Assalamualaikum wbt..
Cuaca di Parit ni tak menentu dalam seminggu dua ni. Kejap panas, kejap hujan panas. Asal jam 3 petang ke atas mulalah guruh berdentum kilat sabung menyabung. Wahhh.. terperinci giteww. hihi
Atas faktor perubahan cuaca jugalah ramai pelajar yang kurang sihat. Ada yang demam, selsema, batuk. Normal lah kan. Bila sorang terkena, yang lain pula berjangkit. Warden asrama asyik ulang alik ke klinik untuk hantar pelajar. Nasiblah duk kuarters sekolah. Semua ragam pelajar saya dah hafal. hihihi
Berbicara tentang batuk, paling tak best bila tekak gatal-gatal. Jika berkahak taklah seteruk gatal-gatal tekak. Rasa nak garu aje kan. Berair-air mata.
Antara petua yang saya suka amalkan jika batuk adalah menggunakan limau nipis dan madu. Ini adalah bahana yang wajib ada di rumah. Guna lemon pun sedap. Mana-mana pun boleh. Cuma campurkan sedikit madu dan perahan limau nipis ke dalam gelas berisi air. Then kacau dan boleh diminum.
Kalau boleh nak elakkan minum ubat batuk. Bukan elok sangat pun. Dah lama kot tak ke klinik. Guna natural remedy aje, di samping penggunaan suplemen Shaklee. Prinsip saya mudah je, mencegah lebih baik dari mengubati. Mencikk ubat klinik. Apapun, atas izin Allah juga kan. Kalau dah Dia nak beri kesakitan sebagai tarbiyyah dan penghapus dosa, siapalah kita untuk menidakkannya. Terima dengan hati yang redha.
Jom saya kongsikan petua semulajadi/tradisional yang boleh diamalkan untuk mengurangkan batuk. Tapi bahan semulajadi memang ambil masa sedikit untuk menyembuhkan penyakit. Kena istiqamah. Jangan putus asa ye =)
- Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
- Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
- Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
- Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
- Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.
- Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.
- Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.
- Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
- Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur.
- Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
- Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
- Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
- Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
- Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
- Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
- Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
----------------------------------------------------------------
Jom cegah penyakit-penyakit yang bermaharajalela ni. Tak payah pun jika tahu caranya. Tapi kalau demam pun, ia bagus sebenarnya. Tanda badan kita sedang bekerja untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Lebihkan pengambilan buah-buahan yang kaya vitamin C dan sayur-sayurang hijau dalam menu/diet seharian.
Jika tak suka makan sayur, eloklah amalkan suplemen yang dapat membantu melengkapkan kekurangan nutrisi dalm tubuh. TAPI INGAT!! Suplemen hanya sebagai PELENGKAP, bukannya PENGGANTI makanan/sumber semulajadi vitamin.
Nak sihat cara saya? Amalkan multivitamin dari Shaklee. VitaLea yang kaya dengan 24 jenis vitamin dan mineral yang membantu tahap kesihatan yang lebih baik.
Info lanjut VitaLea--> KLIK SINI |
TAK AMAL MAKA TAK RASA. Apa lagi, jomlah cuba. Hihi. Hanya RM88.75 (120 tablets). Lebih kurang 74sen je sebiji. Murahhhhhhh sungguh. Tahan sehingga 4 bulan. Berbaloi-baloi dengan nilai pelaburan anda :)
Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment