pada bila-bila masa sahaja.


  • Perubahan ketika membuang air besar

Ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan normal ketika membuang air besar. Ianya berbeza-beza mengikut individu dan sekiranya mereka membuang air besar antara 3 kali sehari ke 3 kali seminggu ia masih dianggap normal.

 Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya mengesan perubahan seperti najis keluar beserta dengan darah, sembelit yang lebih daripada 3 minggu, anda perlu memaksa untuk membuang air besar, najis anda berwarna hitam dan segala perubahan lain. 

Pada kebiasaannya perubahan yang berlaku mungkin isyarat jangkitan bakteria seperti campylobacter ,salmonella,jangkitan virus atau parasit. Antara penyebab yang lain juga adalah penyakit radang usus atau kanser usus besar.


  • Igauan


Ianya adalah kebingungan parah yang berlaku secara tiba-tiba dan perubahan yang cepat dalam keadaan mental. Teman dekat atau ahli keluarga adalah orang yang paling awal sekali untuk mengesan pengidap penyakit ini. 

Antara tanda-tanda penyakit mental ini adalah secara tiba-tiba anda menjadi konfius, kecelaruan (konfius terhadap tempat dan masa), tiba-tiba keperibadian atau perilaku berubah seperti menjadi agresif, tiba-tiba masalah untuk memberikan penumpuanun, atau memori, dan sebagainya. 

Perubahan perilaku atau pemikiran mungkin berpunca daripada pelbagai masalah antaranya termasuk jangkitan, anemia, gula darah rendah, masalah jiwa atau ubat-ubatan, terutama yang anda baru sahaja mula mengambilnya.
  • Sakit kepala secara tiba-tiba

Sakit kepala yang biasa pada kebiasaannya tidaklah terlalu serius, tetapi ia akan menjadi serius sekiranya kesakitan yang dialami terlalu sakit sehingga di luar kawalan anda. Anda perlu memberikan perhatian yang lebih sekiranya anda mengalami sakit kepala disertai dengan demam, leher kaku, ruam, kebingungan atau kejang, Sakit kepala berpola baru dari selepas usia 55, dan apa-apa sahaja yang anda rasakan di luar pada kebiasaan. 




Tanda sakit kepala mungkin menunjukkan bahawa anda mempunyai arteritis temporal, peradangan pembuluh darah di otak, kulit kepala dan mata. Punca lain yang berkemungkinan menyebabkan sakit kepala yang teruk adalah termasuk tumor otak atau aneurisma.
  • Tiba-tiba badan anda menjadi lemah, penglihatan menjadi pudar, atau menghadapi kesukaran untuk bercakap
Jika anda mempunyai tanda-tanda atau gejala seperti yang dinyatakan untuk beberapa minit, ia adalah peringatan awal tanda-tanda stroke atau serangan iskemik transient (TIA), kadang-kadang disebut sebagai ministroke. 

Cari rawatan kecemasan perubatan jika anda mengalami kelemahan atau mati rasa pada satu sisi tubuh secara tiba-tiba, keremangan mendadak, kabur atau kehilangan penglihatan, tidak mampu untuk bercakap atau memahami percakapan orang lain, berasa pening, tidak dapat dapat berdiri dengan kukuh atau tiba-tiba jatuh, sakit kepala yang teramat sangat atau sebagainya.

  • Silauan cahaya

Sekiranya anda tiba-tiba melihat sebuah lampu berkelip-kelip walaupun pada realitinya tidak, ia mungkin menunjukkan masalah terhadap retina anda. Rawatan segera perlu dilakukan untuk mengelakkan kehilangan penglihatan kekal.

  • Cepat berasa kenyang walaupun makan hanya sedikit-
Ini kadang-kadang merupakan satu perkara normal, tetapi sekiranya masalah ini berlaku selama lebih daripada satu minggu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera. Ini mungkin disertai dengan tanda  lain seperti mual, muntah-muntah, kembung, demam, dan kehilangan berat badan. Kemungkinan punca kenyang awal termasuk rasa mulas dan masalah terhadap sistem perkumuhan, atau masalah yang lebih serius seperti obstruksi perut,kanser kerongkong atau masalah perut.
  • Sendi membengkak, kemerahan atau berasa panas


Jika salah satu sendi membengkak atau meradang, mungkin ia sebagai isyarat jangkitan sendi, yang memerlukan rawatan kecemasan. Punca lain mungkin termasuk gout atau beberapa jenis arthritis.
---------------------------------------------------------------------------------------

Wallahua'lam. Sebaiknya lanjutkan pertanyaan anda tentang tanda-tanda ini kepada mereka yang lebih arif. Lebih cepat kita bertindak untuk jalani rawatan, lebih mudah juga untuk para doktor mengenalpasti gejala-gejala penyakit tersebut.  Sayangi diri anda demi mereka yang anda kasihi.


JANGAN BERTANGGUH!



Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)  
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783  
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------ 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

NiniHanini said...

takut pulak bila baca ni,tapi benda ni betul. sakit kita tak tahu kan,tapi tak salah kalau kita nak periksa dulu. mencegah lebih baik dari merawat :)

Cik Itah said...

salam. hai. perkongsian yang bermanfaat..thanks share ya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik