Assalamualaikum wbt
Ovulasi dikaitkan dengan tahap kesuburan wanita. Adalah agak janggal jika wanita tidak tahu atau peduli akan apa itu ovulasi dan bagaimana proses ia terjadi.
Secara definisi, ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan
dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran
haid anda. Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang
paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub
falopio. Tiada ketepatan ovari mana yang akan melepaskan telur. Ovulasi tidak
semestinya berlaku secara bergilir-gilir antara ovari bagi setiap kitaran.
Apabila seorang wanita sedang berovulasi, terdapat beberapa tanda-tanda fizikal
yang disebabkan oleh perubahan hormon. Jika anda memberi perhatian kepada tubuh
anda, anda boleh mengetahui waktu mana yang paling subur dan hampir dengan
ovulasi.
Berikut adalah tanda-tanda ovulasi yang boleh dijadikan panduan bersama.
1. Lendir Servik Seakan-akan putih telur
Tubuh seseorang wanita yang sedang bersedia untuk berovulasi akan menghasilkan
lendir serviks yang ideal untuk mengangkut sperma. Sebelum ovulasi, lendir ini
melekit dan tebal. Lendir pada fasa ini tidak sesuai dengan sperma kerana
sperma akan terlekat dalam lendir ini dan tidak boleh sampai ke telur. Lendir
yang nipis, elastik, dan seakan-akan putih telur adalah ideal kerana ia
membantu sperma berenang hingga ke telur.
2. Rasa 'basah'
Apabila ovulasi semakin hampir, lendir servik bukan sahaja nipis dan elastik, ia juga bertambah banyak. Seseorang wanita yang subur akan terasa 'basah' sepanjang hari.
Apabila ovulasi semakin hampir, lendir servik bukan sahaja nipis dan elastik, ia juga bertambah banyak. Seseorang wanita yang subur akan terasa 'basah' sepanjang hari.
3. Rasa sengal / nyeri pada payudara
Selepas ovulasi, tahap progesterone akan meningkat. (jika anda mencatat carta kesuburan, anda boleh lihat suhu badan meningkat sedikit selepas ovulasi). Mungkin disebabkan peningkatan prostegerone inilah yang menyebabkan rasa sengal pada payudara sewaktu ovulasi. Sesetengah wanita akan perasan rasa sengal ini lebih kurang dengan tanda-tanda PMS.

4. Posisi serviks yang tinggi, lembut dan terbuka
Posisi servik juga boleh menunjukkan sama ada anda sedang subur atau tidak. Selepas haid, serviks lebih rendah, keras dan tertutup. Apabila semakin hampir ovulasi, posisi serviks akan bergerak lebih tinggi dan terasa lebih lembut.

Kitaran Ovulasi : Sumber *link* |
Untuk memeriksa keadaan serviks, pastikan tangan dicuci bersih, kemudian duduk dalam keadaan mencangkung. Masukkan jari kedalam faraj dan cari ketulan. Serviks lebih senang dicari selepas haid kerana posisinya yang lebih rendah.
5. Peningkatan libido
Kajian mendapati kebanyakan wanita lebih mudah berahi sewaktu ovulasi. (apabila hormon luteal meningkat)
6. Tompokan darah
Tiba-tiba ada tompokan darah walaupun sudah habis haid? Ada sesetengah yang menganggap bahawa darah ini ialah lebihan dari darah haid sebelumnya, tetapi jika ia berlaku sewaktu anda ovulasi, kemungkinan besar ini ialah 'ovulation spotting'. Tompokan ini kadangkala terjadi apabila telur pecah melalui folikel semasa ovulasi. Ia juga boleh berlaku sejurus sebelum atau selepas ovulasi akibat perubahan hormon.

7. Senak atau sakit di sebelah bahagian perut
Kira-kira 20% wanita rasa sakit ketika ovulasi. Sakit ini dikenali sebagai 'mittelschmerz', berlaku akibat telur yang pecah tembus melalui folikel semasa ovulasi. Rasa senak juga boleh berlaku ketika tiub falipio mengembang dan mengecut untuk menolak telur turun ke rahim. Selalunya sakit ini hanya boleh dirasakan pada sebelah bahagian sahaja. Keadaan ini boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas ovulasi. Anda mungkin tidak boleh menentukan dengan tepat ovulasi berdasarkan rasa sakit sahaja, tetapi ia boleh menandakan bahawa ovulasi semakin hampir.

8. Kembung Perut
Terasa baju tiba-tiba ketat? atau rasa kembung dan berangin semacam? Ia mungkin disebabkan ovulasi. Perubahan hormon semasa ovulasi mungkin penyebab kembung ini.
9. Loya dan pening lalat
Ramai wanita terasa loya dan pening sejurus sebelum haid bermula. Kadang kala disalah erti sebagai 'morning sickness'. Ini disebabkan hormon yang sama yang menyebabkan 'morning sickness' semasa kehamilan dan simptom PMS lain.
10. Sakit kepala atau migrain
Seramai 20% wanita mengalami migrain semasa haid. Jika anda sering sakit kepala atau migrain semasa haid, kemungkinan besar anda akan rasa sakit kepala sewaktu ovulasi. Saintis mempercayai bahawa hormon yang menyebabkan sakit kepala di kalangan wanita-wanita ini.
Diharapkan maklumat ini membantu sahabat-sahabat mengetahui waktu subur masing-masing. Kini, terdapat juga ovulasi strips yang boleh digunakan untuk mengenalpasti waktu berlakunya ovulasi. Untuk mengetahui lebih lanjut kaedah penggunaan ovulation strips ini, boleh ke link di bawah:
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, bolehlah menghubungi saya di maklumat yang tertera. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas amatlah dialu-alukan. :)
HUBUNGI SAYA:-
Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment