Assalamualaikum wbt
Menghadapi situasi si manja demam dan 'dedar' badan pastinya menggusarkan hati sang ibu dan ayah. Pendek kata, termometer akan menjadi teman setia. Risau dengan suhu badan yang tiba-tiba mencanak tinggi melebihi 40 deg celcius. Ibu-bapa hendaklah sentiasa memantau keadaan si manja, terutamanya pada waktu tengah malam supaya suhu badan dalam keadaan terkawal.
Antara perkara asas yang boleh dilakukan oleh ibu bapa di rumah ialah mengelap badan si anak dengan kain basah. Mandikan anak 3 kali sehari walaupun semasa demam. Ini adalah untuk memastikan suhu badan cepat turun dan tidak memudaratkan. Seterusnya, berjumpalah dengan doktor dan dapatkan rawatan susulan.
Paling menakutkan ibu-bapa ialah berlakunya sawan tarik sekiranya demam anak berterusan dan suhu badan terlalu tinggi. Di sini saya konsgikan satu artikel yang dipetik dari web Pa&Ma mengenai demam sawan. Semoga menjadi panduan buat ibu-bapa yang sedang mencari maklumat tentang kaedah menangani sawan tarik atau demam sawan ini.
--------------------------------------------------------------------------------------
KENALI DEMAM SAWAN
Sumber: PaMa.Karangkraf.com
Sumber: *Link* |
APA ITU DEMAM SAWAN?
Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Ia juga dikenali sebagai sawan tarik yang mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula.
Kanak-kanak
yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa
kelak. Namun, sawan ini akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam
tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan
otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika
dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).
Ciri-ciri
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan, mulut berbuih, mata hitam akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.
Punca
Ia selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan, jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus. Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan ini bukan penyakit keturunan. Namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik.
Rawatan Lanjut
Untuk mendapat pemeriksaan lanjutan bagi memastikan bahawa anak anda tidak menghidap meningitis atau jangkitan selaput otak. Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk meningitis dan perlu diingatkan ia boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.
TINDAKAN ANDA BILA BERLAKU DEMAM SAWAN
Elakkan sawan berlaku Lap badan dengan kain basah yang menggnunakan air paip
untuk menurunkan suhu badannya yang panas itu. Juga beri anak minum ubat secara
konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan yang betul. Boleh juga
memberi satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas)
ke dalam punggung untuk mengurangkan demam mengikut nasihat doktor. Juga
pakaikan pakaian yang nipis dan awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian
(udara panas terperap ketika di dalamnya). Pastikan bilik tidak terlalu panas
dan sentiasa monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaya malam!
Ketika Sawan
Ketika Sawan
Jangan Panik! Tetapi bertindak pantas! Ingat jangan biarkan sawan ini berlaku
lebih daripada 1 atau 3 minit sehingga 5 minit. Pantas baringkan anak anda
mengiring ke kiri. Ia untuk mengelak muntah atau lendir masuk ke dalam
paru-paru. Segera melonggarkan segala pakaiannya. Ada juga pendapat mengatakan
langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan seluruh badannya untuk
menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan apabila anak kecil sudah sedar
dari kejang dan mula menangis, segera lap badannya (berdoalah ketika ini pada
tuhan supaya anak anda selamat).
Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan. Juga jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah.
Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang
atau mengurut badannya. Usah cuba mengawal pergerakan anak sewaktu dia sawan
kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya. Pada masa yang sama cuba
lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana
doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku. Kemudian segera bawa ke klinik
untuk pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau
lain-lain penyakit untuk mencari dan merawat penyebab demam.
TIP MUDAH
TIP MUDAH
1. Tanggalkan pakaian anak.
2. Baringkan mengiring untuk mengelak bendalir atau air liur memasuki peparu.
3. Mandikan dengan air paip untuk menurunkan suhu badannya dan jangan letakkan objek keras di dalam mulutnya.
4. Jangan biarkan sawan berlaku 3 hingga 5 minit. Segera bertindak!
5. Apabila anak sudah kembali sedar, segera bawa ke klinik untuk kecemasan ini.
3. Mandikan dengan air paip untuk menurunkan suhu badannya dan jangan letakkan objek keras di dalam mulutnya.
4. Jangan biarkan sawan berlaku 3 hingga 5 minit. Segera bertindak!
5. Apabila anak sudah kembali sedar, segera bawa ke klinik untuk kecemasan ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Bila menyentuh soal kesihatan anak-anak, pastinya tiada kompromi dalam memastikan kesihatan mereka terjaga dan jauh dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Sebaiknya, elakkan anak-anak kita dari terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat. Lebih memburukkan keadaan, pergaulan di antara kanak-kanak di nursery mahupun tadika menyebabkan demam, selsema dan penyakit-penyakit mudah menular. Sistem imunisasi si kecil masih belum cukup kuat untuk menangkis segala jangkitan penyakit-penyakit ini.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba suplemen untuk si manja, bolehlah dapatkan khidmat nasihat dari doktor kesihatan anda. Sebagai pengedar Shaklee yang sah, saya syorkan anak-anak anda dibekalkan dengan khasiat daripada Mealshakes dan Omega Guard Shaklee yang terbukti berupaya mencegah anak-anak dari penyakit berbahaya.
Lazimnya bila mengamalkan Mealshakes dan Omega Guard, anak-anak yang demam atau selsema cepat pulih berbanding kanak-kanak lain. Ini terbukti melalui pemerhatian saya terhadap Hafiey. Bila selsema, cepat baik dan jarang terkena demam yang mengambil masa berhari-hari. Apapun, semua dengan izin Allah. Kita hanya berikhtiar, Allah juga yang menyembuhkan.
Untuk maklumat dan pertanyaan bolehlah hubungi saya di maklumat tertera di bawah. KONSULTASI PERCUMA menanti anda :)
HUBUNGI SAYA:-
Shaklee Independent Distributor
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
----------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
2 comments:
tips yang bagus
singgah menabung
Post a Comment