Berkecimpung dalam dunia Shaklee, membuatkan sy sedar ada
tanggungjawab yang belum sudah. Tugas sebagai seorang anak, ibu dan isteri buat family tercinta. Tak mudah menjadi seorang ibu. Diruntun dilema
yang tak sudah. Nak makan gaji atau kerja sendiri. Pilihan saya? Bisnes
Shaklee yang boleh dilakukan secara online dan dari rumah. Kenapa?
Restu suami ku di sini
Terjumpa Master Hafsah Mardhiah di Facebook. Langsung tak kenal. Cuma tahu beliau jual Shaklee. Masa tu mak Shaklee saya berada di rank key coordinator. Masa tu langsung tak tahu rank & level ni semua. Janji ku nak cuba berniaga online. Ok, done register sebagai member Shaklee. hihi
Sampai hari ni saya tertanya-tanya, kenapa ya aku pilih shaklee? Padahal banyak je biz lain yang boleh dicuba. Dropship ke, jual baju ke, perfume ke, etc. Macam mana ye boleh register Shaklee di bawah seorang yg tak ku kenali?? Hihihi. Tapi saya sangat yakin dengan kredibiliti Master Hafsah sebagai leader Shaklee. Nak kenal? boleh ke page Facebook Master Hafsah Mardhiah
Satu yang saya akui, berniaga Shaklee sangat mudah. Tak perlu simpan stok, tak perlu ke branch (ambil stok) dan tak perlu jumpa customer (jika jauh). Jika ada sahabat di area Perak Tengah yang nak produk Shaklee, bolehlah saya COD.
"Uisshhh.. Sia-sialah 'izazah' belajar lama-lama. Habiskan duit mak bapak je." Bagi saya, ramai orang yang takde SPM lebih sukses dari golongan yang ada 'izazah' ni. Jiwa dan minda mereka bebas. Buat apa yang mereka suka. Lebih kaya dan berjaya dalam hidup.
Ada degree menjaminkan kebahagiaan? Ya atau tidak, pilihan di tangan sendiri. Kalau rasa cinta dgn career anda, baguslah. kalau dalam sehari 10 kali duk update status menyampah meluat dgn bos, ada la yang tak kena tu.hihihi...
Apapun,
syukur sebab punya ilmu dlm Bioteknologi. Sekaligus berkait rapat juga
dengan nutrisi dan produk Shaklee. Kan cantik rencana Allah tu?
Selepas bersalin, saya nekad nak membesarkan Hafiey sendiri depan mata. Bercita-cita besar untuk mewariskan perniagaan kepada mereka suatu hari nanti. Ya, perjalanan masih jauh. Tapi saya tak akan sekali-kali berhenti. Sebab saya tahu rahsia orang bejaya ialah "Memulakan sesuatu dan lakukannya bersungguh-sungguh sehingga habis."
Keluarga kecil kami =) |
Mak ayah pula sentiasa bagi sokongan yang tak berbelah bahagi. Asal call je tanya,
"Bisnes ok tak??"..
"Ada seminar lagi tak, boleh kami jagakan Hafiey"..
"Nak kami tolong edarkan flyers tak??"
Kejam kan kalau saya berhenti sekerat jalan? Bunuh impian sendiri satu hal. Harapan mak ayah, sanggup ke biarkan mereka kecewa dengan sikap kita? Jika mereka yakin dengan kita, kenapa kita sendiri nak nafikan kebolehan itu? Yang kata tak boleh tu 'BIAWAK' semata-mata. Haha..
"Nak kami tolong edarkan flyers tak??"
Kejam kan kalau saya berhenti sekerat jalan? Bunuh impian sendiri satu hal. Harapan mak ayah, sanggup ke biarkan mereka kecewa dengan sikap kita? Jika mereka yakin dengan kita, kenapa kita sendiri nak nafikan kebolehan itu? Yang kata tak boleh tu 'BIAWAK' semata-mata. Haha..
Atas guidance mentor Shaklee saya, saya takkan berhenti melangkah. Biarlah apa orang nak kata. Fitnah menimpa. Kalau dah yakin, lautan api ku tempuh jua. Ada aku kesah?? kihkih.
Kalau saya susah, ada ke orang nak tolong? Kami jugak yang kena survive nak penuhkan perut anak dan diri sendiri. "Ada suami. apa susah??"... Tapi sampai bila nak menyusahkan dia? Suami juga pinjaman Allah buat kita. Bila-bila masa Allah boleh ambil balik kalau DIA nak.
Bila dah jadi ibu, baru faham apa yang seorang ibu harapkan dari anak2. Bukan semata wang ringgit, tapi kejayaan yang bakal mereka kecapi di masa akan datang. Makan gaji, kerja sendiri? Ibu tak kisah. Asalkan anak-anak boleh survive di dunia yang serba mencabar ini.
Saya pilih Shaklee, kerana ia yang menjadikan saya yang hari ini.
Kerana Shaklee jugalah halatuju hidup saya makin jelas.
Kerana Shaklee jugalah saya cepat2 bangkit bila rasa down.
Kenapa saya buat Shaklee? Kerana saya seorang ibu yang inginkan yg terbaik buat anak-anak. Dan saya tahu, Allah restu perjuangan saya di sini.
HUBUNGI SAYA:-
Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
3 comments:
all the best, smoga sntiasa brjaya dlm bisnes.:) kita ada join tp x aktif pun, hehe
Tersentuh hati baca nukilan akak :) jadi inspirasi pada saya.
terima kasih
@ika zulkefli
Tenkiu dear.. takpe tak aktif pun. Makan suplemen untuk diri sendiri & family pun dah cukup bagus. Manalah tahu lepas ni teringin nak aktif kan, boleh tambah side income. :)
@Nadia Mansor
Thanks Nadia sudi baca. Siapalah akak ni nak dibandingkan dgn Nadia.hehe. Masih banyk yang akak kena improve. Chayok2 :)
Post a Comment