Assalamualaikum wbt.
Kata orang, penyakit kalau nak menyinggah memang takkan bagi signal dulu. Tahu-tahu saja dah kena. Ish, minta jauhlah kan. Sekarang zaman penyakit pelik-pelik. Percaya atau tidak, semuanya berpunca dari pemakanan. Perut tempat asal usul penyakit.
Namun, ada juga faktor genetik. Contohnya kanser, boleh diwarisi sekiranya kita kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Ada juga yang kurang peka dengan perubahan fisiologi tubuh. Lebih suka mengambil sikap berdiam diri, dan mengelak dari berjumpa dengan pakar kesihatan. Ini boleh memburukkan lagi tahap kesihatan. (Pesanan untuk diri sendiri, jangan takut sangat nak ke klinik/hospital bila sakit.hehe)
Saya nak berkongsi artikel tentang tanda-tanda awal penyakit yang boleh kita jadikan panduan untuk mengesan penyakit. Harus diingat, ini cumalah tanda-tanda yang boleh kita jadikan panduan untuk mengenalpasti tahap kesihatan tubuh. Selebihnya, jumpalah doktor untuk rawatan susulan.
10 tanda awal penyakit yang perlu diberi perhatian
Credit: Klik Link Ini
- Berat badan turun secara tiba-tiba
Mungkin sesetengah orang akan gembira sekiranya berat badan
mereka turun tanpa mereka sendiri usahakan. Namun, pada kenyataannya ia adalah
petunjuk terhadap masalah kesihatan. Sekiranya berat badan anda turun
sebanyak 10 peratus daripada berat asal secara tiba-tiba pada 6 bulan yang
sebelumnya, anda perlu untuk mendapatkan nasihat doktor.
Penurunan berat badan
secara tiba-tiba mungkin disebabkan oleh beberapa punca antaranya tiroid
terlalu aktif (hyperthyroidism), tekanan, penyakit hati, kanser, atau gangguan
terhadap tubuh anda untuk menyerap nutrisi.
- Demam panas
Ketika anda demam, ia bermakna tubuh anda sedang cuba untuk
melawan jangkitan virus atau bakteria jahat. Demam biasa kebiasaannya pada
sekitar lebih 38.9 C. Sekiranya demam anda telah melebihi 3 hari, anda perlu
pergi berjumpa doktor.
Demikian pula sekiranya anda mengalami demam panas
melebihi daripada 40 C, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera. Demam
panas berkemungkinan menunjukkan bahawa anda telah menghidap jangkitan kuman
pada saluran air kencing, denggi atau sebagainya.
- Sesak nafas
Sekiranya sesak nafas berpunca selain daripada hidung
tersumbat, ia adalah satu isyarat yang menunjukkan masalah kesihatan. Jika anda
menghadapi kesukaran untuk bernafas, termengah-mengah atau tercungap-cungap,
anda perlu mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera. Berasa sesak nafas
ketika anda berbaring juga samaada teruk atau tidak perlu diberi perhatian yang
serius.
Punca sesak nafas mungkin disebabkan penyakit paru-paru obstruktif
kronik, asma, radang paru-paru-paru, penggumpalan darah di paru-paru, atau
apa-apa sahaja penyakit yang melibatkan jantung dan paru-paru. Kesukaran untuk
bernafas perlu diberikan perhatian yang secukupnya kerana ia boleh menyerang mangsa
pada bila-bila masa sahaja.
- Perubahan ketika membuang air besar
Ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan normal
ketika membuang air besar. Ianya berbeza-beza mengikut individu dan sekiranya
mereka membuang air besar antara 3 kali sehari ke 3 kali seminggu ia masih
dianggap normal.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya mengesan
perubahan seperti najis keluar beserta dengan darah, sembelit yang lebih
daripada 3 minggu, anda perlu memaksa untuk membuang air besar, najis anda
berwarna hitam dan segala perubahan lain.
Pada kebiasaannya perubahan yang
berlaku mungkin isyarat jangkitan bakteria seperti campylobacter
,salmonella,jangkitan virus atau parasit. Antara penyebab yang lain juga adalah
penyakit radang usus atau kanser usus besar.
- Igauan
Ianya adalah kebingungan parah yang berlaku secara tiba-tiba
dan perubahan yang cepat dalam keadaan mental. Teman dekat atau ahli keluarga
adalah orang yang paling awal sekali untuk mengesan pengidap penyakit ini.
Antara tanda-tanda penyakit mental ini adalah secara tiba-tiba anda menjadi
konfius, kecelaruan (konfius terhadap tempat dan masa), tiba-tiba keperibadian
atau perilaku berubah seperti menjadi agresif, tiba-tiba masalah untuk
memberikan penumpuanun, atau memori, dan sebagainya.
Perubahan perilaku atau
pemikiran mungkin berpunca daripada pelbagai masalah antaranya termasuk
jangkitan, anemia, gula darah rendah, masalah jiwa atau ubat-ubatan, terutama
yang anda baru sahaja mula mengambilnya.
- Sakit kepala secara tiba-tiba
Sakit kepala yang biasa pada kebiasaannya tidaklah terlalu
serius, tetapi ia akan menjadi serius sekiranya kesakitan yang dialami terlalu
sakit sehingga di luar kawalan anda. Anda perlu memberikan perhatian yang lebih
sekiranya anda mengalami sakit kepala disertai dengan demam, leher kaku, ruam,
kebingungan atau kejang, Sakit kepala berpola baru dari selepas usia 55, dan
apa-apa sahaja yang anda rasakan di luar pada kebiasaan.
Tanda sakit kepala
mungkin menunjukkan bahawa anda mempunyai arteritis temporal, peradangan pembuluh
darah di otak, kulit kepala dan mata. Punca lain yang berkemungkinan
menyebabkan sakit kepala yang teruk adalah termasuk tumor otak atau aneurisma.
- Tiba-tiba badan anda menjadi lemah, penglihatan menjadi pudar, atau menghadapi kesukaran untuk bercakap
Jika anda mempunyai tanda-tanda atau gejala seperti yang
dinyatakan untuk beberapa minit, ia adalah peringatan awal tanda-tanda stroke
atau serangan iskemik transient (TIA), kadang-kadang disebut sebagai
ministroke.
Cari rawatan kecemasan perubatan jika anda mengalami kelemahan atau
mati rasa pada satu sisi tubuh secara tiba-tiba, keremangan mendadak, kabur
atau kehilangan penglihatan, tidak mampu untuk bercakap atau memahami
percakapan orang lain, berasa pening, tidak dapat dapat berdiri dengan kukuh atau
tiba-tiba jatuh, sakit kepala yang teramat sangat atau sebagainya.
- Silauan cahaya
Sekiranya anda tiba-tiba melihat sebuah lampu berkelip-kelip walaupun pada realitinya tidak, ia mungkin menunjukkan masalah terhadap retina anda. Rawatan segera perlu dilakukan untuk mengelakkan kehilangan penglihatan kekal.
- Cepat berasa kenyang walaupun makan hanya sedikit-
Ini kadang-kadang merupakan satu perkara normal, tetapi
sekiranya masalah ini berlaku selama lebih daripada satu minggu, anda perlu
mendapatkan nasihat doktor dengan segera. Ini mungkin disertai dengan
tanda lain seperti mual, muntah-muntah, kembung, demam, dan kehilangan
berat badan. Kemungkinan punca kenyang awal termasuk rasa mulas dan masalah
terhadap sistem perkumuhan, atau masalah yang lebih serius seperti obstruksi
perut,kanser kerongkong atau masalah perut.
- Sendi membengkak, kemerahan atau berasa panas
Jika salah satu sendi membengkak atau meradang, mungkin ia
sebagai isyarat jangkitan sendi, yang memerlukan rawatan kecemasan. Punca lain
mungkin termasuk gout atau beberapa jenis arthritis.
---------------------------------------------------------------------------------------
Wallahua'lam. Sebaiknya lanjutkan pertanyaan anda tentang tanda-tanda ini kepada mereka yang lebih arif. Lebih cepat kita bertindak untuk jalani rawatan, lebih mudah juga untuk para doktor mengenalpasti gejala-gejala penyakit tersebut. Sayangi diri anda demi mereka yang anda kasihi.
JANGAN BERTANGGUH!
2 comments:
takut pulak bila baca ni,tapi benda ni betul. sakit kita tak tahu kan,tapi tak salah kalau kita nak periksa dulu. mencegah lebih baik dari merawat :)
salam. hai. perkongsian yang bermanfaat..thanks share ya
Post a Comment