Thursday, August 28, 2014

Kesan minum air semasa perut kosong

Assalamualaikum wbt

Air merupakan keperluan asas yang paling penting buat semua hidupan. Malah, tubuh manusia terdiri daripada 70% air.

*Google*

Secara puratanya, badan seorang dewasa mengandungi hampir 70 % air. Di antaranya bahagian badan yang paling banyak mengandungi air adalah :
  • 95% air terkandung di bahagian Otak manusia.
  • 90% air berada dalam peparu
  • 82% air terkandung di dalam darah

Walau bagaimanapun dianggarkan sebanyak 2.5 liter air yang terkandung di dalam badan akan hilang akibat daripada perkara-perkara seperti berikut:
  • 1.5 liter melalui pembuangan air kencing
  • 0.7 liter melalui perpeluhan dan penafasan
  • 0.2 liter melalui proses respirasi
  • 0.1 liter melalui sejatan daripada permukaan kulit.

Sejauh mana besarnya peranan air terhadap kesihatan manusia? Tahukah anda, penduduk Jepun lazimnya minum air sejurus selepas bangun dari tidur? Pelbagai kajian telah dijalankan dan mengesahkan bahawa rutin meminum air selepas bangun dari tidur membantu memulihkan kesihatan badan. Selain itu, ia menunjukkan perubahan positif di kalangan mereka yang mempunyai penyakit serius/kronik.

Terdapat bukit yang menunjukkan minum air semasa perut kosong dapat mengurangkan risiko penyakit seperti:-
  • Sakit kepala
  • Sakit-sakit/lenguh badan 
  • Penyakit kardiovaskular 
  • Epilepsi
  • Bronkitis
  • Asthma,
  • Tuberkolosis
  • Meningitis
  • Memelihara kesihatan buah pinggang dan sistem urinari
  • Gastrik
  • Diarrhea
  • Hemorrhoid
  • Diabetes
  • Sembelit
  • Gangguan kitaran haid
  • Penyakit berkaitan mata, hidung dan telinga 
  • Loya & muntah-muntah

*Ihsan Google*

*Ihsan Google*
Bagaimana cara merawatnya?
  1. Apabila anda bangun dari tidur, minum 640ml air sebelum anda menggosok gigi. 
  2. Selepas gosok gigi, jangan makan atau minum dalam masa 45 minit. 
  3. Selepas 45 minit, bolehlah bersarapan seperti biasa
  4. Pastikan anda tidak makan atau minum 2 jam selepas sarapan/makan tengahari & makan malam.
Mereka yang berpenyakit atau warga emas yang tak mampu minum 4 gelas air sewaktu perut kosong dinasihatkan agar mencuba dengan kuantiti yang sesuai dengan tubuh mereka. Mulakan sedikit demi sedikit sehingga mencapai kuantiti air yang dicadangkan. Tingkatkan pengambilan air masak/minuman sehingga mencapai 640ml setiap pagi.

Kaedah ini membantu meningkatkan tahap kesihatan, di samping menyingkirkan penyakit-penyakit yang mengganggu tubuh. Amalkan rutin ini dan rasai sendiri perubahan positif pada diri. ia murah, mudah & praktikal.

Berapa lama rutin ini perlu diamalkan oleh pesakit tertentu?
  • Darah tinggi - 30 hari
  • Gastrik - 10 hari
  • Diabetes - 30 hari
  • Sembelit - 10 hari
  • Tuberkolosis - 90 hari
Adalah lebih baik jika ia diamalkan secara berterusan agar kesihatan badan terpelihara untuk jangkamasa panjang.


Perhatian:

Mereka yang didiagnos dengan penyakit Arthritis hanya dibenar mengamalkan rutin ini 3 hari pertama dalam satu minggu (3hari/7hari). Kemudian hentikan kaedah ini untuk seminggu berikutnya. Selepas seminggu, teruskan rutin minum air sewaktu perut kosong setiap hari. Tips ini tidak memudaratkan & tiada kesan sampingan ( kecuali kerap buang air kecil)

 
----------------------------------------------------------------------------------------

Anda inginkan air minuman yang lebih bersih dan berkualiti?


Jom cuba  Get Clean® Water Pitcher Shaklee




Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain
  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat.
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.
  • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
  • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
  • Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

Credit: cikjatt.blogspot.com


Untuk maklumat dan pertanyaan bolehlah hubungi saya di maklumat tertera di bawah. KONSULTASI PERCUMA menanti anda :)

 "BANYAKKAN MINUM AIR DAN KEKAL AKTIF!"

 

HUBUNGI SAYA:-

Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
 ----------------------------------------------------------------------------------

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

3 comments:

fina.S said...

thanks for sharing.. btl2, air penting utk badan, sy mmpu habiskan 3liter air dlm sehari, tp ada pakar kta, minum air byk pun xoik, sbb kidney x dpt rehat asyik 'kerja2'. skg minum 2 liter sehari, x kurang dr itu dah. hehe..

RynaHakimi said...

Thanks fina sudi komen. Betul tu, banyak sangat pun takleh. Yang akak tahu, untuk 25kg berat=1L air. Kalau berat <60kg 2L air dah memadai :)

Unknown said...

Thanks sharing. Amalan minum air selepas bangun tidur tu setahu saya sunnah Rasulullah S.A.W :) huhuhu memang bawak banyak kebaikkan rupanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik