Saturday, September 13, 2014

Happy birthday Hafiey!!

Assalamualaikum wbt

Today is his birthday!! Ya Allah. Kenapalah si comel ini cepat membesar? Tak puas ummi mendengar tangisan kecilmu sayang. Sekarang menangis juga. Tapi tangisan yang dah tak berapa kecil. Hehehe

Masih teringat saat-saat berada di labour room. Antara teruja dan cemas. Yang mana lebih menguasai? Cemas kot. Kerana ia adalah pengalaman pertama dan banyak berfikir yang tidak-tidak.




Nak tahu cerita pengalaman saya melahirkan? Boleh klik link di bawah. Semuanya dah diceritakan dalam diary saya. Sebagai kenangan. Ada nukilan yang boleh diceritakan buat si anak yang kian pantas membesar.



Sempena hari kelahiranmu, ummi ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 2 TAHUN dan semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungimu sayang.

Ummi tujukan lagu ini khas untuk Hafiey. Jangan pernah takut untuk melangkah. Jangan pernah takut untuk mencuba. Jangan pernah takut untuk bangkit berdiri & berlari. Jangan pernah takut jika ummi dan abi tiada, kerana DIA sentiasa memerhatikamu dari 'jauh'.

Lirik Lagu Arjuna Beta – Fynn Jamal

Takkanku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa


--------------------------------------------------------------

Psst. Nak beli hadiah apa ya untuk Hafiey? Kek? Dia tak gemar. Jenuh kami nak habiskan nanti. Hihi

Beli vitamin untuk Hafiey? Mealshakes dan Vit C dah memang ada untuk dia. Sentiasa restock.

Beli baju? Hmm. Boleh juga. Kana-kanak kan cepat membesar. 

Beli buku (phonics) pun ok juga kan? Nanti nak kena list balik. Kena fikir yang terpenting =)



HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

2 comments:

sinuha said...

Happy Birthday comel :)

Syazrahtarmin said...

happy birthdayyy hafiey... hihhi... cute laaa... hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik