Bulan Ramdahan bakal menjelma lagi. Syukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh 1001 keberkatan ini.. Dah sedia ke nak smabut bulan puasa ni?? Pastinya dah macam2 plan bermain di fikiran ye.. ada yang nak berbisnes kuih raya, berniaga di bazar Ramadhan, dll. Memang meriah tiap kali bulan Ramadhan.. serius teruja nak sambut puasa tahun ni.. =)
Bagaimana pula persediaan mental dan fizikal kita nanti?? Nak kekal cergas bertenaga,memang wajib kena ambil sahur tau! jangan ngelat. Kalau tak, mulalah tak sampai waktu zuhur badan dah lemah longlai.. ye dok?? hihi.. Pengalaman sendiri jugak ni. Kecik2 dulu malas sahur. Pastu mulalah puasa yang yuk kan.. Tak sampai tengahari dah menepek depan peti sejuk. hikhik =P
Haa, buat kaum ibu pula macam mana? Sy masa pregnant tahun lepas banyak amalkan pengambilan makanan sunnah seperti susu, madu, kurma dan kismis. Alhamdulillah.. memang bertenaga sepanjang hari... Loya2 di pagi hari tu ada la..Normal la kan. Tapi masa tu dah trimester ke3, so taklah teruk mana. Tak pernah alahan pun, cuma rasa kembang tekak tu selalu la.. hehe
*Google* |
Kali ni ingin saya kongsikan tips2 untuk ibu menyusu yang bakal menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan nanti.. Sumber di http://duniasusuibu.com
- Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
- Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
- Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
- Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
- Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
- Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
- Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
- Pam susu sebelum sahur.
- Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
- Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
- Ambil milk booster jika perlu.
- Elakkan terlalu penat.
- Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
- Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Nampak tak kat item no.16 tu?? Ambil milk booster jika perlu.. Meh sy nak cerita sedikit sebanyak kelebihan produk Shaklee sebagai Milk Booster buat ibu menyusu..
Kelebihan Mengamalkan Set Menyusu Shaklee
Set menyusu Shaklee terdiri daripada pelbagai rangkaian produk. Ada yang full set, basic set, medium set dan sebagainya. Apapun ia terpulang kepada bajet seseorang tu. tiada paksaan.. Cuma kalau full set dia punya kelebihan dan keistimewaan dapat menghasilkan susu yang paling optimum buat ibu2 menyusu.
Bagi basic set pula, ianya ringkas dan sesuai bagi ibu-ibu yang tak suka telan suplemen banayk2.. hehe.. Ianya terdiri daripada ESP+Ostematrix+Alfalfa. Setiap vitamin ini mengandungi zat2 dan nutrisinya tersendiri. Jom berkenalan dengan lebih lanjut dengan set produk ini :)
- ESP
Merupakan sumber protein yang dihasilkan daripada protein soya yang baik untuk memberikan tenaga berpanjangan, rasa kenyang sepanjang hari, menyihat dan menganjalkan kulit, menggantikan sel2 kulit mati dan serta membantu mengawal berat badan. So, untuk ibu menyusu atau ibu hamil bolehlah cuba ESP ni kerana pastinya sepanjang bulan Ramadhan kita perlukan tenaga lebih kan. Kalau yg menyusu plak, memang lembik jugakla badan nak tunggu maghrib tu. mana taknya, semua nutrisi penting dah diserap oleh si comel kan :)
- Alfalfa
Bertindak sebagai milk booster oleh kerana ia mengandungi semua zat dan nutrisi yang diperluakan tubuh. Malah, ia baik untuk wanita yang baru lepas bersalin di mana fungsinya sama dengan Kacip Fatimah yang membantu mengecutkan rahim. Selain itu, ia membantu usus kita menyingkirkan toksik yang boleh membuatkan badan cepat letih dan lesu. Alfalfa juga membantu mencantikkan kulit, merawat keputihan, membanyakkan susu dan menganjalkan payudara.. Pelbagai khasiat Uolsss.. ehhe.. gerenti cik abe tak cari lain kalau istiqamah amalkan produk Alfalfa ni
- Ostematrix
Ostematrix merupakan sumber kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh badan. Kiranya, Ostematrix ni mempunyai khasiat yang sama dengan susu. Ibu menyusu memerlukan 1000mg kalsium sehari untuk memastikan si comel mendapat nutrien secukupnya. Badan si ibu pun pastinya kekal bertenaga sekiranya mendapat kalsium secukupnya. Sekiranya badan kurang kalsium, mulalah masalah seperti sakit belakang, sakit gigi dan lenguh2 tulang menyerang kan (ni pengalaman sendiri..hehe..sebab tak suka minum susu). So, sape2 yang mengalami kesukaran untuk minum susu bolehlah amalkan ostematrix yang hebat ni.
Jom Semak Testimoni Pengguna Set Penyusuan Shaklee
Best kan kalau dapat buat stok susu sebanyak tu?? Serius sy pun tercabar dan sangat jelesss dengan empunya susu2 tersebut. Memang banyak manfaatnya susu ibu untuk perkembangan dan tumbesaran anak2.
Sedikit tips daripada saya, minum air yang mencukupi sebanyak 3L untuk memastikan pengeluaran susu yang optimum. Kekerapan mengepam juga memainkan peranan penting untuk memperbanyakkan susu ibu.
Pam setiap 2 jam utk stimulate pengeluaran susu yg optimum. So, masa sahur tu minum air banyak2 tau ibu-ibu sekalian.. Ambil alfalfa sebagai milk booster dan insyaAllah ia dapat membantu.. Amalkan doa dan zikir sebagai usaha mendapatkan keberkatan Allah atas usaha yang kita lakukan. Minda yang positif pastinya membantu mengelakkan susu ibu daripada merudum.
Untuk info lanjut, boleh hubungi saya di:
Tel: 0199138783
Emel: wan_ryna84@yahoo.com
No comments:
Post a Comment