Wednesday, September 10, 2014

Punca 'lower back pain' di kalangan wanita

Assalamualaikum wbt

Lower back pain atau rasa sakit di bahagian belakang pinggang kerapkali melanda wanita. Baik remaja mahupun wanita yang telahpun melahirkan anak. Pasti ada di antara anda yang pernah mengalami situasi ini.

Namun, tidak semua wanita menanggung derita dan kesakitan di bahagian ini. Bergantung kepada faktor seperti amalan gaya hidup sihat, diet seimbang, berat badan ideal dan postur badan yang betul setiap kali melakukan sebarang aktiviti.




Lazimnya kesakitan dirasai selepas duduk di kerusi atau berbaring terlalu lama (selepas bangun tidur). Pesakit akan merasa lenguh dan sukar untuk membetulkan badan kerana tidak selesa di bahagian belakang. Badan juga sedikit membongkok untuk menampung kesakitan yang ditanggung.

Menurut Dr Zubaidi Ahmad, rasa sakit ini dipengaruhi oleh hormon dalam badan wanita. Sewaktu berlakunya haid, bukan sahaja berlaku pendarahan malah boleh menyebabkan sakit di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi kebanyakan wanita.

Ada juga wanita yang sakit di bahagian 'lower back' kerana faktor perubahan hormon ini. Jika tidak terlalu serius, wanita masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa. Walaubagaimanapun, ramai juga yang mengalami kesakitan dan mengganggu rutin harian.

Menurut Dr Zubaidi lagi, rasa sakit sewaktu haid bukan hanya di bahagian bawah abdomen (suprapubic) .Malah ia menggangu bahagian 'lower back' atau belakang juga. Ia boleh dirasai sebelum atau selepas kedatangan haid, bergantung kepada tubuh wanita tersebut.

Apakah punca sakit belakang pinggang ketika haid?

Sakit belakang selalunya dianggap normal dan disebabkan oleh pengeluaran hormone Prostaglansin yang menggalakkan pengecutan rahem untuk mengeluarkan darah haid dalam rahim.

Pengeluaran hormone Prostaglandin yang berlebihan akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit pada bahagian ari-ari (suprapubic) secara keterlaluan dan sakit di bahagian belakang pinggang.




Namun ada kalanya, sakit yang terlalu kuat boleh disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain seperti endometriosis dan fibroid.

Jika terdapat tanda-tanda yang tidak normal pada diri kalian, cepat-cepatlan berjumpa doktor untuk menjalani rawatan lanjut. Adakalanya kita terlepas pandang dan menganggap kesakitan ini bukanlah suatu yang serius. Namun, tak salah jika buat pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar masalah tersebut.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan suplemen kesihatan khusus untuk wanita, bolehlah menghubungi saya dengan kadar segera. Promosi Shaklee Collagen Powder masih berlangsung sepanjang September. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk istimewa ini dengan harga paling EKSLUSIF!!

http://ummuhafiey.blogspot.com/2013/09/dari-wanita-untuk-wanita.html
KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Credit: Facebook Dr Zubaidi Ahmad


"KESIHATAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI"


 
HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik