Monday, July 8, 2013

Tips Cergas Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum sahabat semua.. Sihat??? Ke dah ada yang lemah-longlai nak menghadapi Ramadhan lusa ni.. hehe.. Haip3x.. Ngalahkan budak2 ye lemau sebelum waktunya. hihihi

Kali ni nak share satu artikel bagaimana cara untuk kekal cergas dan bertenaga di bulan Ramadhan. Sumber dari SINI


Penat sebelum waktunya..hehheh *google*

Jom pakat baca :)


Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih. Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen. Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glukos melalui proses glukoneogenesis.

Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh. Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama. 

Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar. 

Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari. 

Kurma dan jenis2nya (Google)

Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya. Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih. Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. 

Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini. Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat. Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair. Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.

Credit: Sajionline


Nampak tak??, sememangnya pemakanan sihat memainkan peranan penting bagi memastikan kita sihat bertenaga sepanjang hari di bulan puasa. Jika kita cepat penat tak sampai setengah hari, kaji balik apa yang telah kita ambil sebagai juadah sahur sebelumnya. Penting utnuk kita elakkan makanan berminyak atau berlemak sewaktu sahur. Kalau sy, makan kurma pun dah cukup. Plus sedikit madu, dan air secukupnya. Pasti membantu untuk badan sy aktif bekerja sepanjang hari.

Nak sihat dan cergas dengan Shaklee?? Tirulah saya..hehe..




Badan saya tak mudah letih dan lesu lagi semenjak saya mengamalkan ESP dan B-Complex dalam diet harian saya. Yang paling best, sy boleh pelbagaikan resipi hanya menggunakan ESP sebagai bahan utama. Pastinya, smoothie ESP+Mango jadi juadah utama bila berbuka puasa nanti. Sememangnya yummeh.. hehe (gambar nanti sy tempek kendian ye :))

ESP ni banyak khasiatnya.. Ia mengandungi  isolated non-GMO soy dan telah dihasilkan dengan jaminan kualiti yang tinggi dan pastinya berkualiti tinggi. Ianya rendah glisemik iaitu mempunyai rantaian glukosa yang pendek di mana ia senang dicernakan dan mudah dihadam. Plus, ia memberikan rasa kenyang berpanjangan dan membantu kita kekal bertenaga sepanjang hari.

Apa pula khasiat Vitamin B-Complex

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.


Boleh semak SINI untuk lebih info tentang B-Co


Last but not least, Selamat Berpuasa sy ucapkan kepada seluruh umat islam di mana jua anda berada. Semoga Ramadhan tahun lebih bermakna dan diberkati Allah swt. Amal ibadah jangan lupa tau. Jom kita mengejar pahala ibadat yang berlipat kali ganda di bulan yang mulia ni.. Tapi jangan kejar masa bulan puasa je. Lepas tu non hadoooo.. heheh (peringatan utk diri sendiri jugak.)

Jika berminat nak tahu lebih lanjut tentang produk di atas bolehlah hubungi saya untuk konsultasi percuma. Free of charge je uolss.. ehe.. Jom kita sama2 sihat bertenaga di bulan Ramadhan nanti    \(^-^)/


Wan Norulhazrina (ID 923060)
0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter




Salam Ramadhan Al-Mubarak.



3 comments:

Cik Nor said...

bw sni..:)

RynaHakimi said...

thanks sudi singgah :)

kacang said...

Tips yg sgt bagus..anyway selamat menyambut bulan ramadhan=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik