Monday, June 30, 2014

Kentut Vagina??

Assalamualaikum wbt

Salam 2 Ramadhan kawan-kawan. Alhamdulillah, masih bernafas dan diberikan peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. So far, bagaimana dengan ibadah  puasa? Dah ada yang kantoi ke? Hikhik..

Puasa tak terhad kepada menahan makan dan minum sahaja. Malah kena jaga tuturkata, pandangan mata, dan paling penting menjauhkan perkara lagha. Lebihkan amal ibadah di bulan yang pernuh barakah ini. Jom kita upgrade saham akhirat dengan bersedekah, berselawat, bertadarus Al-Quran, berzikir dan sebagainya. Terawih jangan tinggal ye :)

Untuk entry kali ini, saya nak share satu artikel yang bermanfaat kepada wanita iaitu tentang 'kentut faraj/vagina'. Tapi kaum adam pun perlu ambil tahu juga bab-bab hukum hakam ini. Terutamanya yang bergelar suami tu. Perlu faham punca dan bagaimana nak meneruskan ibadah sekiranya terjadi simptom keluar angin melalui kemaluan ini.

Ia biasanya terjadi kepada wanita yang lepas melahirkan anak. Disebabkan itulah proses berpantang selepas bersalin amat dititikberatkan untuk mengelakkan pernakana jatuh dan menguatkan rahim.

Untuk kupasan selanjutnya, jom baca perkongsian ini. Semoga bermanfaat :)
-----------------------------------------------------------------
Keluar angin melalui faraj (kentut vagina)
Penulis: Dr Rosediani Muhammad.
(Pakar Perubatan Keluarga, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan)




Pengenalan
 
Perbahasan mengenai keluarnya angin melalui faraj atau vagina atau qubul ada disentuh oleh ulama. Mengikut kaedah saintifik, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. 

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.

Keadaan ini berbeza dengan situasi yang berlaku pada usus besar yang mana bakteria dalam usus besar bertindakbalas mengeluarkan gas yang dikenali sebagai kentut. Maka dalam keadaan normal, vagina sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung) antara rektum (usus besar) dengan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam faraj.

Kebanyakan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj.  Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.  

Lebih memburukkan keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh bahagian kemaluan mereka.  Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut.  Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.

Namun begitu, keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas). Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas, mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil, atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). 

Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.

 
Hukum dan implikasinya

Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,
عَنَْعبَّادِبْنِتَمِيْمٍعَنِالنَّبِىِّصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَسَلَّمَقَالَ : لاَيَنْصَرِفْحَتَّىيَسْمَعَصَوْتاًأَوْيَجِدَرِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
(Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari)


Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;

1. Berdehem selepas membuang air kecil.
2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.
3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.
4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

------------------------------------------------------------------

Pesanan untuk kaum hawa, jangan pernah langgar pantang selepas bersalin ye. Kesannya bukan kita rasa sekarang, tapi untuk jangka masa panjang. Badan nak pakai lama oiii! Hihi

Pastikan berpantang selama 44 hari. Jika 100 hari, lebih baik. Tok bidan saya dulu pernah pesan, amalkan pantang selama 100 hari. Jangan 'bersama' suami dalam masa pantang tu. Ini adalah untuk memastikan rahim kita benar-benar pulih dan kembali di kedudukan asal. Bila berurut, pasti tok bidan saya membebel bila tahu saya makan benda berangin. Hihi.. Berbakul-bakul dengan leterannya. Lepas tu insaf dah, tak makan makanan yang berangin seperti kacang, cempedak, dll sewaktu berpantang.




Anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat pakar kesihatan sekiranya masalah ini berlanjutan. Iyelah, kita tak tahu sistem dalaman badan ni. Kot2 ada penyakit lain yang menyinggah. Mohon dijauhkanlah. 

P/s: Untuk wanita yang tak sesuai mengamalkan produk soya (pesakit PCOS, dan masalah kesuburan yang lain)sewaktu berpantang, anda digalakkan untuk mengamalkan jamu dan pemakanan sunnah seperti susu kambing, habbatussauda, madu dan sebagainya.


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)  
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783  
http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter  
wan_ryna84@yahoo.com
------------------------------------------------------------------ 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik