Tuesday, May 27, 2014

5 Penyakit & Musuh Utama Wanita



Assalamualaikum wbt.

Salam Israk Mikraj buat semua!! Sedikit ringkasan Israk Mikraj, ISRAK - bergerak dari masjidil haram ke masjidil Aqsa. MIKRAJ - Naik ke langit , sampai ke Sidratul Muntaha , bahkan ke Mustawa dan sampai dibawah Arasy ALLAH dengan melalui tujuh lapis langit.

Teringat sewaktu zaman persekolahan dahulu, sering tertanya-tanya bagaimanalah rupa Buraq, iaitu haiwan tunggangan Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa ini. Melalui pembacaan saya, Buraq ialah sejenis bintang - putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar dari keldai , tetapi lebih kecil dari baghal, ia merendahkan dirinya hingga perutnya cecah ke bumi (alhadis) . Ketika dalam perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa itu, baginda diiringi Malaikat Jibril dan Israfil. Credit :http://arnamee.blogspot.com

Kepada yang bercuti pada hari bersejarah ini, semoga kalian manfaatkan masa terluang untuk bersama-sama keluarga tersayang. Kepada yang tak sambut cuti Israk mikraj, jangan sedih-sedih. Kerja pun ibadah, niat kerana Allah. Pasti segala kerja kan bertambah mudah. Betul tak? Hehe

Dalam entry ini, saya nak kongsikan info tentang musuh utama wanita. Kadang-kadang kaum wanita sering terlepas pandang akan kesihatan diri. Sering terlupa untuk melakukan pemeriksaan rutin kesihatan dengan berjumpa pakar kesihatan atau lebih khusus pakar sakit puan. 

Pemeriksaan kesihatan seperti pap smear boleh membantu mengenalpasti masalah dalaman wanita seperti cysts, fibroid dan endometriosis. Kawan-kawan bolehlah berkunjung ke hospital atau klinik berdekatan untuk prosedur berkaitan.

Semoga apa yang dikongsikan boleh dijadikan panduan untuk semua para wanita supaya lebih cakna soal kesihatan. Kenali tahap kesihatan kita dan dapatkan rawatan sekiranya terdapat tanda-tanda yang tidak normal pada diri. 

--------------------------------------------------------------------
5 PENYAKIT UTAMA WANITA



1. FIBROID

Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot & berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap 5 orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20% wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30-40 tahun menghidap fibroid.

Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30-40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/m2, wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid & wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous).

Ada fibroid yang mencetuskan simptom & ada juga yang berlaku tanpa simptom. Secara umumnya, wanita yang berada dalam lingkungan usia subur akan berisiko tinggi untuk menghidap fibroid. Dalam lingkungan umur ini, wanita digalakkan untuk hamil & melahirkan anak.

2. ENDOMETRIOSIS

Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, 'dalam' & metra, 'rahim'. Ianya membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang meliputi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar reproduksi seseorang wanita. Simptom utama penyakit ini adalah senggugut & sakit pada bahagian pelvik.

Di Malaysia, tiada statistik khusus yang dijalankan bagi penghidap endometriosis. Endometriosis merupakan masalah yang kerap berlaku. Hampir 1/3 penghidap endometriosis menjadi punca mandul (infertiliti) dalam kalangan wanita.

3. SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS).

PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur & menjadi salah satu faktor ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas.




Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara & ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. Antara gejala yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid yang sedikit & tidak teratur atau mengalami oligomenorea & kadangkala amenorea (ketiadaan haid), bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), masalah jerawat yang teruk & kronik, masalah obesiti, masalah keguguran berulang, masalah kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) & juga masalah kebotakan menyerupai lelaki (male baldness).

4. ANOREXIA NERVOSA
 
Anorexia atau nama saintifiknya "Anorexia Nervosa" berasal daripada gabungan perkataan Greek (Anerektos) & Latin (Nervosa) yang membawa maksud tiada selera & juga gangguan makan akibat kesan psikologi & fizikal yang teruk.




Ia adalah sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet & akhirnya mengakibatkan gangguan makan yang dimanifestasi oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang membahayakan.

Penderita ingin menjadi kurus kerana kegemukan dianggap tidak menarik, tidak sihat, tidak mengikut "trend" & juga tidak diinginkan. Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada obsesi seseorang yang terlalu memikirkan mengenai berat badan & apa yang dimakan. Obsesi ini mempengaruhi tabiat & gaya makan serta segala aktiviti harian yang berkait langsung dengan makanan.

5. MENOPAUS

Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia akan mempengaruhi hormon, badan & perasaan seseorang wanita.




Ada sebahagian wanita tidak merasakan apa-apa perubahan atau gangguan, manakala sebahagian besar mengalami gangguan vasomotor (seperti hangat memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi), fizikal & kejiwaan (seperti kemurungan & stres) yang boleh mengurangkan & mengganggu gugat kualiti hidup. Dalam hal ini, sepasang suami isteri perlu mempunyai pengetahuan tentang menopaus.

----------------------------------------------------------------------------

Bagi anda yang berkira-kira untuk mengambil suplemen, pastikan anda mendapat khidmat nasihat daripada mereka yang bertauliah. Terutamanya untuk pesakit PCOS, anda tidak digalakkan untuk mengambil suplemen berasaskan soya kerana dikhuatiri boleh mengganggu imbangan hormon dalam badan. 

Bagi wanita normal yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat dengan suplemen Shaklee, bolehlah mencuba set kesihatan optimum wanita. Untuk maklumat terperinci set ini, klik link di bawah:-


INFO SET KESIHATAN WANITA


Untuk pesakit PCOS, anda disarankan untuk mencuba Omega Guard, GLA Complex & OsteMatrix  untuk mengurangkan sindrom PCOS ini. Perlu diingat bahawa tiada rawatan khusus untuk menghilangkan PCOS. Walaubagaimanapun ia boleh dikawal dengan penurunan berat badan, pengambilan makanan seimbang, diet bersesuaian dan senaman secara intensif.

Pastinya 'wajib' bagi kita menjaga kesihatan agar tugasan rutin dapat dijalankan tanpa rasa 'stress' dan bimbang. Mereka di sekeliling kita turut akan terkesan sekiranya kita jatuh sakit dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan anak dengan sempurna. Mental dan emosi mereka turut akan terganggu. Kita perlu kekal sihat untuk orang yang kita sayang kan? Kena kuat semangat demi anak-anak.  Jadi, hargailah kesihatan sebelum penyakit datang menyinggah.

Jika berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya untuk KONSULTASI PERCUMA. Bersama-sama kita menjaga kesihatan demi mereka yang tersayang.


Wan Norulhazrina Wan Hassan (ID 923060)
PM/Whatsapp/Sms: 0199138783
Http://facebook.com/Ummuhafieystopcenter
wan_ryna84@yahoo.com

------------------------------------------------------------------ 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


1 comment:

Ayuni Sara said...

Ada info menarik ..nice

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

❤Klik-klik