Co-Sleeping atau tidur bersama anak banyak manfaatnya kepada ibu dan anak. Ia adalah sebagai satu method asuhan semulajadi. Co-Sleeping boleh diamalkan oleh semua ibu bapa tanpa ragu-ragu. Jom semak kenapa Co-Sleeping amat digalakkan kepada ibu ibu sekalian :)
Kenapa Co-Sleeping disarankan?
1. Menggalakkan penyusuan susu ibu.
Bayi yang tidur bersama ibunya akan mudah disusukan. Ini adalah kerana kedudukan bayi yang lebih dekat dengan ibunya. Pada bulan-bulan pertama kelahiran, bayi akan mudah terjaga untuk menyusu. Co-Sleeping membantu ibu menysukan bayi dengan lebih mudah tanpa perlu banyak bergerak dan turun dari katil. Malah, bayi mudah lena selepas disusukan.
2. Mencegah SIDS (Sindrom kematian bayi mengejut)
Dengan mempraktikkan Co-Sleeping, ibu bapa akan sentiasa memantau posisi tidur anak. Risiko berlakunya SIDS sering kali disebabkan oleh kelalaian ibu-bapa dapat dikurangkan kerana ibu-bapa yang mengamalkan Co-Sleeping lebih kerap tersedar untuk menyusukan atau menukar lampin.
3. Berasa lebih selamat
Anak anda akan merasa lebih selamat kerana dikelilingi oleh ibu dan ayanhnya semasa tidur. Ini menjamin kualiti tidur yang lebih baik. Ibu dan bapa juga tidak perlu risau keadaan anak kerana anak berada di depan mata.
4. Hubungan rapat ibu dan anak.
Kajian menunjukkan keluarga yang mengamalkan Co-Sleeping akan mempunyai hubungan yang rapat, mesra, dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
5. Membentuk karakter anak yang lebih kukuh
Co-Sleeping baik untuk pembentukan karakter anak. Kajian menunjukkan anak lelaki yang tidur bersama ibu bapanya daripada lahir sehingga umur 5 tahun mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi berbanding rakan-rakannya yang lain. Bagi anak perempuan pula, mereka dikenalpasti lebih berfikiran terbuka peka dan berempati pada persekitaran.
6. Anak mempunyai kelakuan yang lebih positif.
Kajian juga menunjukkan aanak-anak yang mengamalkan co-sleeping akan lebih positif dan mendapat penilaian yang lebih tinggi di sekolah. Malah kajian bertajuk Nonreactive Co-Sleeping and Child Behaviour: Getting a Good Night's Sleep All Night Every Night yang dilakukan oleh Heron, 1994 menunjukkan anak-anak yang tidak mengamalkan Co-Sleeping agak sukar dikendalikan, kurang gembira lebih mudah mengamuk dan sukar didekati.
7. Mengurangkan masalah kesukaran untuk tidur bagi anak-anak
Co-Sleeping membantu ibu-bapa menyelesaikan masalah anak susah tidur dengan mengajak anak tidur bersama-sama.
8. Memberikan kepuasan mendidik dengan lebih tinggi.
Cara asuhan ini akan memberikan tahap kepuasan yang lebih tinggi kepada ibu-bapa. Hal ini kerana ibu bapa dan anak sentiasa bersama-sama dan tahu perkembangan anaknya daripada masa ke semasa.
9. Ibu bapa lebih sensitif dengan keperluan anak.
Co-Sleeping menjalinkan hubungan erat antara ibu-bapa dan anak. Ini akan memberikan rasa sensitif kepada ibu bapa untuk memenuhi keperluan si manja mereka.
10. Lebih selamat daripada katil bayi.
Ketahuilah Co-Sleeping adalah lebih selamat daripada menidurkan mereka di katil bayi. Hal ini kerana anda boleh memantau anak anda dengan lebih mudah dan mengelakkan SIDS.
Sumber: Pa&Ma September 2012
No comments:
Post a Comment